Friday, June 8, 2012

Ho Chi Minh 2012-14 - Dinner Cruise



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Dinner Cruise ini merupakan antara perusaan utama di Bandar Ho Chi Minh serta merupakan daya tarikan bagi para pelancong.

Satu acara yang patut dialami oleh pelancong ke Ho Chi Minh City adalah makan malam di atas kapal sambil berlayar menyusuri Sungai Mekong. Suasana malam yang dingin dihiasi lampu yang romantis. Sambil itu para penumpang menikmati hiburan dengan nyanyian dan tarian tradisional Vietnam yang dibawakan oleh gadis gadis cantik.

Sementara di luar, pemandangan kota Ho Chi Mingh dimalam hari kelihatan cantik dari atas kapal. Bangunan bagunannya dihiasi dengan cahaya lampu.

Perlahan lahan kapal bergerak menyusuri sungai. Terdapat banyak kapal kapal (dinner cruise) membawa penumpang untuk makan malam di atas kapal. Berbagai jenis kapal, ada yang berbentuk ikan, bentuk kapal layar dan perbagai bentuk lagi. Semuanya dihiasi dengan perbagai hiasan lampu yang sungguh menarik.

Disamping itu dinner cruise ini melalui dermaga kapal kapal kargo. Perjalan kapal ini lebih kurang 1 jam setengah.

Bayaran untuk kumpulan kami cuma USD10.00 seorang. Kami tidak memesan makanan, kerana pemandu pelancung kami mengatakan, makanannya tidak dijamin halalnya.



dermaga dinner cruise




pemandu kapal

kapal berbentuk ikan

pemandangan Kota Ho Chi Minh waktu malam





persembahan kebudayaan


melintasi dermaga kapal kargo

semasa balik ke hotel, kami berjalan kaki
untuk menyelami suasana malam di HCMC
lebih  kurang setengah jam

ada yang tak larat, menaiki beca roda tiga


Firman Allah swt.


‘Syukurilah nikmat Allah, jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepadaNya.’

(an-Nahl, 114)


‘Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.’

(al-Araf, 10)



WASSALAM

11 comments:

  1. Support WWF dalam mencegah kepupusan PENYU -->LINK WEBISTE WWF DISINI

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...cantiknya pemandangan diwaktu malam...:)

    ReplyDelete
  3. cool~ bestnye dapat naik kapal :D

    ReplyDelete
  4. awsome.. kalaulah dpat peluang mcam ni kan best..?

    ReplyDelete
  5. waah seronok nie ... atuk dpt naik cruise .. saya berangan2 nak hantar mak dan ayah naik cruise nie .. x tahulah tercapai atauy tidak huhuh

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum atuk, kat HCM qies suka makan roll dia sedap sgt..

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Haji, rugi ler deme tak buat cruise yg menjual menu Halal!

    ReplyDelete
  8. wah unik yer bentuk kapal tuh atuk...

    ReplyDelete
  9. jauhnye atuk jalan...
    jauh perjalanan banyak pengalaman... :D..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...