بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Lihat akan papan iklan ini, saya terus teringat akan seorang rakan bloger. Ia mengelarkan dirinya, Uncle. Pernah berjumpa pada perjumpan bloger tahun lepas di rumah LF
Iklan ini saya lihat di Pengkalan Kubur, Kota Bharu
Adakah Uncle seorang businessman ?
Untuk ke blog Uncle, klik gambar
Ciri-ciri seorang sahabat yang baik
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
WASSALAM
lama rasanya tak menyinggah kesini... ramai orang yang nama panggilannya Uncle....
ReplyDeletedan atuk dan uncle mmg sentiasa saya akan kunjungi dalam blog ni...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan lampu daylight
gedik fesyen?ahah cute!
ReplyDeletesedara mara uncle gedek gak kot..keh3..
alhamdulillah ramai kawan2 yg baik di sisi
susah nak dapat kawan mcm ni skrng ni tuk :(
ReplyDeleteuncle Gedek yang Gedik..~ahaha
ReplyDeletePernah ke blog Uncle ni..
ReplyDeleteSenang tak perlu kata apa2!!
hehehe kreatif la atuk..betul la kan..uncle gedek tu senyap2 je buat bisnes..=D!
ReplyDeleteTerimakasih kerana memanjangkan sahabat w/pun hanya rakan maya.
ReplyDeletemamaju.
cita2 nak jadi shbt yg baik.. tp selalu x mampu nk jadi seorg yg baik...
ReplyDeleteBoleh kutip royalti tak macam ni, tok? haha!
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk;
ReplyDeleteBertuahnya kalau mempunyai ramai sahabat sejati..
gedek yg gedikk...kikikikiki.. (selamatkan diriiii...)
ReplyDelete