بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Satu persoalan yang diajukan oleh Ustaz Dato' Daud Che Ngah dalam tazkirah Ramadannya di STP malam tadi.
Mengapa selalunya si isteri tidak membuat 4 ke 5 jenis kuih pada bulan yang dibenarkan makan pada siang harinya, tapi terlalu rajin pula mereka menyediakan perbagai jenis masakan pada bulan Ramadhan ini.
Ustaz tengah menyampaikan tazkirah Ramadhan
Alhamdulillah...masih ramai jemaah
sambung cerita semasa more
Firman Allah swt“ Hanyalah yang memakmurkan masjid-2 Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allahdan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah , maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk “( At Taubah : 9 : 18)
Selalu kita lihat pada bulan puasa, banyak berlaku pembaziran sewaktu membeli juadah berbuka?
Pada bulan puasa, bazar Ramadan tumbuh bagaikan cendawan, sekali gus menyumbang kepada pembaziran. Di sanalah pelbagai jenis makanan ada untuk berbuka. Makanan yang dijual menyebabkan kita rambang mata membuat pilihan. Masa itu, segala amalan makanan sihat diketepikan kerana nafsu makan mengatasi segala-galanya.
Umat Islam seharusnya memahami konsep berpuasa dan faham mengapa perlu berjimat cermat kerana hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila seorang antara kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan air.” Melalui hadis ini, Nabi mengajar umat Islam cara hendak berbuka. Kita akan dapati satu bentuk penjimatan sekiranya mengikut sunnah nabi.
Malangnya setiap kali Ramadan, sebahagian umat Islam lebih gemar membazir dan ikut nafsu sedangkan cara demikian tidak dituntut Islam. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman berlebihan, perlulah bersederhana ketika menghidang juadah terutama ketika berbuka. Memang sukar mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah pelbagai jenis ada depan mata.
Paling penting, umat Islam harus ingat tujuan berpuasa untuk mendapatkan pahala dan keberkatan dan sebarang pembaziran pada Ramadan boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.
Ramadan bulan yang baik mengajar diri hidup dalam kesederhanaan dan menginsafi kemampuan diri menikmati pelbagai juadah lazat berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di serata dunia. Bukan saja bersederhana dari segi pemakaian, suasana kediaman, malah pemakanan ketika berbuka juga perlu dijaga supaya tidak melampaui batas. Pembaziran juga satu perbuatan dibenci bukan saja Islam tetapi juga agama lain.
Wassalam
ramai trmasik saya sndri brbuka mengikut nafsu.. tapi tidak la makan sampai tertidur dan lupakan ibadah...
ReplyDeleteSalam Saiazuan
ReplyDeletekita ubah kepada yg lebih baik drp setahun kesetahun
Insyaallah
terima kasih
Wassalam
Suka dengar jawapan Ustaz Daud pasal masalah Haji di tv setiap kali musim haji masa beliau jadi orang kuat LUTH dulu...
ReplyDeletetq atas ingatan...sama2 berusaha ke arah kebaikan.
ReplyDeletesebab nya kan, bulan ramadan orang pompuan kurang bercakap, dia lebih suka menggerakkan tangan heheh
ReplyDeletesalam tuan hj,
ReplyDeleteSegalanya terletak pada diri..
"tepuk dada tanya iman."
Sama2lah kita sentiasa mengingatkan...InysALLAh kita bersederhana dalm apa jua ..Amin
Selamat Berbuka
assalamualaikum abg : alhamdulillah, thn ni tak banyak pembaziran semasa sy berbuka...
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTadi ada jemputan berbuka di hotel. rasa membazir dengan makanan penuh semeja
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteSekiranya nafsu tidak dikawal dengan sebaik-baiknya maka berlaku pembaziran terutamanya di bulan RAMADHAN Al-Mubarak ini..... terutamanya di kala berbuka puasa..
Saya membeli CD Ustaz Dato Daud Che Ngah untuk panduan dan rujukan mengerjakan haji tahun lepas (5 CD)sebelum menunaikan haji....amat bagus CD tersebut.
Assalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteUstaz Daud Che Ngah memang sinonim dengan perkara berkaitan dengan haji, ummi pun ada CD nya, sangat bagus sebagai panduan.
Harap2 kita tak termasuk dalam golongan yang membazir...
salam bro'
ReplyDeletekdg2 tuu lupa bab2 pembaziran nie .. risau pun ada .. tapi kalau lebih selalu make sure akan dihabiskan .. bab makan lah :))
Salam Atuk
ReplyDeleteLucu la jawapan AZ.
Mudah2an saya ingat pesanan ustaz dan atuk. ..selalu lupa pasal pembaziran
Salam ckLah
ReplyDeletekalau dia buat lawak....muka nya selamba ajer...jemah terkekek..
terima kasih
Wassalam
Salam Khairul
ReplyDeleteInsyaallah...kita berusaha
terima kasih
Wassalam
As'salam atuk..
ReplyDeleteAlhamdulillah puasa tahun nie memang x ada pembaziran baik dari segi kewangan mahupun dari segi makanan..alhamdulillah
http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html
Salam AZ
ReplyDeletehe he
Alhamdulillah ler begitu
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeleteUstaz tu bergurau
banyak andaian dia buat
untuk mengelakan jemah mengatuk
tapi ada logiknya ...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeleteAlhamdulillah
nak simpan duit tu... kan...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Imanshah
ReplyDeleteselalu kat hotel memang selalu membazir...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Tn Hj Pesona
ReplyDeletekalau kita banyak mengaji (tazkirah)
Insyaallah...tidak akan lakukan perkara pembaziran ini
ustaz yg berpengalaman dlm bab haji dan umrah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteInsyaallah
keimanan yg ada pd kita
kita tak membazir
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ieda
ReplyDeletenafsu bulan puasa la kata kan
tak pa ...kita boleh kawal
Alhamdulillah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeleteAZ memang kelakar orang nyer...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Amy
ReplyDeleteAlhamdulillah
Syukur
ini misti dorongan si hubby kannnnn
he he
terima kasih
Wassalam