Monday, July 30, 2012

Program Ceria Ramdhan STP


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Program Ceria Ramadhan STP bersama Ustaz Fakru Radhi (Juara Akademi Al Quran 3) yang telah diadakan pada 28 Julai 2012 (sabtu). Yang telah dikelolakan oleh AJK Muslimat untuk anak kariah STP.

Antara objektif program ini adalah untuk mendidik mereka agar mampu berdikari dan membentuk jati diri diatas landasan Islam supaya lahir insan yang mempunyai peribadi muslim sejati.
Peserta kanak-kanak lelaki

 Peserta kanak-kanak perempuan



 Sual kenal

 Diadakan beberapa kumpulan supaya mendidik bekerja dalam satu pasukan

 Bekerja sama dalam menyelesaikan satu tugasan



 Cenderahati daripada STP

Iftal bersama jemaah STP

Sabda Nabi SAW.


“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.


Riwayat Ahmad dan Muslim



WASSALAM

Friday, July 27, 2012

Kehidupan Dalam Air


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Teringat masa kecil-kecil dahulu melihat Opah atau Emak menyiang ikan. Mereka akan ketuk kepala ikan itu terlebih dahulu untuk mematikannya. Bermakna zaman itu kita makan makanan yang sentiasa segar.

Tapi sekarang kebanyakan ikan-ikan yang kita beli semua sejuk beku dan kaku. Kalau adapun ikan yang hidup, harganya hampir dua kali ganda daripada harga ikan yang telah mati.


Pasar basah di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju


Firman Allah SWT.


Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)?

(Yunus : 31)


WASSALAM

Thursday, July 26, 2012

Bergayut Membawa Rebah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat Al-Quran dan Hadis. 



Firman Allah SWT.

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.

(Al-Rum: 41)



Firman Allah SWT

(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.

(Ali-Imran: 191)




WASSALAM

Tuesday, July 24, 2012

Pha-Pha Garden Taman Melawati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Cadangan asal nak berbuka puasa disini, tapi macam tergesa-gesa ajer.

Jadi sebelum Ramadhan, pada hari khamis minggu lepas, bawa keluarga makan di Pha-Pha Garden Seafood, Taman Melawati.

Di kedai ini telah ada iklan untuk tempahan berbuka puasa. Bolehlah hubungi nombor telefon ini 03-41076766 atau 019-2709490

Kawasan kedainya selesa dan bersih






Meja kami, sebelah dengan kolam ikan

Air buah RM4.50

Udang goreng tepung RM13.00

Goreng kakngkung RM4.00

Siakap tiga rasa RM32.00

Tom Yam Sea Food RM15.50


HADIS MENGENAI WANITA

Apabila seorang perempuan melahirkan anak,keluarlah diadari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya

WASSALAM

Monday, July 23, 2012

Solat Tarawih dan Tazkirah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Amalan STP menunaikan solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat, kemudian mengadakan majlis tazkirah selama setengah jam dan disambung dengan solat sunat Witir.

Fenomena di STP

Semasa solat sunat Tarawih


Semasa tazkirah


Tazkirah merupakan satu jalan untuk mengingatkan manusia yang sedang berhimpun dalam solat tarawih pada ketika itu. Hal ini kerana pada zaman sekarang, bukan semua yang faham dan dapat mengambil iktibar daripada hasil bacaan imam ketika solat. Rata-rata mereka tidak faham, lebih-lebih lagi mereka yang tidak menguasai bahasa Arab. Maka, tazkirah yang dilakukan merupakan satu alternatif yang baik bagi mengajar dan mendidik manusia pada ketika itu. Tambahan pula, tazkirah itu dapat disampaikan kepada orang ramai yang sedang berhimpun dan di dalam bulan Ramadhan.


Firman Allah SWT.

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu."

