Sunday, January 15, 2012

Ucapan Tahniah Syeikh Yusuf Al Qaradhawi Kepada Anuar Ibrahim


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saya tertarik dengan N3 daripada blog yang saya panggil Ayahanda (Geng PDKM) mengenai seorang Ulama’ muktabar dunia Islam, mengucapkan tahniah kepada DSAI



klik gambar untuk ke blog Ayahanda


Disini saya siarkan semula N3 beliau


Ucapan Tahniah Syeikh Yusuf Qaradhawi kepada Anwar Ibrahim


بعث العلامة الدكتور يوسف القرضاوي ببرقية تهنئة إلى سعادة السيد أنور إبراهيم نائب رئيس الوزراء الماليزي الأسبق ورئيس حزب "عدالة الشعب"، عقب صدور الحكم بتبرئته من التهمة المنسوبة إليه.
وقال رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين في برقيته "نرسل إليكم بقلوب مِلؤها الفرحة، وصدور منشرحة، وثغور مبتسمة لما أظهره الله تعالى من براءتكم بحكم المحكمة، ولِما منّ الله عليكم به من حب الناس، واحترام الشعب".
وأضاف فضيلته "ما كان هذا الحب والاحترام من الشعب الماليزي سوى نتاج مباشر لجهودكم السياسية والإصلاحية، والذي كان من المنتظر استمراركم فيها لكن ما شاء الله كان، وما لم يشأ لم يكن، هو حسبنا ونعم الوكيل، ولعله تمحيص وابتلاء واختبار لكم".
Terjemahan:

Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengutuskan telegram dengan ucapan tahniah kepada Tuan Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan keputusan pembebasannya dari tuduhan keatasnya.
Beliau (Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi) yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia berkata dalam telegramnya, “Kami mengutuskan (telegram ini) dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dengan dada yang penuh kelegaan, dan senyuman yang terukir di bibir tatkala Allah menzahirkannya dengan pembebasan anda melalui keputusan mahkamah dimana Allah menganugerahkan anugerah dariNya kepada kamu iaitu kecintaan dari manusia dan penghormatan dari rakyat.”

Beliau menambah lagi, “Sesungguhnya kecintaan dan penghormatan daripada rakyat Malaysia adalah hasil secara langsung daripada usaha kamu dari sudut politik dan juga untuk perubahan (reformasi). Apa yang diharapkan adalah kamu berterusan dalam usaha itu . Walaubagaimanapun, apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi. Cukuplah Dia dan Dialah sebaik-baik Pelindung. Semoga Allah membersihkan kamu dari ujian dan fitnah."

Kenangan Anwar bersama Syeikh Yusuf Qaradhawi ...
Dizaman beliau baru difithnah dulu lebih kurang 2 tahun 7 bulan lalu



Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).




WASSALAM

9 comments:

  1. semoga Allah juga yang membalasnya
    dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segala

    ReplyDelete
  2. Allah swt yang Maha Mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  3. allah menyayangi hambanya yg banyak besabar ..
    DSAI dah lama menderita dan kesabaran nyee membuahkan hasil yg manis , dimana allah mengetahui segala yg dia kehendaki .. ;)

    ternyata DSAI bukanlah calang2 orangnya .. sementalah ramai yg gentar dengannya skrg ..

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum wbt THR

    Saya suka ayat ini:

    ما شاء الله كان، وما لم يشأ لم يكن

    Maksudnya: Apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi. Dan spa yang Allah tidak kehendaki terjadi, tidak akan terjadi.

    Allah itu Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

    ReplyDelete
  5. Hanya Allah yang mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  6. Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terjadi...

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya Alah bersama-sama orang yang sabar.

    ReplyDelete
  8. 13 tahun anwar diuji....kepenatan dalam larian 13 tahun itu membuatnya bertambah gagah

    Masih bersedia memaafkan seterunya :
    bacalah......

    "Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

    Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

    Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT."

    ReplyDelete
  9. berserah pada Allah..hanya Allah swt yang tahu dan berhak menghukum hambaNya.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...