بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Encik Radzaly telah dilahirkan pada tahun 1957, di Muar, Johor
Mula berkhidmat dengan koperasi jabatan kami pada 1985
Tempoh perkhidmatannya selama 27 tahun
Tanda mengenang jasa dan terima kasih
kami raikan beliau dalam 'Majlis Jasa Mu Dikenang'
Di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa
Turut serta mantan-mantan Anggota Lembaga
Mantan kakitangan turut dijemput
Antara tetamu jemputan
MC ajer
Kata-kata aluan daripada Pengerusi
Tanda ingatan tulus ikhlas daripada ALK, JAD dan Kakitangan
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami memohon ihsan dan rahmat-Mu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Encik Radzaly yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya. Moga baginya selepas bersara nanti, dilimpahkan kehidupan yang berkat, kesihatan yang baik, serta dikurniakan ketenteraman dan ketenangan jiwa.
Kurniakanlah kepadanya ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan. Limpahkanlah rahmat dan berkat-Mu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dalam memikul tanggungjawab sebagai pekerja, pemimpin dan bapa yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan koperasi.
Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan semangat beliau, menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan untuk memajukan koperasi.
WASSALAM
Assalamualaikum atuk.
ReplyDeleteWah, jadi mc tu...
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteSelamat bersara kepada En Radzaly, semoga seronok meniti hari2 persaraan..
wahh...berbakat jd mc ya...bkn semua org boleh bercakap depan org tau..:)
ReplyDeleteSeronoknya lembaga lembaga makan....hehe.
ReplyDeleteSelamat bersara kepada En Radzaly semoga jasa anda tidak terhenti selepas persaraan
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair bumper kemek kedalam