Saturday, January 7, 2012

Seminar Pencukaian GST


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertengahan Disember 2011 yang lalu saya telah menghadiri satu Seminar Percukaian GST. Yang dianajurkan oleh Koperasi Kastam, SKM dan MKM di MKM, Petaling Jaya. Yang disampaikan oleh Tuan Faizulnidin bin Hashim, Penolong Kanan Pengarah Kastam II.


Pelaksanaan GST di Malaysia

Bajet 2005
GST akan dilaksanakan pada 1 Januari 2007
Bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan

22 Februari 2006
Pelaksanaan GST telah ditangguhkan
memberi masa kepada peniaga untuk membuat perubahan kepada
proses perniagaan, sistem perkomputeran dan memberi latihan
kepada kakitangan

24 November 2009
YAB PM telah mengumumkan bahawa GST akan dilaksanakan di
Malaysia dan Rang Undang-Undang GST akan dibentangkan di
Parlimen pada bulan Disember 2009

Bacaan kali Pertama RUU GST oleh YBMKII – 16 Dis 2009
Mac/April 2010
Bacaan kali kedua dan ketiga RUU GST ditangguhkan




Pengenalan

Goods and Services Tax (GST) atau Cukai Barang dan Perkhidmatan


Latarbelakang

GST diperkenalkan di Perancis pada 1948. Kini 146 negara telah melaksanakannya.


Negara ASEAN yang telah melaksanakan ialah

Indinesia - 1984 - kadar asal 10% - sekarang 10%
Kemboja - 1999 - kadar asal 10% - sekarang 10%
Laos - 2009 - kadar asal 10% - sekarang 10%
Filifina - 1998 - kadar asal 10% - sekarang 12%
Singapura - 1993 - kadar asal 3% - sekarang 7%
Thailand - 1992 - kadar asal 7% - sekarang 10%
Vietnam - 1999 - kadar asal 10% - sekarang 10%

Hanya Brunei , Myanmar dan Malaysia yang masih belum melaksanakan lagi.


Kenapa perlu GST

Menyusun semula struktur percukaian negara

Terdapat kelemahan dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan (CJP) sedia ada
kesan bertindih dan berganda
kesan cukai bertingkat
terdapat elemen CJP yang terselindung dalam kos barangan yang di eksport
aktiviti pemindahan harga

Hasil negara terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan petroleum.


Kenapa perlu GST

Sumber hasil yang lebih stabil
berasaskan pengunaan dan tidak dipengaruhi oleh faktor luaran

Sistem pencukaian yang lebih efisien dan efektif
Kaedah perakaunan sendiri
mempunyai sistem semakan bersilang
meningkatkan pematuhan cukai
mengurangkan karenah birokrasi

Sektor ekonomi yang terselindung akan terdorong untuk menyertai GST
GST ke atas input perniagaan dapat dituntut


Konsep asas GST

Cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai ditambah
setiap peringkat pengagihan dan pengedaran

Dikenali sebagai Value Added Tax (VAT)

Peniaga dibenar menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan (cukai input)
menolak cukai input daripada cukai yang dipungut ke atas
pembekalan barang dan perkhidmatan (cukai Output)


Bekalan yang dikecualikan cukai

Barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.


Kesan GST ke atas pengguna

Isu kenaikan harga
sememangnya akan berlaku sedikit kenaikan harga

Kesan GST ke atas industri
peniaga terpaksa menanggung kos awalan dan pematuhan yang tinggi
bukan kos kepada industri
threshold RM500,00
akan memberi kesan negatif kepada aliran tunai perniagaan
keupayaan kerajaan untuk membuat bayaran balik GST (refund)
dalam tempuh yang ditetapkan

Kesan GST ke atas ekonomi
peningkatan daya saing di pasaran eksport
peningkatan aktiviti ekonomi melalui pelancungan

Kesan GST ke atas kerajaan
kos pelaksanaan berjumlah RM306 juta
hasil yang stabil
sistem pencukaian yang lebih cekap dan efektif

