بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Semasa berurusan dengan anak saya di UPM, saya tertarik dengan satu atikal mengenai sejarah elektrik tanah air kita, dan saya kongsi bersama.
Bekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 1894, apabila Encik Loke Yew dan Encik Thamboosamy Pillai menggunakan sebuah janakuasa elektrik untuk mengepam air di lombong bijih mereka di Rawang, Selangor.
Tahun 1900 bermulanya operasi stesen janaelektrik pertama di Semenanjung Malaysia. Stesen Janaelektrik Hidro Sempam di Raub, Pahang. Dibena oleh Raub Australian Gold Mining Co. Ltd.
Kuala Lumpur
Mei 1985 - Stesen Keretapi K. Lumpur - pemasangan lampu elektrik
Bekalan elektrik awam
Pulau Pinang
14 Julai 1904 - Stesen Janaelektrik Sungaei Pinang.
Kuala Lumpur
1905 - Stesen Janaelektrik Hidro Ulu Gombak
Melaka
1913 - Malacca Electric Lighting Co.
Johor Bahru
1915 - Central Engines Works Ltd.
Seremban
1916 - United Engineers.
Bukit Mertajam, Sungai Petani dan Alor Setar
1920 - Huttenbach Co. Ltd.
1927 - Jabatan Elektrik Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
Pengarah pertama Encik W. J. Williams
8 Disember 1941 - Tentera Jepun mendarat di Malaysia
1942 - Jabatan Elektrik Negeri-Negeri Melayu Bersekutu - ditutup
Dasar penghidaran musuh oleh British
Infrastruktur dan pemasangan di musnahkan
Bagaimanapun Tentera Jepun memulihkan semula dengan khidmat pekerja tempatan
Pengurusan - Nippon Hassoden Kabushiki Kaisha (NHKK)
1943 - NHKK
Bekalan ke Kuala Terengganu, Kemaman da Kuala Kangsar
Hubungan 22kV antara Johor Bahru dan Seletar, Singapura
1 September 1949 - Akta Elektrik No. 30.1949 dikuatkuasakan
Dipindahmilik daripada kerajaan kepada Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu (LLP)
22 Jun 1965 - Nama baru Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu (LLN)
10 Februari 1983 - Institut Latihan LLN (ILSAS), Bangi, Selangor, ditubuhkan
1985 - Membekalkan elektrik ke luarbandar menggunakan sistem 'capacitie coupling'
Atas dasar pensyarikatan, telah ditukar nama kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Bahagianya Di Alam Syurga
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah.
Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.”
Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”
(Muslim)
WASSALAM
baru tau pasal sejarah nih..terima kasih kongsi...:)
ReplyDeletethanks sebab berkongsi sejarah ni Atuk...baru tahu betapa lama nya sejarah elektrik kat negara kita ni
ReplyDeleteSalam Papa Mifz
ReplyDeletekita kongsi bersama
terima kasih
Salam Daddy Ziyyad
ReplyDeletedah ujud sebelum merdeka lagi tu...
terima kasih
saya jahil sikit tukk bab2 sejarah nie huhuh , kalau orang tanye konperm x tahu huhuh
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk
ReplyDeleteTerima kasih kongsi ilmu.
Assalamualaikum Atuk;
ReplyDeleteSejarah yang jarang diketengahkan, tq atuk.
Allahuakbar..Indahnya hidup dialam syurga.
assalamualaikum atuk : sungguh informative....
ReplyDeletesalam atuk...
ReplyDeletemcm bc sejarah lak...
lady baru je tahu sal kisah ni...
kalau dulu tim ebelajar sejarah x pernah pun terfikir nak tanye..
macamlah negara kite ni dah ade tng elektrik dr mule2nye.. :D..
salam.. infor yang menarik
ReplyDeletesubhanallah, menarik sungguh sabda rasulullah mengenai syurga :)
ReplyDeleteAssalamualaikum atuk
ReplyDeletekalau takde letrik, nak kena cari arang untuk iron baju pakai seterika tembaga..he he he