Monday, June 24, 2013

Beijing 2013-14, Masjid Niujie

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Masjid Niujie ialah masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722).

Masjid ini terletak di Niujie, Daerah Xuanwu Beijing, pusat rohaniah untuk 10,000 umat Islam yang menetap di kawasan itu dan ia merupakan yang terbesar dan tertua di Beijing.
Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.
Masjid Niujie meliputi suatu kawasan lebih kurang 6000 meter persegi. 
Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina.

Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebanyakannya hiasan Islam.

Masjid ini yang dibina dari kayu balak ialah rumah kepada beberapa relik (peninggalan zaman purba) dan batu bersurat kebudayaan penting seperti batu bersurat berdiri yang tertulis suatu titah seorang maharaja pada 1694 di zaman Dinasti Qing.

Dewan solat utama


 Batu bersurat



 Pintu utama






Tempat solat jemaah duduk


Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

(Surah al-Baqarah ayat 186)

WASSALAM

11 comments:

  1. nampak sangat klasik....saya sgt tertarik dgn tempat utk bersolat duduk tu..

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat 'melihat' keindahan negara orang... tentu banyak pengalaman dan ilmu yg diperoleh,..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk....seronoknya dpy ke sana...best siap disediakan tempat solat duduk bagi yg kurang upaya yer...:)

    ReplyDelete
  4. unik bangunan masjid di sana...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk...

    Cantiknya senibina masjid ni atuk.
    Bagusnya inisiatif mereka, dah siapkan kerusi untuk yang tak upaya ye.

    ReplyDelete
  6. salam tuk , kalau ke negara cina nie .. masjid dia memang cantik2 kan ;)
    kagum sgt ngan seni halus mereka ..

    ReplyDelete
  7. Unik kan...mmg ikut senibina mereka...Kalau buat macam ni punya design kat malaysia...ramailah kata ianya tokong! hahahaha

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    Mereka mengekalkan unsur bangsa mereka dalam membina Masjid.

    Sungguh cantik...!

    ReplyDelete
  9. salam atuk, bestnye atuk dapat pergi sana :D

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum
    Mohon izin singgah. Unik sungguh senibina masjid Niujie itu. Warna merahnya juga menarik. Kali pertama saya lihat dikhaskan barisan kerusi (dengan meja) untuk orang-orang yang sembahyang duduk. Semoga ada rezeki berziarah ke sana.

    ReplyDelete
  11. wah.. teruja pulak cikda tengok senibina kat sini.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...