Saturday, April 23, 2011

Sambutan Belated Birthday Kak Yang

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sepuluh hari saya tidak bersiar, tapi masih ramai kekawan yang masih sudi menziarah PHD. Tahniah dan ribuan terima kasih saya ucapkan serta Insyaallah saya akan kenang keiklasan kekawan semua.

Alhamdulillah, hari selasa lepas selamat sampai daripada Jakarta, rabu tengah hari, ambil Kak Yang daripada Metrik, Banting, sampai kat rumah pukul 8.00 malam, kerana jem.

Hari khamis mula bekerja, lepas punch card, bos kecil terus panggil, pasal bos besar naik pangkat dan kena tukar. Uruskan pasal menu dan dewan untuk majlis

Jumaat malam, pergi ke Suny Char Koay Teow, belakang Istana Budaya, bersebelahan Taman Titiwangsa (saya lihat dari N3 Kak Ina KL). Sebab menyambut hari ulang tahun Kak Yang pada 19 April yang lepas. Hari itu Kak Yang masih di Metrik dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesternya. Semoga keputusan yang cemerlang akan diperolehi oleh Kak Yang, amin.

Kak Yang (kiri) dan adiknya sedang mengayakan baju daripada Tanah Abang

Terdapat juga satay dan bermacam menu lagi
nak cuba makan potato spring, tapi tak buka pula hari itu

nasi goreng USA (RM5.50), char koay teow special (RM5.50)
nasi goreng daging merah (RM5.50) dan nasi goreng cendawan (RM5.50)

special pondok bayarannya

Doa untuk anak berjaya


Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara taqwil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.



Wasslam

29 comments:

  1. assalamualaikum atuk....... selamat ulang tahun untuk kak yang. moga terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Ibu Guru

    terima kasih
    amin amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalam...moga doa Ayah Rozali d perkenankan Allah...amin...

    ReplyDelete
  4. Amin.... Doanya. Insyallah Akan dimakbulkan ALLAH.

    ReplyDelete
  5. Salam Miecyber

    bahasa jepun ke tuuu

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Kak Norli

    Amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Yang

    terima kasih
    amin amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. lama tak singgah kat PHD. Moga terus ceria.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Rozali;

    Alhamdulillah dah balik ye.

    Happy belated birthday Kak Yang, cantik baju dari Tanah Abang tu..

    ReplyDelete
  10. salam atuk

    alhamdulillah, seronok meraikan bersama2 keluarga

    ReplyDelete
  11. Salam Hj AZ

    Insyaallah
    sama2 kita ceriakan hidup ini

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummiross

    Alhamdulillah

    he he..
    baju murah ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Pak Itam

    Insyaallah..
    nak mengembirakan hati anak2

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum roz,

    happy belated birthday buat anakanda tersayang..kak yang, semoga cemerlang dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  15. amin....... moga dimakbulkan doanya

    selamat berjaya dan selamat ulangtahun buat kak yang

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Kak Nab

    Amin amin yarabbulalamin

    sempat juga tokma berbelog yerr

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam Ibuintan

    terima kasih
    amian amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Salam Liza

    terima kasih
    moga Allah perkenankan doa2 kita
    amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Aslkm

    Selamat kembali.
    Wah terus bertugas dan teruskan menulis blog!

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum atok
    seronok bila dapat berkumpul mcm tu kan

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Mama Ju

    he he
    sebab kat jakarta tak dapat buka internet

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Sayang Ibu

    Alhamdulillah
    itu pun seorang tak ada (di jakarta)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. salam ziarah..wah gi lagi ke jakarta..mesti seronok belanja sakan ek.

    naik klm pun best gak..dah pernah gak rasa naik dulu. harga pun boleh tahan gak ek..tapi yang best sebab turun kat klia

    ReplyDelete
  24. selamat ulang tahun kak yang..semuga berjaya dengan cemerlang dan dapat mengikuti jejak langkah kakak.

    Semuga berjaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  25. salam tuan hj,

    alhamdulilah.. selamat pulang dan bersiaran lagi...:)

    Hepi bestday kak yang...semuga jadi ank solehah..Bahagia ibu ayah.

    agak2 berapa star utk carkew teow tu...nak rasa jugaklaaa...(crdit utk kk inaKL)

    ReplyDelete
  26. Salam Kak Ina

    pergi sebab Wisuda anak
    shopping sikit ajer tapi berjuta juga

    terima kasih
    amin amin
    moga doa itu diperkenankan oleh Allah

    Wassalam

    ReplyDelete
  27. Waalaikumusalam Ain

    Insyaallah, bersiar kembali

    terima kasih atas doa2 tu

    saya bagi 3 1/2 star
    selalu ramai orang di ketai tu
    boleh la cuba nanti
    jangan lupa ajak/belanja saya sekali
    he he he

    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...