Saturday, April 30, 2011

Kak Uda Timba Pengalaman Bekerja

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Athirah atau Kak Uda panggilan adik-adiknya, hendak sangat untuk bekerja sementara semasa menunggu keputusan SPM tempuh hari. Ingin mencari pengalaman dan ingin memegang duit sendiri. Kebetulan ada pula kerja kosong yang berhapiran dengan rumah, Alhamdulillah. Sekiranya pergi ketempat kerja, turun naik bas, rasanya tak berupa benarkan, kerana rasa risau itu lebih.

Hari ini hari terhakhir Kak Uda bekerja di sebuah kedai kain ela di Giant Hulu Kelang. Banyak pengalaman yang dia alami. Kisah antara dia dengan pelangan yang bermacam ragam. Antara sesama pekerja pun ada, antara dia dengan penyelia kedai pun ada. Sedikit sebanyak Kak Uda tahu macam mana susah senang mencari rezeki.

Melayan pelanggan

Nampak seronok dia bekerja disini, tapi selalu mengeluh...kepenatan.
Alhamdulillah, ada hajat rezeki dikongsi bersama, membeli makanan untuk kami apabila menerima gaji.


Antara amalan murah rezeki

Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Wassalam

Friday, April 29, 2011

Menjalin Ukhwah di Tanah Seberang-Jakarta 2011-4

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Antara satu sama lain telah lama kenal, kerana sama-sama merantau di negara orang,. Telah lama bermesra, kerana jauh daripada keluarga. Telah lama ahkrab, kerana telah lama sesama sendiri tempat bergantung dan mengadu hal

Susah senang dikongsi bersama, rezeki sama-sama dikecap sedikit seorang, sarapan dijamah dalam satu dulang

Itulah antara susana pelajar-pelajar yang berada di luar negara kerana menuntut ilmu. Tapi ibu bapa masing-masing masih tidak semua kenal satu sama lain dan antaranya tidak pernah bersua muka.

Dengan kesempatan yang ada dan masa yang teruang ini, kami ibu bapa masing-masing diketemukan di Kota Jakarta, oleh anak masing-masing. Mereka mengadakan jamuan serba ringkas menyambut kedatangan kami ke tempat mereka tinggal dan menuntut ilmu

Dalam kesempatan ini, kami menyalinkan persahabatan, mengenali sesama sendiri dan bermesra serta becerita pengalaman hidup, tidak ketinggalan juga isu semasa.

Ini rumah sewa anak saya dengan kawan-kawannya seramai 15 orang. Sewanya Rp100 juta untuk 2 tahun secara kontrak(RM35,000.00).

Bahagian dapur

Terima kasih kepada emak Kamilah, kerana sudi tolong membawa rupiah yang tertinggal tu. Lepas ni boleh berbelanja lagi...he he he


Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(Al Anfaal ayat 63)


Sabda Nabi s.a.w:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad).


sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:
"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:
“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

Wassalam

Tuesday, April 26, 2011

Tanah Abang, Hari Kedua-Jakarta 2011-3

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ibarat macam tidak sah, kalau ke Jakarta, tidak pergi ke Tanah Abang
cari punya cari terjumpa satu blog yang banyak mengesahkan Tanah Abang
kalau nak tahu secara lebih lanjut boleh melayari ke Tanah Abang Review

saya perhatikan corak dan fesyen terutamanya pakaian perempuan,
beg tangan perempuan
tidak sama antara satu kedai dengan kedai yang lain
kalau berkenan kena beli di kedai yang itu sahaja

Kecuali telekung, sesetengah pakaian lelaki, beg travel

Hari kedua berada di Jakarta, bersamaan hari jumaat.
menuju ke masjid yang terletak di lantai atap Tanah Abang
macam rasa pelik pula, melihat Khatib memberi kutbah
tidak membaca 'text', kerana kita di Malaysia sudah sebati,
Khatib membaca kutbah menggunakan 'text'

Selepas solat kami makan di food courd yang terletak di lantai 8

Isteri saya makan nasi goring Rp25.000 (RM9.00)

Saya suka cari makanan yang tidak ada di Malaysia
Nasi Pecel Spesial Rp25.00....sedap (macam pecal)

Lantai 8

Sambung shooping lagi





Ini hasilnya...hapir Rp2 000 000.00
he he...guna duit anak dahulu

Doa masuk pasar

Dari Umar bin al-Khattab ra. ia berkata: “Rasulullah saw bersabda:
‘Barangsiapa masuk ke dalam pasar dan mengucapkan:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ.

