بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Budu atau Pati Ikan Bilis sebagai buah tangan daripada kawan yang pernah berkhidmat dengan saya di Ibu Pejabat dahulu.
Maaf dipinta kerana tidak dapat memenuhi undangan tempuh hari, Insyaallah, dilain kali dalam suasana yang lebih meriah.
Terima kasih banyak-banyak atas layanan dan buah tangan
Rahsia Khasiat Budu Terbongkar
Budu merupakan makanan traditional negeri Pantai Timur yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Mengatasi masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Definisi Makanan Makruh
menyenangkan kepada pemakan dan orang lain disekitarnya seperti petai,
jering, kerdas, bawang jeruk, budu, belacan, cencaluk dan sebagainya.
Tujuan tidak digalakkan oleh syarak memakan makanan yang makruh supaya
tidak mengganggu keselesaan diri dan orang lain seperti ketika solat
berjamaah, bermusyawarah atau berada dalam kumpulan.
Bagi seorang pelajar makanan yang baik diamalkan ialah memakan makanan
yang seimbang, baik, halal, berzat, berkhasiat, bertenaga dan
seumpamanya. Antaranya kismis, kurma, madu, buah-buahan, susu segar dan
lain-lain di samping berdoa sebelum dan selepas makan.
WASSALAM
Salam En.Atuk,
ReplyDeleteAgak2, budu mendatangkan bau yg tak menyenangkan pd kitatak lps memakannya?
Budu ni, kalau di tumis katanya lebih sedap
ReplyDeleteSalam Daddy Ziyyad
Deleteboleh cuba nanti
Assalammualaikum atuk
ReplyDeletesy pun suka budu tp kena letak cili api banyak2 baru kick :D
Waalaikumusalam Mamyharraz
Deletecapur pula dgn air asam limau ...lebih kick..
Waalaikumusalam Fara
ReplyDeletehe he....tak tahu pulak saya...jarang2 makan budu ni...
Assalamualaikum Tn. Hj,
ReplyDeleteBaru berkesempatan mengikuti Blog Tn Hj..... Tak pernah mencuba tetepi sekiranya boleh menurunkan kadar kolestrol.....nampaknya satu cara untu mencubanya........
Waalaikumusalam Pesona
DeleteAlhamdulillah...terima kasih
boleh le cuba nanti
lama juga tak makan budu ni..
ReplyDeleteSalam Rulza
Deletehe he...kat kedai makan sekarang dah banyak sediakan pencicah budu..
memang terbaik tuk
ReplyDeletesaya kalau ada budu lawan lak ngan jantung pisang huhuhu ... pengsan ! ..
budu kelantan terbaik kan ;)
Salam Ieda
Deletepatut saya lalu tempuh hari Ieda tak perasan...he he
Salam haji...banyak buah tgn tu..pasing2 ke sini.
ReplyDeleteWaalaikumusalam THA
Deletehe he
dah faraidkan kat kawan2 disini
Insyaallah...lain kali
pernah jilat sedikit budu kawan kelantan bawa ke sekolah, x berapa nak masuk sebab lebih suka tempoyak goreng,.. tapi tempoyak goreng x sekomersial budu,.. org kelantan bijak berniaga la tu kan...
ReplyDeleteSalam Ain
Deletekawan saya orang kelantan
tempoyak campur budu...
assalamualaikum atuk..
ReplyDeletebudu ni sedap..1st time mkn ms kwn terengganu bw balik dri negerinya...even bau sikit..tp sedap..cicah ngn cili n limau..fuh! terlio dh skrg..
atuk try mkn tempoyak goreng...fuh! lg sedap..bak kata org atas tu...
Waalaikumusalam Yumida
Deletelama dah saya bergelumang dengan tempoyak (eh wahhh)...tak pernah lagi menggoring tempoyak...nanti saya cuba...tak melutup ke masa goring tu...
baru tahu banyak khasiat budu ni..
ReplyDeleteSalam Norh
Deletesaya pun cari kat google
salam atuk... liza tak makan budu la.. tempoyak boleh laa. itu pun kadang payah nak lalu kat tekak. tapi kalau masak asam tempoyak... sedap aje. kalau deghoyan tu lagi le lajunya.
ReplyDeleteWaalaikumusalam Liza
Deletesaya cicah sikit2 ajer
tapi kalau durian...sama la kita
Assalamualaikum wbth atok...
ReplyDeletesronok bace blog atok nie...
maaf su tak penah makan budu nie...so tak leh komen pe rasanya...
Waalaikumusalam Su
Deleteok ...tak pa
menyeguk kat sini pun dah syukur...
Salam atuk..
ReplyDeletemak aih sedapnya tgk budu tu..sy takleh mkn sgt sbb alergik.tp mmg suka sgt..
Waalaikumusalam KH
Deletepenambah selera...kan...
Assalamualaikum Atuk;
ReplyDeleteBanyak tu, ummi sekali-sekala boleh je pekena budu, tapi tak boleh selalu, resdung, hehe..
Waalaikumusalam Ummiross
Deletedah bagi2 kat kawan pejabat...
Assalam atuk. Banyak juga faedahnya makan budu ni ye? tapi bundo tak reti sangat nak makan budu. Cencaluk ngan tempoyak tak apa...
ReplyDeleteWaalaikumusalam Ibundo
Deletesaya pun tak reti juga
kena tanya orang Kelantan...
Salam Atuk
ReplyDeleteAlamak budu dlm peti ais dah berbulan tak berusik!
Waalaikumusalam Mama Ju
Deletedalam petia ais tak pa
kalau kat luar...dah masam sangat..
Salam Atuk,
ReplyDeleteBudu tenyeh dgn asam limau dan cili padi kampung,
jumpa ikan singgang ikan aya,ulam pula pucuk daun gajus,
Mak Mentua lalu depan pun tak lawe dah!!
Waalaikumusalam Siti
Deletehe he
kesian Mak Mentua tu...
assalamualaikum atuk....wah memang sedap kalaudpt makan budu inikan...:)
ReplyDeleteassalamualaikum atuk : first time makan budu secara tak sengaja. pastu terus suke... hehehe
ReplyDeletePenyelera makanan semasa bersahur di bulan puasa nanti
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan lampu daylight
▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.
ReplyDeletePada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------
▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.
▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.
Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------
▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.
Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------
▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570