Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Mini UTC Sentul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertama kali menggunakan perkhidmatan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bandar Sentul.

Berkonsep di bawah satu  bumbung

Setiap UTC menawarkan sepuluh kluster perkhidmatan seperti urusan jabatan dan agensi kerajaan, kesihatan, keselamatan, kewangan, utiliti dan pendidikan.

Di Mini UTC, Sentul ini, ditempatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia.

Terdapat juga gerai makan, pasar  basah, klinik, surau, perpustakaan, mesin ATM dan gelanggang futsal.

Alhamdulillah... 2 jam selesai urusan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 
(Surah al-Hajj, ayat 46)

Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.

WASSALAM

Tuesday, September 24, 2013

Kesibukan Membuat Kita Terlupa Senyum

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari Sabtu yang lepas merayap kat Nilai 3 daripada pagi sampai ke malam. Adoooiiii....lenguhnya sampai sekarang, Alhamdulillah, hampir semua yang dicari dapat dibeli.

Dalam banyak-banyak, penyata ini menarik perhatian saya





Dari Abu Dzarr ra dia berkata, Rasulullah Saw bersabda, 

“Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah.” 

(HR. Tirmidzi)

WASSALAM

Monday, July 1, 2013

Beijing 2013-18, Tembok Besar China-2

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar ini asalnya terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak Nomad dari utara.

Tembok Besar zaman Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai berdekatan Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

‘The Great Wall of China’, yang menjadi kebanggaan rakyat China serta merupakan antara 7 keajaiban dunia yang dibina oleh penduduk tempatan serta askar-askar China untuk menghalang penduduk Mongolia daripada memasuki China. Untuk mendaki tembok ini, peserta memerlukan kekuatan mental serta fizikal. Disini peserta dapat menikmati keindahan pemandangan yang begitu menarik dan dapat melihat sendiri hasil kerja yang mengagumkan dimana persoalan ‘bagaimana tembok itu dapat dibina dengan kerahan tenaga manusia tanpa alatan yang canggih?’ sering berlegar di minda.

Dari Menara 7, menuju ke Menara 8

 Cabaran bertambah.....

 Tangga bertambah curam

 Berapa bilion manusia telah memijak batu ini hingga lekuk sebegini

Menara 8
Penduduk China yang berbangga dengan kedatangan kami sebagai pelancong

 Disetiap menara ada tempat rehat dan jualan cenderamata

 Cabaran bertambah getir

 Sudah hampir ke Menara 9

 Alhamdulillah...dengan tercungap-cungap dapat memijakkan kaki ke Menara 9

 Tangga Menara Tinjau

 Perhatikan anak tangga

 Pemandangan daripada Menara tinjau Menara 9

Oleh kerana kesuntukan masa dan tangga yang bertambah curam
cuma dapat pandang ke Menara 10 sahaja
I

 Umur Pak Cik ni sudah menjangkau 60an antara 6 orang yang sampai ke Menara 9
cuma bergambar berlatarbelakangkan Menara 10 sahaja

 Bergambar sekali lagi semasa hendak turun

 Antara liku-liku yang perlu dilalui

Satu kejayaan dan kepuasan untuk diri sendiri

Tujuh Golongan Manusia Doa Mereka Mustajab di Sisi Allah SWT

Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.

Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suara rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya 

"Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya."

(Hadis Riwayat Turmudzi)


WASSALAM

Friday, June 28, 2013

Beijing 2013-17, Tembok Besar China-1

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang China berbangga kerana Tembok Besar projek yang paling besar dalam sejarah manusia. Tembok Besar itu berliku-liku, terletak di utara China dan mempunyai pemandangan alam yang unik sehingga dikunjungi oleh ramai pelancong China dan luar negara. Pada tahun 1087, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia.

Tembok Besar China diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 semasa Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turki. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak Nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria sepanjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. 

Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok dengan segala cabangnya menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:
208 SM (Dinasti Qin)
Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
Abad ke-7 (Dinasti Sui)
1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)


 Sebahagian daripada peserta rombongan

 Panorama Peta Great Wall di Juyongguan

 Kedai cenderamata

 Aktiviti orang tempatan

 Nak sewa pakaian perang ni mahal....eksen ajer la...



 Menuju ke Menara 7

 Kawasan ni ramai pelawat

 Berlatar belakangkan Tembok Besar China

 Antara kepercayaan mereka



Setakat Menara 7 sahaja


Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan.

Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, 

“Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”


 Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya 

"Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya."

(Hadis Riwayat Turmudzi)


WASSALAM

Thursday, June 27, 2013

Beijing 2013-16, Kedai Kristal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ketiga

Masyarakat China juga mempercayai wujudnya aura kristal untuk menyembuhkan penyakit-penyakit serta memberi semangat yang berbeza mengikut warna kristal yang dipakai.


 Setiap tempat lawatan misti masuk bilik penerangan

 clear crystal

Halus kerja tangan mereka




Kat sini ramai yang terjebak sebab kristal dia nampak kilat dan cantik cantik
saya juga yang masih boleh bertahan. maklum la..mem tak berupa suka...

menjamu mata tengok koleksi kristal plak…


Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan kezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya kepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : 

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : 

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."

(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

WASSALAM

Wednesday, June 26, 2013

Beijing 2013-15, Jade

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ketiga

Setelah sarapan pagi di hari yang ketiga, kami dibawa ke ke kedai Jade. Pelbagai jenis jade dipamerkan dari sekecil guli sehingga sebesar sebuah kapal. Tapi harganya, Masyaallah. Saya tumpang tengok ajer

Di sini kami diterangan mengenai keajaiban jade (mengikut kepercayaan mereka), mengenali mutu-mutu jade, cara mengenali jade tiruan dan asli, cara membentuk jade dan sebagainya. Terdapat juga cenderamata lain di jual di sini seperti lukisan dan emas.

Semangat memberi penerangan

Demo mengukir

Mengikut kepercayaan mereka, jade berbentuk kobis membawa rezeki








Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang  dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."

(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...