Wednesday, June 27, 2012

Kelantan Jun 2012-4 - Jalan Pantai


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selepas makan roti titab di kedai Kopitiam Kita, bersalam salaman dengan kawan sama pergi umrah tahun lepas. Mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayan kami semasa berada di Kota Bharu.

Perjalan pulang ke KL, kami merancang untuk mengikut Jalan Pantai. Pukul 11.00 pagi meninggalkan Kota Bharu, melalui Negeri Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan...he he banyak negeri tu.

Singgah di setiap pantai, rehat-rehat, melihat laut luas terbentang, ambil gambar dan saya sambil utuk membetulkan urat-urat, kerana memandu seorang sahaja.



Tak lepas peluang singgah di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu


Pandang-padang dan jeling-jeling ajer
Sebab bonet dah berat (sebenarnya poket yang dah ringan)

Yang ini biloh, sebab ringan bonet dan ringan pitehnya

Lima enam tahun yang lepas saya pernah datang ke Kuala Terengganu, bas unik ini telah ada, sesuatu usaha yang saya puji.

Beli jagung bakar RM2.50 setongkol
Saya beli air nira RM3.00 sebotol, sedap juga, lain kali boleh beli lagi



Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: 


Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: 


Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’. Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran


Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.



WASSALAM


14 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk;

    Hehe Atuk, sekarang pitih dah berat balik kan Atuk, gaji dah masyuk!!!.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk...

    Baru beberapa bulan lepas akk merentasi 4 negeri itu.. Bila tengok paparan di blog Atuk ni teringin nak buat another trip. Semasa balik saja akk ikut gua musang..

    Bacaan cholesterol akk agak tinggi. Akk amalkan mkn oat dgn susu atau buah2an untuk sarapan pagi.

    Terima kasih berkongsi pengembaraan.

    ReplyDelete
  3. Wah...jagung bakar tu...boleh thn hargenye!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum AtUK..
    Pitih dan meringan pulak masa dipasar payang..kalau tidak boleh lah sepasang dua lagi batik sutera tu kan....Air nira nipah tu kesukaan suami saya TUK..kalau kami kerumah abg ipar di Perak pasti dia singgah membeli....

    ReplyDelete
  5. rindu tganu..dulu zaman belajar nak balik tganu pun lalu jalan pantai gak..atuk tak beli telur penyu?:)

    ReplyDelete
  6. Jalan pantai tu mmg jauh, tapi saya suka..pemandangan pantai kat sepenjang pesisir Tganu tu best kan...

    ReplyDelete
  7. kami pernah singgah kat depan pasar payang..bertanya orang sebab masa tu sesat jalan..:)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk....bestnya dpt jenjalan mcm ni..:)

    ReplyDelete
  9. seronok kan tuk , bila masuk tuu kira cuci mata jelahh , mahal x yah cakap lah kan .. hurmm tu sebab kalau ke PP nie hubby x suke masuk ekeke ..

    haa jagung tuu sedap .. saya dah banyak kali beli setiap kali ontway ke KT dan balik ;)

    ReplyDelete
  10. pergi ke tempat2 mcm tuh mmg bisa membuat poket kita ringan kan atuk...huhu

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum atuk

    terkenang masa ke kelantan terengganu 2 tahun lepas..sangat best..sape kata kelantan mundur...

    ReplyDelete
  12. pernah ke kelantan sekali 10 th lepas, mesti banyak perubahan dan terengganu 2-3 tahun lepas, rindu rasanya nak ke sana lagi,..

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan Haji,
    jagung kat Malaysia pun dah mahei, RM2.50 setongkoi! Mak oii!

    ReplyDelete
  14. wooooo jelajah ke pantai timur nampaknya.... mmg singgah ke sana pasti menarikkkk...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy pemasangan lampu daylight

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...