Tuesday, January 31, 2012

Selamat Hari Wilayah Persekutuan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan
kepada bloger yang bekerja di Wilayah Persekutan
selamat bekerja kepada bloger yang tinggal di negeri-negeri lain

Dirumah ini saya seorang yang bercuti
anak-anak bersekolah dan isteri bekerja



Kuala Lumpur waktu malam

Tapak asal KLCC pada tahun 1895.
Tempat ni dikenali sebagai Selangor Turf Club




Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda :

"Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya,

"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab,

"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'.

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab :

"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. ABU DAUD


WASSALAM

Monday, January 30, 2012

Hari Keluarga KJUDPM-Memori Penuh-2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Hari Keluarga Koperasi KJUDPM, semuanya berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan.

Tapi satu yang kurang
sampai ajer kat Pantai Indah Resort

on sajer kamera.....'memori penuh'

rupa rupanya SD card dummies lappy termasuk dalam kamera
memory card kamera pula tertinggal di rumah
Subhanallah


Firman Allah SWT

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

(AT-Takwir : 29)


WASSALAM

Saturday, January 28, 2012

Hari Keluarga Koperasi KJUDPM


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Insyaallah, nak bertolak ke Kuala selangor untuk menyertai hari keluarga Koperasi KJUDPM, yang diadakan di Pantai Remis, Kuala selangor




Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”


Wassalam

Friday, January 27, 2012

Cendol Durian Borhan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semasa balik dari Lumut tempuh hari dah perasan warung cendol ini
tapi tak sempat nak singgah
Balik daripada kursus di Sabak Bernam tempuh hari
memang merancang akan singgah di warung cendol tu..


dari jauh dah boleh nampak iklan ini


terletak kira kira 2 km daripada pekan Kuala Selangor
menuju ke Tanjung Karang (sebelah kanan)


gerai yang bersih dan kemas


harga yang berpatutan
boleh campur semua, tapi harga bertambah lah




senantiasa ramai pelanggan


cendol jagong campur labu RM3.50


tempat pakir pun banyak


Sabda Rasulullah SAW

“Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”

(Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).


WASSALAM

Thursday, January 26, 2012

Ikan Bakar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang semalam punya cerita

Semasa kat pejabat, anak menelefon
mereka nak makan ikan bakar, lauk malam nanti


Anak anak sesekali balik ni, kena ikutkan jugala selera mereka

sampai ajer ke rumah, daripada pejabat
terus hidupkan api
ikan daripada tadi dah suruh mereka keluarkan dari peti sejuk



Bagus makan benda benda berbakar ni

tak banyak kalestrol....



Firman Allah SWT


"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"


(Surah al-Baqarah, 2:172).




WASSALAM

Wednesday, January 25, 2012

Popcorn


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Menu petang semalam


Dah ramai ramai ni
apa sahaja sajian
licinnnnnnnnnnn.....




Sabda Nabi SAW.

Orang yang paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lama lapar pada hari kiamat.

(HR. Al Hakim)


WASSALAM

Tuesday, January 24, 2012

Jombali


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bila cuti cuti begini dan berkumpul ramai, anak anak mula buat rancangan mereka.
anak: apa kata malam ini kita pergi Jombali
ibu : lebih baik pergi Jakarta, boleh jumpa Kak Ngah
ayah: ewah2, macamlah airasia tu ayah yg jadi bosnya
anak: he he...kita bagi ibu cuti memamasak malam ini
Jombali tu restoran, kita makan2

Jombali Restaurant, Jalan Genting Kelang

Suasana dalam restoran





ABC RM6.90

Rojak buah RM6.90

Tea tarik RM 2.90, air -+RM5.90

Nasi Goring Ayam RM9.90

Kuey Tiow Goring Basah RM8.90

Kantonis Fried Sang Mee RM10.90 pilihan saya

Dalam restoran, selesa dan kemas, pesanan cepat sampai
cuma pakir agak susah sedikit
Alhamdulillah, malam tu dapat pakir depan restoran

Maklumat lanjut boleh kesini


Menghormati Orang Lain

Sabda Rasulullah SAW.:

"Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".

(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)


WASSALAM

Monday, January 23, 2012

Pengat Pisang Abu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pisang abu yang dipetik dua minggu lepas daripada belakang rumah tu hari, simpan dalam peti ais. Untuk nak bagi rasa kat anak anak yang balik pada cuti perayaan ini.


