Tuesday, June 12, 2012

Ho Chi Minh 2012-15 - Terowong Cu Ci 1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Terowong Cu Ci (Cu Ci Tunnel) teletak di Daerah Cu Ci kira kira 60 km di utara Bandaraya Ho Chi Minh. Ia juga digelar 'lubang tikus'  Ia telah dibangunkan mulai tahun 1968. Ciptaan gelira Viet Cong (Komunis Vietnam) semasa peperangan dengan tentera Amerika. Ia merupakan jaringan besar yang menghubungkan terowong bawah tanah serta boleh menembusi ke negara jiran Kemboja dan Laos.

Viet Cong terus membina terowong, dari tahun 1959 hingga 1975. Ini menjadikan panjang keseluruhan terowong yang dibina mencecah 250km.

Reka bentuk terowong umpama sarang labah-labah, begitu unik dengan binaan tiga tingkat dengan tingkat paling bawah ialah laluan lepas lari ke Sungai Saigon

Difahamkan, terdapat di antara 7,000 hingga 8,000 Viet Cong dan keluarga mereka tinggal di dalam terowong sepanjang kemelut perang yang berakhir pada 30 April 1975 sebagai salah satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri.

Serta sebagai pusat komunikasi, rumah sakit, stor makanan, dapur masak, stor senjata api, bilik mesyuarat dan perbagai lagi.

peta tunjuk arah lawatan

pokok nangka yang sentiasa buah lebat

pintu masuk kawasan lawatan berbentuk terowong

pelekat lencana lawatan

buah gajus (merah, atas kiri)

mula mula sekali menonton video sejarah Terowong Cu Ci

pelan sisi terowong menunjukan 3 tingkat, berangkai dan bersambung ke sungai

menuju ke kawasan lawatan

galeri jerangkap samar yang dibuat sendiri oleh gelira Viet Cong

petugas mendemotrasi fungsi jerangkap samar

jerangkap samar

rumah sakit

bilik mesyuarat

bilik membuat pakaian

bengkel membuat senjata

mengubahsuai semula bom yang telah digugurkan

bengkel membuat selipar daripada tayar
bentuk depan belakangnya sama, untuk mengelirukan pihak musuh

bengkel kelengkapan perang

senjata senjata daripada tentera Amerika

kumpulan kami bergambar dengan patung Gelira Viet Cong

kereta kebal yang di musnahkan oleh Gelira Viet Cong pada tahun 1970


Sabda Nabi saw.

“Janganlah kalian masuk ke tempat orang-orang yang diseksa itu kecuali jika kalian dalam keadaan menangis. Jika tidak dapat menangis, maka janganlah kalian memasukinya, dikhuatirkan kalian tertimpa seperti apa yang telah menimpa mereka.”

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

WASSALAM

19 comments:

  1. Assalamu'alaikum atuk.

    Tanpa peralatan canggih pun, terowong itu berjaya dibina, kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Atuk,
    Takut baca hadis tu. Satu ingatan.
    Berapa panjang terowang yg Atuk masuk?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk..

    Hasil kerja tulang empat kerat yang hebat!!

    ReplyDelete
  4. Salam tuan Hj,

    Tudiaaa meriahnya buah nangka tu...macam dibuat2..apakah ditemui rahsianya?

    ehem....boleh terima tempahan buat baju raya ?? kata orang di HCM baju boleh ditempah dan siap segera...hj ade bakat tuuuu..aksi terbaik si tukang jahit...:)

    alhmdulillah....terima kasih atas perkongsian ini..nampak ceria satu rombongan.

    ReplyDelete
  5. atok masuk tak terowong tu??....shima merasa masuk tp mcm lemas skit kat bwh tu...gelap gelita...ada lampu pun suram2 je...tp sebab nk merasa suasana tu kan..masuk la jugak...dh jauh2 sampai sana rugi la kalau xmasuk dlm terowong tu... :-)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Suka tengok gambar tukang jahit tu...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Atuk...

    Itulah natijahnya bila berperangkan...kubu2 berlindung terpaksa dibuat...dah seumur saya lubang tikus tu...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum atuk...menariknya dapat mengetahui sejarah2 tentera Viet Kong... tengok gambar tu atuk sedang menjahit yer...:)

    ReplyDelete
  11. Salam En.Atuk,

    Lawatan ni la yg sy selalu angankan. Mmg teringin sgt nak g tgk. Ishh...terbayang susahnya hidup zaman komunis dulu.

    ReplyDelete
  12. Salam atuk.. waaaa seronok betul yer berjalan.. Moga atuk sentiasa dipelihara dan dikurniakan dengan nikmat kesihatan..Amin~

    ReplyDelete
  13. SALAM ATOK,

    NAK KE SANA JUGA NANTI

    ReplyDelete
  14. Bertuah nye kan kalo dapat pergi tempat bersejarah mcm tuh

    ReplyDelete
  15. SALAM Atuk
    sabarnya mereka tingal dalam terowong bawah tanah tu kan.betapa mahalnya harga merdeka yang negara kita miliki kan atuk

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum atuk : tak bole masuk ke terowong tuh

    ReplyDelete
  17. salam atuk thanks for sharing dan tinggalkan komen di entry terbaru dalam blog peribbadi saya

    ReplyDelete
  18. Salam atuk..ade cuba tak terowong yg last & 2nd last tu tak..?sakit kaki n peha saya jalan itik dlm lubang kecik gelap tu..hehehe

    ReplyDelete
  19. wah banyaknyee nangka tuuu ..
    masak rapat2 lak tuu .. adoii amik ngan tangan aje tuu tuk ;)

    huhuhu seram tgk jerangkap samar tuu
    bila buka terus masuk dan tercucuk tajam .. maka matilahhh huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...