Saturday, April 2, 2011

Gerai Jadi Kebun Durian

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Raja buah kembali lagi, musim yang ditungu-tungu oleh sesetengah peminat buah durian. Mereka sanggup pergi sesuatu negeri, kampung atau kebun yang mempunyai durian yang sedap dan enak.

Semasa kecil di kampung dahulu, durian ni diberi nama macam-macam. Antaranya kucing tidur, durian nangka (kat pangkal durian tu ada pokok nangka). Saya perhatikan sekarang di gerai-gerai durian tertulis nama durian kampung atau D24, D99, D145, D168, D158, D159, D123 dan D144.

Satu lagi, dulu-dulu buah durian tu saiznya besar-besar, mukin tingginya lebih kurang 1 kaki, tapi sekarang tak nampak lagi buah sesaiz itu.

Tiga minggu yang lepas ada bertanya kat gerai durian dekat Pasar Keramat, tapi tak jadi beli, kerana durian kampung harga sekilo RM10.00 dan yang jenis D, RM15.00 sekilo, adooooiiii.

Anak-anak boleh tahan juga minat kat buah durian ni. Hari selasa yang lepas ada beli sedikit, kerana anak yang belajar kat Indonesia ada balik bercuti. Dan hari khamis, kebetulan pula kawan ada pergi ke Tanjung Malim, mencari durian, saya pun ambil kesempatan mengirim. Ia kata disana sekilo RM3.00 ke RM4.00 sekilo. Puas la kami anak beranak makan.

Semalam, anak yang belajar di Banting turut balik, nak jumpa kakaknya. Tiga hari ni, rumah jadi riuh rendah kerana semua berkumpul, jarang-jarang dapat begini.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Satu dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, satu dinar yang engkau keluarkan untuk membebaskan budak, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, maka yang paling besar pahalanya dari semua nafkah tersebut adalah satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.”
(HR. Muslim)

Wassalam

27 comments:

  1. salam

    di perak dah merata2 sekarang durian

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Imanshah

    yang saya beli tu kebetulan drp kg gajah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    BUAH BERDURI INI MINAT LF. KENALAH PERGI TG MALIM! MARI KITA PERGI SAMA !

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum atuk

    suka jugak :))

    ReplyDelete
  5. emmmm saya tak berapa gemar durian...tak tau nape

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..anak-anak dapat berkumpul semua..sambil berpesta makan durian..
    Kami sekeluarga peminat durian.:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum atuk..

    sedapnya durian kampung...durian jenis lain tak berapa minat sbb isi tebal cepat muak..

    nk skit...hehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum akhi Rozali...

    seronoknya anak2 dpt berkumpul ramai2....

    teringat makan durian masa kat kampong kecik2 dulu ... kena tanak pulut , pastu gaul isi durian dgn air garam n gula.... hmmmm sodapnya..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam atuk......... datang R&R bukit gantang arah utara 9/4 boleh makan durian sekenyang2nya

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam LF

    jom kita serang...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Norh

    geng la kita..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Salam Adinda Amy

    mukin tak tahan bau nya yer..
    tapi suka buah tempatan lain... ok la tu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Cikgu Pinat

    Alhamdulillah
    tengah riuh rendah kat rumah ni..

    cikgu ada dusun ke...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Eda

    durian kampung masih asli lagi kan
    tiada baja organik....

    dah habis..
    nak pergi beli lagi..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ummi Humaira

    terkenang pula saya
    makan durian di dagau durian dlm dusun...bunyi ajer berdebuk..terus cari dan kopek ...nyam nyam ..enak

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Ibu Guru

    ada pesta ke
    atau ibu guru punya kedai di R&R tu

    seronok nyer..
    selamat menjamu selera..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Rozali

    Bestnya durian tu, kat sini belum musim lagi, harga durian kat sini pun tersangatlah mahal berbanding semenanjubg..

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Ummiross

    teringat durian isinya warna merah
    kalau musim durian bulan jun, ada rezeki la saya nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum atuk..

    laluan jalan Kuala Pilah Seremban ni juga banyak jumpa gerai jual durian

    macam2 jenis dan harga ada

    ReplyDelete
  21. Assalam Bro Rozali,

    baru malam semalam saya beli 2 bijik durian. RM28. D24 katanya. Ssaya kurang suka yang pahit. Tak tertelan. Suka yang lemak manis..

    baru2 musim mmg mahal..

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Ibuintan

    sudah musim
    kat kl ni pun banyak dah gerai durian

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam Yan

    ni tengah mengintai2 lagi
    anak nak balik malam ni

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Salam Miecyber

    he he
    maaf yer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. assalam Tuan Haji
    musim durian begini
    bisa mengumpulkan keluarga
    yang jauh menjadi dekat
    yang dekat menjadi rapat
    wassalam

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam Ummu

    saya sokong komen ummu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...