Petang semalam buatkan pengat
Alhamdulillah...anak anak suka
mereka kata sedap laaa pisang ini,
kalau nak dibandingkan dengan pisang yang biasa dibeli


Sambung makan lagi malam tadi, sambil menonton tv


Ada setengah orang kata....
pisang tidak sesuai simpan dalam peti ais
ada asid terkandung dalamnya.... betul ke...



Saidina Abu Bakar berkata;

“Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan Allah”.
Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan) mukasyafah.

Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya;

“Tiada yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya (takwa)”.

petikan disini


WASSALAM

Sunday, January 22, 2012

Siakap 3 Rasa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, anak anak semua ada bercuti sempena Tahun Baru Cina ni, kecuali Kak Ngah yang berada di Jakarta.

Tiada bercadang nak kemana mana , cuma duduk kat rumah sahaja, anak anak pun asik mengadap lappy dan PS2 sahaja. Ialah, masa cuti ni lah mereka baru boleh mengadap semua tu.

Untuk makan malam ini, minta isteri masak agak special sedikit dan makan awal, bukan apa, nak makan besar....he he... sesekali berkumpul ramai ramai

Ikan siakap tiga rasa (ada yg dikurang/tambah drp resepi di bawah)




Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)

bhn utk dikisar
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi

2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam


Cara memasak:

Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang).
Toskan minyak. Ketepikan.
Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
Tuang atas ikan

terima kasih Resepi Masakan


Nabi saw. bersabda:

“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”

diriwayatkan Saidina Ali ra,




WASSALAM

Saturday, January 21, 2012

ILDAS-Kursus Tadbir Urus Surau Cemerlang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, telah selamat menghadiri Kursus Tadbir Urus Surau Cemerlang di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Ini antara hasil daripada doa doa kekawan semua, ribuan terima kasih saya ucapkan.

Antara tajuk tajuk yang dibincangkan dalam kursus kali ini adalah

Peranan Jawatankuasa Surau
oleh Ust Saleh Husin

KPI Pengurusan Surau
oleh Ust Ramli Sidom

Peraturan Pengurusan Kewangan Masjid/Surau Negeri Selangor
oleh En Khairi Muhd Noor

Pentadbiran Masjid/Surau Negeri Selangor dan
Motivasi:Tadbir Urus Insan Dalam Kepimpinan Surau
Ust Basori Umar


Terdapat banyak institusi lain

ILDAS

Asrama dan kawasan dewan makan

Surau

Didalam taklimat, perkara ini diambil perhatian utama

Dalam Dewan Melati

Dalam bilik asrama, 2 orang sebilik
Pandangan daripada tingkap bilik (nampak muara Sungai Bernam)

Moga Allah luaskan kefahamanku daripada ilmu ilmu yang dipelajari dan lepaskanlah kekakuan lidah ku supaya mereka faham perkataan ku




Abu Dzar r.a katanya :

Aku bertanya : Wahai Rasulullah !
Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?

Rasulullah menjawab : Masjidilharam.

Aku bertanya lagi: Setelah itu masjid mana pula?

Baginda menjawab : Empat puluh tahun.
Walau pun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan masjid.


WASSALAM

Wednesday, January 18, 2012

Menghadiri Kursus di Sabak Bernam


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Insyaallah akan menghadiri Kursus Tadbir Urus Masjid/Surau Cemerlang, Daerah Gombak. Yang diadakan pada hari ini dan besok, di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

Moga Allah permudahkan urusan dan lancarkan perjalan saya.



Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18:

“Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”



WASSALAM

Tuesday, January 17, 2012

Mengisi Borang Pindah Milik Taman Bukit Angkasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebagai hadiah perkahwinan, Allahyarham bapa mertua menghadiahkan sebuah rumah setinggan kepada kami berdua diawal tahun 80an. Nama gelemer yang biasa orang sebut ialah Setingarden Kampung Kerinci

Kami lalui pahitnya hidup di kawasan setingan
Kami harunggi kepayahan dalam suasana setingan
Di sini juga tempat kelahiran Abang Long dan Kak Ngah

Entah beberapa kali bancian dilakukan untuk menukar kawasan setinggan kepada kawasan penempatan yang tersusun. Hinggalah pada tahun 1988, satu perjanjian jualbeli rumah pangsa kos rendah dimeteri.

