Friday, June 15, 2012

Ho Chi Minh 2012-17 - Terowong Cu Ci 3



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sambungan daripada cerita Ho Chi Minh 2012-16 - Terowong Cu Ci 2

Dari jauh terdengar bunyi tembakan senapang, macam suasana perang. Ingatkan mereka memasang pembesar suara bunyi tembakan, supaya suasana di sini betul betul suana perang. Rupa rupanya ada satu bahagian padang sasar (National Defence Sports Shooting Range). Kita boleh membeli peluru dan mengalami sendiri mengunakan senjata api dengan tunjuk ajar oleh pertugas di situ

1 bullet = 35,000VND lebih kurang RM5.32
20,000VND lebih kurang RM3.04



Bersebelahan padang sasar kita dapat melihat cara membuat rice paper secara tradisional. Rice paper ni mereka makan buat spring roll. 

Memproses padi menjadi beras

proses mengisar beras

membuat rice peper

Dijemur sampai kering, baru boleh makan. Ni pun makanan dorang masa musim perang dulu.

Setelah penat berjalan dan keluar masuk terowong kami diminta membasuh tangan di paip air yg dibuat daripada buluh. Kerana kami akan dihidangkan dengan makanan gurila Viet Cong zaman perang dahulu.

Pelawat dijamu dengan makanan istimewa ia itu ubi rebus dicicah dengan kacang tumbuk yang digaul dengan gula. Sedap juga 

Minumannya tea o yang dibuat daripada daun pandan
yammmmmm senggggg


Akhir sekali sebelum keluar. Melalui Souvenir Shop



bergambar bersama patong Ho Chi Minh


Kunjungan ke Cu Ci ini boleh memperlihatkan bagaimana orang Vietnam membangunkan semula negeri mereka daripada kemusnahan perang. Kesungguhan rakyatnya membangunkan kawasan perang menjadi ladang, petani berusaha gigih, pihak tentera mengawal keselamatan, sama ada suka atau paksa.

Terowong diubahsuai menjadikan tarikan pelancong disamping mengekalkan keadaan asal. Peninggalan tentera Amareka atau rampasan perang dipamerkan untuk tuntunan pelawat.

Suasana seksa, perit, menderita masa perang didramakan semula melalui video untuk tuntunan pengunjung, lebih lebih lagi untuk tatapan anak bangsa mereka akan datang.

Kesannya dapat dilihat dari pertumbuhan ekonomi Vietnam yang merekodkan peratusan yang lebih baik.




Rasulullah saw. bersabda

Apabila Allah telah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang kemudian pada hari Kiamat, maka akan diangkatlah sebuah panji untuk setiap pengkhianat lalu dikatakan: Inilah pengkhianatan si fulan bin fulan 

Hadis riwayat Ibnu Umar ra



WASSALAM

9 comments:

  1. Salam sejahtera Atuk

    Rasa mcm saya pun kat sana sbb gambaran yg diberi jelas. Bersyukur negara kita ni.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk..

    Puas hati kalau pergi trip macam ni, semua dapat tengok dengan terperinci

    ReplyDelete
  3. Wah...best tu..boleh menembak guna M16. Atuk tembak berapa biji peluru? Sebijik dah RM5.00 ..:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk...meriahnya bila berada di sana semua tempat dijelajahi kan...:)

    ReplyDelete
  5. teringin nak ade pglmn menembak...

    ReplyDelete
  6. seronoknya.. dapat peluang menembak.. membaca kisah2 di vietnam tu terasa teringin juga untuk ke sana.. semoga ada rezeki satu hari nnt, insyaAllah..

    ReplyDelete
  7. wah atuk ado gayo la membidik senapang tuh...:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk, jauh sungguh pengembaraan atuk nih, kekadang tersasar juga sy tak menyinggah di sini..mohon maaf.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Atuk..

    ... Kakya terus teruja dengan penceritaan Atuk. Dan gambar2 yang dipaparkan. Terimaksih bnyk2 berkongsi perjalanan ini..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...