Saturday, March 30, 2013

Pemberian Daripada Seorang Sahabat-CL

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang sahabat blogger yang memberikan sebotol minyak wangi. Moga beliau terus dilimpahkan dengan Rahmat, diberkati segala usaha serta bertambah rezeki yang halal.


Tn Hj Azli atau CL yang mana satu masa dahulu popular denga laman blog beliau PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH.

Untuk laman facebook AZnaz Naz Aznaz Lie

 Berpengalaman bekerja di Tanah Haram dalam bidang perhotelan dan sekarang mengusahakan sendiri syarikat untuk perkhidmatan Haji dan Umrah serta sebagai pengedar Air Zam Zam.


Daripada Ummu Salamah r.a, ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w Bersabda

"akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa mengingkarinya (beerti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa membencinya (beerti) dia telah selamat, akan tetapi barangsiapa meredhainya (akan) mengikutinya. "Apakah kita tidak perangi (saja) dengan pedang? Baginda S.A.W menjawab : "Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian".

(H.R. Muslim)


WASSALAM

Thursday, March 28, 2013

Majlis Walimah Istana Bambu

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada minggu lepas menghadiri Majlis Walimah anak jiran di Istana Bambu Restaurant, Lot 841-842, Jalan Hulu Kelang, Ampang (tepi jalan MRR2). 

Sungguh selesa dan nyaman seperti suasana di kampung

Pintu masuk

 Moga pengantin bahagia sehingga ke Syurga dan lahirnya zuriat yang soleh dan solehah

 Dewan Utama

 Dangau panjang

 Ada pondok 2 meja dan 1 meja

 Kolam yang dipenuhi pokok teratai

 Terdapat di satu sudut sawah padi

Parkir yang luas

Telefon : 30-4251 4717
Fax : 03-4251 4717
Email :info@istanabambu.com.my

GPS : 3.175203, 101.758000



Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani)



WASSALAM

Monday, March 25, 2013

Pesediaan Mesyuarat Agung Jemaah Jabatan Kami

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas mengedarkan Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan kepada ahli-ahli Persatuan Jemaah Jabatan kami.




Pemimpin Yang Menipu Rakyat

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)"

(Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).


WASSALAM

Thursday, March 21, 2013

Kompleks Pakar & Rawatan Harian, HKL



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru-baru ni hantar Kak Uda ke Kompleks Pakar, HKL kerana memenuhi temujanji dengan doktor pakar teling dan hidung. Masalah Kak Uda adalah gatal-gatal di hidung. Bila terlalu sejuk, berhabuk atau makan makanan laut, hidung dia akan gatal.

Kompleks ini luas dan selesa, tidak bersesak macam bangunan lama dahulu. Parkir bertingkat pun ada disediakan







Rasulullah SAW bersabda

"Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya"

(HR Bukhari, Muslim)

WASSALAM

Wednesday, March 20, 2013

Patah Pulak


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Umat islam tidak dibenarkan memulakan peperangan dan hendaklah segera berdamai apabila pihak musuh lebih cenderung berbuatdemikian. 

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Dan perangilah kerana(menegakkan dan mempertahankan) agama allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh."

(Al-Baqarah: 190)

WASSALAM

Tuesday, March 19, 2013

Rebana Perak

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sekarang ni majlis walimah diadakan tidak lagi semestinya menunggu musim cuti sekolah. Kali ini  menghadiri majlis walimah anak sepupu saya, di Taman Tun Dr Ismail.

Kelainan yang terdapat pada majlis ini adalah persembahan "Kumpulan Rebana Perak". Ianya mengingatkan kembali di zaman remaja "saya" semasa berada di kampung. Di malam majlis sesuatu perkahwinan, permainan rebana ini biasanya akan belarutan hingga pukul 2-3 pagi.





Untuk cerita lebih lanjut mengenai rebana ini, sila layari ke



Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." 

(Hadis riwayat at-Tirmizi).



WASSALAM

Friday, March 15, 2013

Majlis Tahlil Untuk Allahyarhamah Nana

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Genap sebulan Allahyarhamah Halimariana kembali kerahmatullah. Tanda ingatan, kami mengadakan Majlis Tahlil khusus untuk Allahyarhamah. Moga Allah menerima amalan kami dan pahalanya disampaikan kepada Allahyarhamah

Sebelum itu kami adakan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Bukhari daripada YaPEIM



  




Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.



WASSALAM

Wednesday, March 13, 2013

Gambar Tersembunyi


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sama-sama kita menguji minda dengan mencari gambat tersembunyi


Apa benda dan bilagannya

Dari Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW. bersabda: 

“Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain, hingga engkau bergaul dengan manusia, karena yang demikian itu membuatnya susah.” 

Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.


WASSALAM

Tuesday, March 12, 2013

Tahniah Ayah Zain - Menerima Menantu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada 10 Mac 2013 (Ahad) menyertai rombongan pihak  Ayah Zain dalam Majlis Walimah anaknya, Anuar. Saya terharu dan terima kasih kerana menjadi sebahagian ahli rombongan ini.

Majlis ini dilangsungkan di Dewan LJT, Taman Melawati.

Moga mereka berbahagia hingga ke Syurga disamping dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...amin


Penyanyi undangan

Penyanyi undangan

Bersama keluarga AZ

Rombongan pengantin lelaki

Keluarga Sakinah, Insyaallah


Mewujudkan ketenangan, mawaddah dan rahmat (kasih dan sayang) Melanjutkan keturunan Menghindarkan dosa Mempererat tali silaturahim Sebagai sarana dakwah Menggapai ridha Allah -- inilah tujuan dari segala tujuan (ghayatu al-ghayah) dari pernikahan.




baitijannati – Awal mula kehidupan seseorang berumah tangga adalah dimulai dengan ijab Kabul, saat itulah segala sesuatu yang haram menjadi halal. Dan bagi orang yang telah menikah dia telah menguasai separuh agamanya.

Nabi saw. bersabda

Barang siapa menikah, maka dia telah menguasai separuh agamanya, karena itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. 

[HR. al-Hakim].


WASSALAM

Tuesday, March 5, 2013

Pertandingan PetanqueTriple ANGKASA WPKL-2013

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada 2 - 3 Mac 2013 (Sabtu dan Ahad), membantu urusetia Pertandingan Petanque Triple ANGKASA W.P. Kuala Lumpur yang diadakan di Arena Petanque, Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras.

Hari Sabtu diadakan pertandingan khusus untuk koperasi sekolah-sekolah WP. Kuala Lumpur, manakala hari Ahad untuk koperasi dewasa WP. K. Lumpur.








Dari Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah saw. bersabda:

 “Barangsiapa menunjukkan (seseorang) kepada kebaikannya, ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang melakukannya.”

Riwayat Muslim.


WASSALAM

Monday, March 4, 2013

Kak Uda Mendaftar Untuk Sem Kedua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam menghantar Kak Uda balik ke kolej UiTM Shah Alam, menyambung pengajiannya untuk sem kedua.



Doa anak taat kepada Allah

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

Al baqarah : 128


Dari Abdullah Ibnu Amar al-’Ash Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi saw. bersabda: 

“Keridloan Allah tergantung kepada keridloan orang tua dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan orang tua.”

Riwayat Tirmidzi. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban dan Hakim.


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...