“Tidak ada Allah yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan, bagiNya segala pujian. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia-lah Yang Hidup, tidak akan mati. Di tanganNya kebaikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Maka Allah akan tuliskan baginya sejuta kebaikan, dan hapuskan darinya sejuta keburukan, serta membangun untuknya sebuah rumah di surga.”

(HR. At-Tirmidzi dan al-Hakim)



Wassalam

Monday, April 25, 2011

Pertama Kali Naik KLM, Rupiah Tertinggal-Jakarta 2011-2

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Penerbangan jam 4:20 petang, bermakna, selelawatnya pukul 3:20 petang kena berada KLIA. Berbincang dengan isteri, kali ini kita ke airport tak mahu naik kereta atau teksi.

Kami keluar daripada rumah pukul 12:00 tengah hari (anak-anak semua ada yang pergi ke sekolah dan ada yang dah pergi kerja) menuju ke bus stop, bas rapid KL baru sahaja terlepas. 20 minit kemudian sampai sebuah bas lagi, tapi tak boleh naik kerana menggunakan kad touh n go (bukan semua orang ada/bawa kad tu)

Pukul 1:00 baru naik bas dan sampai di stesen LRT Wangsa Maju Pukul 1:20 dan sampai KL Sentral pukul 1:40. Bas untuk ke KLIA bertolak pukul 2:00. Harga tiket cuma RM10.00.

Setelah 10 minit dalam bas, isteri bertanya, duit rupiah simpan kat mana......eh kan sayang yang simpan...Masyaallah... tertinggal......(maklum la, sebulan yang lepas tukar), telefon kat rumah, Alhamdulillah, anak baru balik daripada sekolah, memang betul tertinggal.

Telefon anak di Jakarta, ada tak ibu bapa sekitar KL yang akan ke Jakarta pada esok hari, untuk minta tolong bawakan rupiah yang tertinggal tu. Anak memaklumkan emak kepada Kamilah, no telefon dan alamatnya di Cheras. Alhamdulillah, setelah hubungi emak Kamilah, dibersetuju tumpangkan rupiah itu.

Telefon anak sulung pula, supaya uruskan penghantaran rupiah kepada emak Kamilah di Cheras.

Jalan tidak jem, cuma 50 minit perjalanan dah sampai ke KLIA, terus chehk in serta masukan bagasi sekali. Sempat solat jamak dan qasar, Alhamdulillah

Pukul 3:30 petang naik tren transfer untuk menaiki kapal terbang

Pertama kali naik KLM, Alhamdulillah, selesa dan boleh dipuji
RM359.00 seorang pergi dan balik

Alhamdulillah, selamat mendarat di Jakarta
Sebelum ke bilik sewaan, kami singgah makan malam di gerai yang berhampiran

Saya makan paket ayam bakar Rp13.00, isteri makan paket ikan Rp13.000 dan anak makan mee soto Rp9.000



Doa apabila terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -


Wassalam

Saturday, April 23, 2011

Sambutan Belated Birthday Kak Yang

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sepuluh hari saya tidak bersiar, tapi masih ramai kekawan yang masih sudi menziarah PHD. Tahniah dan ribuan terima kasih saya ucapkan serta Insyaallah saya akan kenang keiklasan kekawan semua.

Alhamdulillah, hari selasa lepas selamat sampai daripada Jakarta, rabu tengah hari, ambil Kak Yang daripada Metrik, Banting, sampai kat rumah pukul 8.00 malam, kerana jem.

Hari khamis mula bekerja, lepas punch card, bos kecil terus panggil, pasal bos besar naik pangkat dan kena tukar. Uruskan pasal menu dan dewan untuk majlis

Jumaat malam, pergi ke Suny Char Koay Teow, belakang Istana Budaya, bersebelahan Taman Titiwangsa (saya lihat dari N3 Kak Ina KL). Sebab menyambut hari ulang tahun Kak Yang pada 19 April yang lepas. Hari itu Kak Yang masih di Metrik dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesternya. Semoga keputusan yang cemerlang akan diperolehi oleh Kak Yang, amin.

