Saturday, April 9, 2011

Berbekam/Hijamah

Bismillahirahmanirohm

Assalamualaikum

Pada suatu malam, di kawasan padang bola, sebuah parti politik mengada ceramah penerangan isu semasa. Terdapat banyak gerai yang menjual beranika barang dan makanan. Saya tertarik dengan sebuah gerai yang memberi perkhidmatan bekam agin.

Menggunakan peralatannya tradisional, ia itu buluh. Api dimasukan kedalam buluh khas itu dalam 5 hingga 10 saat dan terus letakan kebelakang pelanggannya, seperti gambar di atas. Dibiarkan selama lebih kurang 15 minit

Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW.

Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung didalam pengamalan ini.

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah aku melalui satu dari langit-langit yang ada melainkan para Malaikat mengatakan 'Hai Muhammad, perintahkan umat mu untuk berbekam, kerana sebaik-baik rawatan yang kalian gunakan untuk berubat adalah berbekam..."
(Kasyul Astaar 'an Zawaa-idil Bazar)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas".

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Antara kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan
2. Melancarkan peredaran darah
3. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
4. Membuang racun / tosik dalam badan.
5.Migrain/Sakit Kepala/Pening
6.Darah Tinggi/Hypertension
7.Gaout/Uric asid tinggi
8.Alergi/Gatal-gatal badan
9.Kencing Manis/Diabetes

10.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan


Bekam terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1. Bekam agin/kering
Mengeluarkan angin dari badan dengan kaedah sedutan.

2. Bekam urut
Menggosok/mengurut badan dengan menggunakan cawan bekam bersama minyak zaitun atau minyak pudina.

3. Bekam darah/basah
Membuat luka/calar kecil di luar permukaan kulit dan darah kotor dikeluarkan melaluinya dengan kaedah sedutan.


Waktu yang sesuai untuk berbekam

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”

(Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)


Dari Anas bin Malik radhiallaahu ‘anhu, dia bercerita:

” Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam biasa berbekam di bagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.”

(HR, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)


Anggota badan yang dilarang berbekam

1) Mata
2) Hidung
3) Telinga
4) Kemaluan
5) Dubur
6) Pusat
7) Mulut
8) Kawasan yang bernanah
9) Kawasan yang ada luka


Individu yang dilarang berbekam darah

1) Wanita hamil 3 bulan pertama.

2) Pesakit kulit yang serius.

3) Pesakit darah rendah yang serius.

4) Orang tua yang terlalu uzur.

ps:sumber maklumat daripada google


Wassalam

42 comments:

  1. Assalamualaikum atuk

    macam sakit ja..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuk
    a ah.. suya pun rasa cam sakit je nak buat benda ni..pernah tgk gambar je la selama ni.. tak pernah tgk real~

    ReplyDelete
  3. arwah ayah Cik Lyn pon slalu berbekam...takut pon ade tengok..Tp kata kwan2 yg biase berbekam, tak sakit pn..Boleh sihatkn bdn jugak...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Rozali

    Banyak khasiat berbekam ni kan,tapi ummiross pun takut nak berbekam terutama yang nampak darah tuu..

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam ..

    macam best ajer berbekam ni..tapi kenalah cari tempat yang sesuai.

    ReplyDelete
  6. As salam,

    Dah buat thn sudah, 30 poin. Tak sakit pun. Tahun ni pun, nak cuba buat lg....ikut sunnah Nabi

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum atuk
    sya tak pernah berbekam, tp pernah guna lintah buang darah kotor di muka

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk : tak pernah berbekam, nampak macam scary jer

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum atuk phd :)

    wahh. sy juga nak rasa bagaimna berbekam ni. tapi risau tang darah tu..mcm ngeri aje..

    sakit tak atuk phd?

    ReplyDelete
  10. salam
    saya tak pernah tgk..apalagi cuba bekam ni...takut nak try..

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Usop/Miecyber

    kat mana agaknya yer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Norh

    mukin tak kut
    sebab saya pun tak pernah lagi berbekam

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Suya

    yang saya tenguk tu bekam agin
    senyum ajer orang yg berbekam tu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Cik Lyn

    mukin dah biasa, tak sakit le

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ummiross

    Sunah
    misti banyak khasiatnya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Kak Ina

    kalau di kedainya misti ada tempat khas utk wanita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Hjh Zainon

    lama tak dengar berita Pn Hj
    Alhamdulillah...sihat selalu yer

    tambah2 lepas berbekam....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Sayangibu

    dengan lintah pun saya tak pernah buat....macam geli ajer..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Afeezz

    tambah mengerikan bila tenguk darat tu darah hitam kan..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam MB

    tak pernah berbekam lagi
    he he
    mukin nak cuba sekali nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Kamsiah

    saya nak cuba
    sebab sunah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, kami sihat...
    Masa berbekam, org tu cucuk guna jarum pen utk ambil darah kat hujung jari. Orgnya peramah, jd kita asyik bersembang....tak terasa sakit..... Masa buat tu, kita tak nampak pun darah

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum Atuk,

    saya dah lama teringin nak berbekam cuma belum ada kesempatan

    semasa kecil selalu tenguk atuk sedara berbekam

    ReplyDelete
  24. Salam

    saya pernah berbekam sekali..lepas tu dah tak buat

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum atuk..

    sy pernah bekam darah..mmg best..ingat nak buat lagi selepas 6 bulan...mmg terasa kelegaan selepas berbekam ini

    ReplyDelete
  26. Teringin juga untuk berbekam, tapi masih belum berpeluang

    ReplyDelete
  27. Jadi tertarik juga...mksih sudah berkunjung yah...

    ReplyDelete
  28. OMG amy x sanggup nak tengok , dulu ayahanda selalu sangat berbekam , setiap kali tengok mesti amy pitam x tahan tengok...

    ReplyDelete
  29. Saya selalu pergi AKUBEKAM cawangan Kuantan.Bulan ni nak pergi lagi.


    Tandas segera

    ReplyDelete
  30. Hjh Zainon

    Alhamdulillah

    Insyaallah nak cuba ler nanti

    ReplyDelete
  31. Waalaikumusalam Ibuintan

    orang tua dulu2 memang selalu berbekam, mereka gunakan tanduk kerbau...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  32. Waalaikumusalam Imanshah

    kena buat lagi tu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  33. Waalaikumusalam Sahrom

    kalau begitu, kena cuba ni
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Salam KAMATO

    kina cuba ...sunahkan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  36. saya baru teringat nak bawak hubby saya berbekam nie .. dia selalu ngadu sakit kepala .. ermm mcm mana nie :)

    ReplyDelete
  37. f4dLy

    terima kasih
    sudi kunjung balas

    ReplyDelete
  38. Salam Amy

    he he
    kalau tak tahan
    boleh pitam dibuatnya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  39. Salam Republik n9

    sama2 kita cuba nanti
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  40. Miecyber

    ooo...kat Kuantan
    jauh drp KL

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...