Friday, June 28, 2013

Beijing 2013-17, Tembok Besar China-1

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang China berbangga kerana Tembok Besar projek yang paling besar dalam sejarah manusia. Tembok Besar itu berliku-liku, terletak di utara China dan mempunyai pemandangan alam yang unik sehingga dikunjungi oleh ramai pelancong China dan luar negara. Pada tahun 1087, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia.

Tembok Besar China diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 semasa Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turki. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak Nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria sepanjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. 

Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok dengan segala cabangnya menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:
208 SM (Dinasti Qin)
Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
Abad ke-7 (Dinasti Sui)
1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)


 Sebahagian daripada peserta rombongan

 Panorama Peta Great Wall di Juyongguan

 Kedai cenderamata

 Aktiviti orang tempatan

 Nak sewa pakaian perang ni mahal....eksen ajer la...



 Menuju ke Menara 7

 Kawasan ni ramai pelawat

 Berlatar belakangkan Tembok Besar China

 Antara kepercayaan mereka



Setakat Menara 7 sahaja


Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan.

Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, 

“Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”


 Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya 

"Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya."

(Hadis Riwayat Turmudzi)


WASSALAM

4 comments:

  1. Bertuah Atuk dah jejak kaki ke Tembok ni....Saya dah lama simpan impian....nak jogging kat situ..hahaha

    ReplyDelete
  2. orang cina ni memang hebat. Mungkin sebab tu nabi ada pesan nak belajar, belajar sampai ke negeri cina :)

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Berapa jauh dr satu enara ke satu menara? sampai 7? he tak laratlah mama..

    ReplyDelete
  4. alin pun igt nak bergaya ngan baju kat situ tp dah penat naik turun tangga..langsung x jadi

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...