Friday, June 29, 2012

Kelantan Jun 2012-6 - Oren


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saya ternampak minuman orange ni di Pengkalan Kubur. Ia mengingatkan kembali memori zaman meningkat remaja tahun 70an.

Selalu minum free 1 botol berkongsi dua orang bersama beregu badminton, semasa berada di kampung dahulu. Untuk menjadikan permainan lebih serius, oren ini menjadi pertaruhan. Siapa yang kalah kena belanja kepada pasukan yang menang. Pada masa itu harga sebotol cuma RM0.20. 

1 dozen RM10.00



TAKRIF SIFAT AIR

Keras,  Air semualajadi yang terdapat di kaki gunug, sungai, tasik bersifat berat kerana mengandungi garam dan unsur logam nano (trace elements), ia amat diperlukan oleh tubuh. Air Zam-Zam juga termasuk dalam golongan air keras

Lembut, bermaksud air jenis ini tidak mengadungi garam atau unsur logam nano di dalamnya, seperti air RO dan Air Suling. bersifat neutral.

Sejuk, bermaksud air tersebut bersifat ALKALI. Ini amat penting untuk meneutralkan sisa asid yang banyak terdampat di dalam tubuh anda. Contoh air Alkali ialah semua jenis Air Keras.

Panas, bermaksud air ini bersifat ASID. Air jenis ini tidak dapat membantu mengenyahkan sisa asid dari tubuh anda. Justeru keasidan tubuh akan berkekalan malah akan bertambah lagi. Contoh, minuman Cola, minuman Gas. 

Ringan, bermaksud  molekul air yang dibina dari HIDROGEN. Kebanyakan air di permukaan bumi adalah dari jenis H2O.

Berat, bermaksud molekul air yang dibina dengan DIEUTRIUM, iaitu  jenis Hidrogen yang mempunyai 1 proton dan 2 elektron, berat molekulnya ialah 3.

keterangan lanjut disini


WASSALAM


10 comments:

  1. oren ni saya panggil "Oren bodo"..hehehe

    ReplyDelete
  2. lain nooo botol oren disana erkk tuk ..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk...

    Kat kampung akk di Melaka masih jual Oren dalam botol gini. Harga sebotol 80 sen.

    Terimakasih atas info tentang air yang detail Dan padat itu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Atuk..

    Waa lama tak tengok oren ni, dulu2 masa kecik2, suka beli oren ni untuk berbuka puasa, nostalgialah tengok balik botol ni Atuk

    ReplyDelete
  5. kalau ada diabetis,jgn sesekali minum air bersifat asid....lagi teruk diabetis anda..

    ReplyDelete
  6. Oh, baru sy tau sifat2 air. Mmmm...

    Dulu ms raya, artwah tok nenek sy suke beli air ni bt jamu tetamu.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum atuk : kat kl susah dah nak jumpe oren mcm ni. masa sy kecik, ayah selalu beli masa raya. beli satu kotak terus...

    ReplyDelete
  8. tq atas entry takrif sifat air nih atuk...;)

    ReplyDelete
  9. macam2 info tentang air,... boleh dijadikan panduan bermanfaat...

    ReplyDelete
  10. ye lahhh mmg mengingatkan masa zaman dulu air botol oren ni selalu ada kat peti kayu setiap kali raya di rumah nenek

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy pemasangan lampu daylight

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...