Selepas itu berbagai usaha dilakukan oleh persatuan penduduk untuk menukar status hak milik pemaju kepada pemilik rumah masing masing.

Sehinggalah pada 14 Januari 2012, satu majlis Sesi Penyempurnaan Borang Pindah Milik, yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Almaklum PRU13 sudah hampir.





Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 27-28 yang bermaksud :

' wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu terlebih dahulu meminta izinnya dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu), maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa yang berhak memberi kebenaran maka janganlah kamu masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi keizinannya dan jika dikatakan kepada kamu, pulanglah maka hendaklah kamu berundur balik, cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan ingatlah Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukan '


WASSALAM


Sunday, January 15, 2012

Ucapan Tahniah Syeikh Yusuf Al Qaradhawi Kepada Anuar Ibrahim


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saya tertarik dengan N3 daripada blog yang saya panggil Ayahanda (Geng PDKM) mengenai seorang Ulama’ muktabar dunia Islam, mengucapkan tahniah kepada DSAI



klik gambar untuk ke blog Ayahanda


Disini saya siarkan semula N3 beliau


Ucapan Tahniah Syeikh Yusuf Qaradhawi kepada Anwar Ibrahim


بعث العلامة الدكتور يوسف القرضاوي ببرقية تهنئة إلى سعادة السيد أنور إبراهيم نائب رئيس الوزراء الماليزي الأسبق ورئيس حزب "عدالة الشعب"، عقب صدور الحكم بتبرئته من التهمة المنسوبة إليه.
وقال رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين في برقيته "نرسل إليكم بقلوب مِلؤها الفرحة، وصدور منشرحة، وثغور مبتسمة لما أظهره الله تعالى من براءتكم بحكم المحكمة، ولِما منّ الله عليكم به من حب الناس، واحترام الشعب".
وأضاف فضيلته "ما كان هذا الحب والاحترام من الشعب الماليزي سوى نتاج مباشر لجهودكم السياسية والإصلاحية، والذي كان من المنتظر استمراركم فيها لكن ما شاء الله كان، وما لم يشأ لم يكن، هو حسبنا ونعم الوكيل، ولعله تمحيص وابتلاء واختبار لكم".
Terjemahan:

Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengutuskan telegram dengan ucapan tahniah kepada Tuan Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan keputusan pembebasannya dari tuduhan keatasnya.
Beliau (Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi) yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia berkata dalam telegramnya, “Kami mengutuskan (telegram ini) dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dengan dada yang penuh kelegaan, dan senyuman yang terukir di bibir tatkala Allah menzahirkannya dengan pembebasan anda melalui keputusan mahkamah dimana Allah menganugerahkan anugerah dariNya kepada kamu iaitu kecintaan dari manusia dan penghormatan dari rakyat.”

Beliau menambah lagi, “Sesungguhnya kecintaan dan penghormatan daripada rakyat Malaysia adalah hasil secara langsung daripada usaha kamu dari sudut politik dan juga untuk perubahan (reformasi). Apa yang diharapkan adalah kamu berterusan dalam usaha itu . Walaubagaimanapun, apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi. Cukuplah Dia dan Dialah sebaik-baik Pelindung. Semoga Allah membersihkan kamu dari ujian dan fitnah."

Kenangan Anwar bersama Syeikh Yusuf Qaradhawi ...
Dizaman beliau baru difithnah dulu lebih kurang 2 tahun 7 bulan lalu



Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).




WASSALAM

Friday, January 13, 2012

Kedai Ikan Rakyat, Setiawangsa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Perasaan ingin mencuba, setelah mendengar berbagai cerita daripada kawan kawan mengenai Kedai Ikan Rakyat.


Dua minggu lepas, kami dua sejoli...he he.. melapangkan masa pergi menyoping ke Kedai Ikan Rakyat, Bangunan Centrum, Setiawangsa. Ia dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar.




senarai harga, dua minggu lepas



Dalam kedai ini terdapat juga menjual sayur sayuran dan
barang barang Kedai 1 Malaysia


Sabda Rasululluh saw

"Sesungguhnya para peniaga itu adalah orang-orang yang berdosa, mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli?" Jawab Baginda: "Ya" (Tentu), akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata mereka berbohong."

(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah

Bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari Baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya:

"Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu menjawab: "Terkena hujan, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku".

(Muslim, al-Tirmizi)



WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...