Kak Yang (kiri) dan adiknya sedang mengayakan baju daripada Tanah Abang

Terdapat juga satay dan bermacam menu lagi
nak cuba makan potato spring, tapi tak buka pula hari itu

nasi goreng USA (RM5.50), char koay teow special (RM5.50)
nasi goreng daging merah (RM5.50) dan nasi goreng cendawan (RM5.50)

special pondok bayarannya

Doa untuk anak berjaya


Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara taqwil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.



Wasslam

Thursday, April 14, 2011

Pesedian-Jakarta 2011-1

Bismillahirahmanirohim


Assalamualaikum

Sehari dua yang lepas tiada peluang untuk meziarahi kekawan, kerana menyetelkan sedikit sebanyak kerja-kerja dipejabat, sebab nak cuti 5/6 hari. Kat rumah pula, menyediakan bekalan serba sedikit untuk anak-anak yang tinggal. Maaf jua dipinta...


Beg pakaian dah siap


Pasport, Alhamdulillah, lama lagi tarikh tamatnya


Tiket kapal terbang, dah check in online

Insyaallah 12.00 tgh nak bertolak dan berlepas pukul 4.20 ptg ni

pertama kali naik KLM

mudah-mudahan selesa dan dipermudahkan dalam semua urusan


Doa Musafir


الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ


Maksudnya :

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.


Wassalam

Monday, April 11, 2011

Walimatul Urus di Kampung Pengantin

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Malam minggu yang lepas, kami suami isteri pergi menunaikan undangan majlis walimah anak kawan isteri saya. Majlis itu diadakan di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang. Pertama kali kami sampai disini

Permaidani merah menanti kedatangan para jemputan

Singgahsana raja sehari

Pengantin dikerumuni jurugambar

Santapan raja sehari
Ichwan Fiska Rimaya bin Musly Thahar dengan
Dr Roqiah Fatmawati binti Dato' Haji Abdul Kadir


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

kredit: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8187.0

Wassalam

Saturday, April 9, 2011

Berbekam/Hijamah

Bismillahirahmanirohm

Assalamualaikum

Pada suatu malam, di kawasan padang bola, sebuah parti politik mengada ceramah penerangan isu semasa. Terdapat banyak gerai yang menjual beranika barang dan makanan. Saya tertarik dengan sebuah gerai yang memberi perkhidmatan bekam agin.

Menggunakan peralatannya tradisional, ia itu buluh. Api dimasukan kedalam buluh khas itu dalam 5 hingga 10 saat dan terus letakan kebelakang pelanggannya, seperti gambar di atas. Dibiarkan selama lebih kurang 15 minit

Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW.

Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung didalam pengamalan ini.

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah aku melalui satu dari langit-langit yang ada melainkan para Malaikat mengatakan 'Hai Muhammad, perintahkan umat mu untuk berbekam, kerana sebaik-baik rawatan yang kalian gunakan untuk berubat adalah berbekam..."
(Kasyul Astaar 'an Zawaa-idil Bazar)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas".

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Antara kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan
2. Melancarkan peredaran darah
3. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
4. Membuang racun / tosik dalam badan.
5.Migrain/Sakit Kepala/Pening
6.Darah Tinggi/Hypertension
7.Gaout/Uric asid tinggi
8.Alergi/Gatal-gatal badan
9.Kencing Manis/Diabetes

10.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan


Bekam terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1. Bekam agin/kering
Mengeluarkan angin dari badan dengan kaedah sedutan.

2. Bekam urut
Menggosok/mengurut badan dengan menggunakan cawan bekam bersama minyak zaitun atau minyak pudina.

3. Bekam darah/basah
Membuat luka/calar kecil di luar permukaan kulit dan darah kotor dikeluarkan melaluinya dengan kaedah sedutan.


Waktu yang sesuai untuk berbekam

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”

(Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)


Dari Anas bin Malik radhiallaahu ‘anhu, dia bercerita:

” Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam biasa berbekam di bagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.”

(HR, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)


Anggota badan yang dilarang berbekam

1) Mata
2) Hidung
3) Telinga
4) Kemaluan
5) Dubur
6) Pusat
7) Mulut
8) Kawasan yang bernanah
9) Kawasan yang ada luka


Individu yang dilarang berbekam darah

1) Wanita hamil 3 bulan pertama.

2) Pesakit kulit yang serius.

3) Pesakit darah rendah yang serius.

4) Orang tua yang terlalu uzur.

ps:sumber maklumat daripada google


Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...