Monday, June 25, 2012

Kelantan Jun 2012-3 - Kopitiam Kita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi Isnin, hari ketiga di Kota Bharu dan hendak bertolak semula ke KL. Kawan semasa umrah tahun lepas mempelawa kami ke kedai Kopitiam Kita untuk sarapan pagi.

Kopitiam Kita ini teletak di 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu.
Nombor untuk dihubunggi 019-981 0888. 

Lorong untuk masuk ke kedai Kopitiam Kita

Kedai ini mengumpulkan semua masakan Kelantan yang popular daripada warung-warung sekitar Kota Bharu. Disediakan dengan bentuk bungkusan.


Pengusahanya Encik N. H. Wong yang fasih bertutur denga lorat Kelantan, seorang yang peramah dan berbudi bahasa.

Ruang kedai yang bersih dan luas

Dipamirkan gambar-gambar artis popular dan orang kenamaan serta pengunjung yang pernah datang ke kedai ini

Pertama kali saya makan Nasi Tumpang


Makanan yang paling spacial di sini, Roti Titab
Roti putih bakar, diletak kaya di setiap penjuru dan di tengahnya telor separuh masak .......memang tip top

Senarai harga makanan dan minuman



Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: 
"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab.

Jawab Rasulullah SAW:
"Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"

(Hadith Riwayat Ibnu Abbas)



WASSALAM

26 comments:

  1. salam atuk.
    suya yg org kelantan ni pun xpernah sampai lagi ke sini... tu tara umah suya ni kat pengkalan chepa.. hehehe balik ni suya nak cari lah kedai ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Suya

      nanti tak cukup satu...
      selamat mencuba

      Delete
  2. assalamualaikum atuk....sedapnya dpt bersarapan di situ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama

      kalau ke KB...nak cuba lagi

      Delete
  3. wah bagusnya kedai nie ..
    sure ramai yg menyingah kan , bila banyak pilihan nie mulalah semua nak rasa ekeke ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ieda

      cepat habis makanan tu...kena datang awal

      Delete
  4. Salam Tuan Haji,
    spesel...dia bukak kedai, orang antar supply, pandai! Tapi memang saya respek warga Kelantan, rajin dan pandai berniaga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Hjh Yong

      macam Ummiross kita....

      Delete
  5. Replies
    1. Waalaikumusalam PS

      terima kasih sudi ziarah

      Delete
  6. assalamualaikum atuk : harus pergi ni kalau sampai di KB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Afeezz

      dah rasa sekali...nak dua...

      Delete
  7. salam Atuk
    nasi tumpang pun ada ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ummu

      itu yg saya nak rasa tu....
      macam nasi impit ajer

      Delete
  8. singgah tumpang..dah lama x p KB

    ReplyDelete
  9. salam THR,

    oo menu yang kreatiflah
    kayanya org klntn ni bukan hanya bilangan emasnya ...masakan pun pelik2 ye..selamat menjamu selerooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ain

      yg saya tahu nasi dagang, berlauk, kerabu ajer
      kedai ni jual macam2 menu...

      Delete
  10. Salam Atuk,

    Saya masih x sampai lagi Kelantan padahal Tganu -Kelantan dekat dah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Siti

      alaaa hai...dah dekat sangat tu...

      Delete
  11. beznye..byk pilihan..tgk menu2 pn tertelan air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yumida

      kena duduk di KB 2 minggu...baru habis munu tu dirasa

      Delete
  12. Wah.. Lama sungguh x mkn roti titab.

    Kelantan kaya dengan pelbagai jenis mknan Dan kuih muih kan Atuk..

    ReplyDelete
  13. Salam Kak DO

    Akak pun dah pernah makan roti titab tu yer..

    duduk kat sana kenyang sokmo

    ReplyDelete
  14. As salam encik atuk,

    Seronoknye kopitiam ni! Terasa nak mencuba bile ke KB nnt... Mcm2 ade... menarik sungguh! Terima kasih atas info...

    Kdg-kala kite tak sedar, doa yg kite titipkan kdg-kala tdk dimakbulkan olehnye krn dr makanan... Berfikir pjg saya... Kena lebih hati2 bab2 makanan selepas ni... Terima kasih sekali lg encik atuk! :))`1

    ReplyDelete
  15. Atuk sedap la roti tuuuu... perghhhh... nanti nak buat laaaa :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...