بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alhamdulillah, anak anak semua ada bercuti sempena Tahun Baru Cina ni, kecuali Kak Ngah yang berada di Jakarta.
Tiada bercadang nak kemana mana , cuma duduk kat rumah sahaja, anak anak pun asik mengadap lappy dan PS2 sahaja. Ialah, masa cuti ni lah mereka baru boleh mengadap semua tu.
Untuk makan malam ini, minta isteri masak agak special sedikit dan makan awal, bukan apa, nak makan besar....he he... sesekali berkumpul ramai ramai
Ikan siakap tiga rasa (ada yg dikurang/tambah drp resepi di bawah)
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
bhn utk dikisar
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
Cara memasak:
Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang).
Toskan minyak. Ketepikan.
Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
Tuang atas ikan
terima kasih Resepi Masakan
Nabi saw. bersabda:
“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”
diriwayatkan Saidina Ali ra,
WASSALAM
Salam Atuk,
ReplyDeleteSeronokkan bila dapat berkumpul begini..siakap masak 3 rasa mmg sedap... Sedap x?
Assalamualaikum atuk
ReplyDeletekenapa bukan atuk ja yg masakkan utk isteri dan anak2? he he
Assalamualaikum Atuk
ReplyDeleteBahagia sangat bila dapat berkumpul ngan anak2.....
Baca resepinya pun dah terliur,memang sodap ikan siakap 3 rasa,semoga terjalin kasih sayang yang kekal abadi untuk atuk sekeluarga.
Assalamualaikum...wow makan besar - samalah kita - saya pun makan besar juga , ada ikan siakap dll...selamat bercuti bersama keluarga
ReplyDeleteWaalaikumusalam DO
ReplyDeletesedappppp sebab isteri teman yg masak.... he he
terima kasih
Waalaikumusalam Norh
ReplyDeletegiliran atuk masak... bila isteri merajuk ajer... he he
terima kasih
Waalaikumusalam Mak Wan
ReplyDeletesesekali anak berkumpul kena masak istimewa sikit...he he
terima kasih
Waalaikumusalam Cikgu Sonata
ReplyDeletemusim cuti2 ni...anak2 ada berkumpul, makan besar la...sesekali...he he
terima kasih
wahhh...tunjuk bakat ye..seronok kan kalau makan ramai2 ni.s
ReplyDeleteSalam cik rozali
ReplyDeleteSedap nampak tuh, lebih-lebih lagi makan ramai2
Salam Yan
ReplyDeletesesekali kena ambil pujian drp anak2 ...he he
Waalaikumusalam Shami
ReplyDeleteseronok memang seronok dah ramai ni
tapi bil api yg naik nanti...he he
Assalamu'alaikum Atuk..Apa khabar? sedapnya siakap 3 rasa tu.... nanti nak cuba resepi yg atuk bagi tu ...
ReplyDeletesilalah berkunjung ke entri baru saya :
http://nurazzah8.blogspot.com/2012/01/tasik-tobarisea-of-galilee-part-2.html
Salam Atuk
ReplyDeletePetang ni baru anak2 semua ada kat rumah.Rasanya mlm ni bolehlah buat makan besar.
Teringin saya nak mkm makanan yg atok masak. Nampak gaya atuk ni mcm2 boleh!Tahniah pd isteri yg masak ikan sedap tu!
assalamualikum atuk : sedapp.... siakap 3 rasa alway been my feveret.. nyam3
ReplyDeleteWaalaikumusalam Kak Azzah
ReplyDeleteAlhamdulillah..... sihat
he he...saya pun ambil drp resepi orang lain
terima kasih
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeleteselamat bermakan besar...he he
terima kasih
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeletesesekali ajer masak tu... afeezz
terima kasih
siakap mmg sedap masak 3 rasa sebabnya ada rasa masam-masam manis manis pedas pedas cukup sesedap lidah merasa
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Diy neon Ledd Strip pada kereta