(Surah Al-'ala : 9-10)





Perhatian kepada ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk solat Tarawih. Dalam pemerhatian saya, boleh dikatakan semua anak-anak ini bermain di dalam masjid/surau dan yang lebih malang lagi mereka bebas diluar/jalanan. Dikuatiri melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Pendapat saya lebih baik atau sesuai kalau anak-anak ini diawasi oleh ibubapa mereka sendiri.

WASSALAM

Sunday, July 22, 2012

Bunga Api


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru hari pertama Ramadhan sudah ada peniaga yang menjual bunga api


Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta."

(Hadis riwayat al-Bukhari). 


WASSALAM

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Tetamu Yang Dirindui


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Sama-sama kita menadah tangan memohon daripada Allah agar diberikan kepada kita kelapangan serta kesejahteraan terutamanya pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Supaya kita dapat memperhambakan diri kepada Nya sahaja. Serta Allah terima amalan kita



Gaya kita berbuka melambangkan darjat puasa dan Ramadhan kita.




Sabda Rasulullah SAW:


"Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya."


( Hadith riwayat Bukhari & Muslim )




WASSALAM

Friday, July 20, 2012

Majlis SPgD Sempena Menyambut Ramadhan 1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Muafakat antara kakitangan dan pegawai yang telah dirancang daripada awal.
Pagi semalam diadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil, Kesyuran dan Doa Selamat.

Persediaan akhir kami buat cara gotong royong, kebanyakan makanan dipesan ajer dan ada sedikit kuih muih yang dibawa sendiri.











Rasa terharu apabila diraikan oleh rakan sekerja

Terima kasih banyak-banyak kepada Warga SPgD yang berhati mulia dan prihatin


Kesempatan ini saya serta PHD ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan dan sahabat yang sudi mengucapkan sempena ulang tahun kelahiran saya serta doa-doa yang dihadiahkan untuk saya. Amin Amin Amin Ya Rabbul Alamin



Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda

“Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


WASSALAM

Thursday, July 19, 2012

Terima Kasih Anak-Anak dan Ibunya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam pergi ke JJ Wangsa Maju, temankan 
anak-anak dan isteri membeli pakaian untuk saya pakai hari ini 
eeeeeh betul ke ayat ni



Terima kasih isteri dan anak-anak atas ingatan
terima kasih adik-adik serta teman-teman yang dah wish pagi-pagi lagi




Menyambut hari jadi sebaik-baiknya,orang berkenaan sendiri solat hajat dua rakaat dan jika dapat solat syukur dan tambahkan sedikit amalan dengan apa-apa amalan seperti bersedekah, tilawah Al-Quran, zikir, selawat, istiqfar, solat sunat (apa-apa solat sunat), ziarah orang tersayang dan hadiahkan kepadanya seperti guru-guru kita, ibubapa dan sebagainya. Bagus juga membuat sedikit makanan sekadar yang mampu dan bahagi-bahagikan kepada jiran tetangga kita.




Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 


“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut”.


(riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma’ al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).




WASSALAM

Wednesday, July 18, 2012

Untungnya Duduk di Selangor



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Jumlah Keseluruhan Yang Perlu Dibayar RM0.20




Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”

(al-Bukhari)



WASSALAM

Tuesday, July 17, 2012

Restaurant Wadi Hadramawt - Jalan Ampang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebelum sampai bulan Ramadhan, kita pekena Nasi Arab


Pilihan kali ini Restaurant Wadi Hadramawt, Jalan Ampang
Berhampiran Hotel Sucasa dan Petronas Gas Station, depan Lanson Place
Dihadapannya terdapat showroom kereta mewah


Pakir disni tiada masaalah, cukup dan ada pengawalnya

Pengusahanya daripada Yemen

Suasana di sini memang khas dibuat mengikut cara Yemen jadi nampak berlainan dan terserlah budaya yang ditonjolkan. Nyaman dan selesa.

Grilled chicken dan mandy rice



Hadis Nabi SAW.


“Barang siapa yang mempunyai harta yang banyak,akan lama hisabnya pada hari akhirat”


(Imam Ahmad Bin Hambal)


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...