Kesan GST ke atas pelaburan asing (FDI)
barangan dan perkhidmatan lebih kompetitif di pasaran luar negara
GST bukan merupakan kos kepada pelabur/peniaga
skim khas untuk minima implikasi negetif aliran tunai
pulangan balik segera


Outcome Pelaksanaan GST

hasil cukai yang lebih tinggi
pematuhan cukai yang lebih tinggi
memperbagaikan hasil negara
GST merupakan 'laser-sharp tool'
harga yang lebuh telus
mengurangkan kos menjalankan perniagaan


5 elemen utama kunci kejayaan GST

kekuatan politik
sumber manusia yang mantap
bagaimana pakej cadangan diperkenalkan
keberkesanan proses konsultansi
keberkesanan proses komunikasi


makluman penuh disini



APA PANDANGAN ISLAM TENTANG CUKAI?

Hukum asal mengambil cukai dari rakyat adalah haram. Ini disandarkan kepada hadis, bahawa nabi SAW bersabda;

إِنَّ صَاحِبَ الْمَكْسِ فِي النَّارِ

Maksudnya;
"Sesungguhnya pengambil cukai dalam neraka"
[Musnad Ahmad : 16387]

Dalam kaedah usul fiqh, sebarang ancaman neraka menerusi nas memaksudkan perkara tersebut adalah haram. [mabahis usuliyyah fi taqsimat al-alfaz : 87]

Namun begitu, dalam beberapa keadaan, kerajaan dibenarkan mengutip cukai dari rakyat. Dr yusuf Al-Qaradhawi menyebut;

و اشترط بعضهم أن يخلو بيت المال خلوا تاما حتى يجوز فرض ضرائب , و ما صنعوا ذلك إلا خشية إسراف الحكام في طلب الأموال لحاجة و لغير حاجة

Maksudnya;
"Setengah ulama mensyaratkan [mengutip cukai], bahawa dalam keadaan baitul mal [perbendaharaan negara] benar-benar kekeringan, sehingga terpaksa mengenakan cukai [kepada rakyat]. Mereka [ulama] meletakkan syarat sebegitu, tidak lain kerana bimbang berlaku pengambilan harta rakyat sewenang-wenangnya, sama ada ketika hajat atau tidak"
[Fiqh Az-zakat : 2/1140]
Rujukan disini

Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai.

Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja :-

1 Untuk memenuhi keperluan asas (makanan/pakaian/rumah) orang-orang fakir dan miskin.
2 Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran.
3 Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya.
4 Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya.
5 Untuk keperluan jihad qital (perang) fi sabilillah.
Rujukan disini


WASSALAM

10 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk...

    Perkongsian yg menarik tentang isu GST, saya mohon kebenaran utk copy paste entri Atuk ni, boleh tak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Daddy Ziyyad

    sila kan
    untuk kebaikan bersama

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam Atuk..
    Bukan senang nak paham ni...

    Follow ur blog.tq

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji, saya tak suka bayar cukai. Bayar zakat jer. Kalau GST ni, saya kurangkan berbelanja di luar.

    ReplyDelete
  5. Salam Atuk,

    Alhamudlillah..Alin tak layak kena cukai lagi...hehehe

    ReplyDelete
  6. thanx tuk ..
    memang menarik nie
    macam saya yg x paham ape2 nie , molek noo kalau dpt gi kan ;)

    ReplyDelete
  7. Salam TuanHaji..
    mula mula taktau apa itu GST..
    tq atas penerangan panjang lebar ini.. disertakan dari segi agama jua..

    ReplyDelete
  8. en3 yg bagos.. tambhkan pengetahuan am.. huuu

    jom baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    ReplyDelete
  9. atuk
    tq for this info..siyes suya tataw apa2 pasal ni~

    ReplyDelete
  10. memang tak faham tentang ni semua..
    ucu tu ambik gambar depan keta sape?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...