Monday, July 16, 2012

Persedian STP Menyambut Ramadhan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seperti biasa setiap tahun apabila berada di hujung bulan Syaaban, STP akan membuat persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Setelah mencapai kata sepakat dalam mesyuarat, pengagihan tugas-tugas dibuat khas untuk menyambut bulan Ramadhan. Antaranya menjemput ustaz untuk kuliah Ramadhan, bahagian berbuka dan moreh, bahagian dapur dan lain-lain yang mana dijalankan secara bergotong-royong.

Termasuklah menerbitkan risalah Sinar Permata. Antara kandungannya seperti nama-nama AJK, tazkirah, kisah-kisah Nabi dan aktiviti-aktiviti STP sepanjang tahun lepas.

 Menyusun borang-borang Tahlil, Wakaf, Khairat Kematian, Jadual Tazkirah dan Jadual Moreh

Pagi semalam mengadakan gotong royong membersihkan surau





Memilih kitab lama yang usang dan rosak untuk dilupus


Sabda Nabi SAW.


"Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi )".

( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



WASSALAM

9 comments:

  1. selamat menyambut Ramadan al Mubarak ya Atuk..

    ps: STP tu apa ya?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk..
    semoga kita diberi kesempatan untuk menyambut ketibaan ramadhan, insyAllah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ATUK..
    Dikesempatan yg masih ada sebelum Ramadhan Al Mubarak tiba..saya mohon kemaafan seandai ada tulisan2 saya yg lepas2 membuatkan ada rasa terkecil hati ATUK....

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk...alhamdullilah ramadhan datang lagi tahun ini...:)

    ReplyDelete
  5. salam tuan hj,

    subhanallah..syoknya ramadan ...semua dah siap siaga menanti....tahniah STP telah berjaya merencana agenda tersendiri untuk tahun ini..

    sempena ramadan akan datang, saya mhn ampun maaf...dan selamat berpuasa...doakan ummah selamat.

    ReplyDelete
  6. Salam Tn Hj,

    Syukur bertemu lagi ramadhan,
    Selamat berpuasa....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum atuk

    seronok bila dapat bergotong rotong camni..
    Sekejap saja dah nak jumpa ramdahan balik..
    semoga ramadan kali ni dapat kita manfaatkan sepenuhnya...

    ReplyDelete
  8. Salam Atuk.....semoga ita semua dilimpahi kerahmatan sempena ramadahan ini

    ReplyDelete
  9. salam tuan
    wah meriahnya persiapan
    baguih...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...