بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Firman Allah swa. dalam Surah Ibrahim ayat 33
سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
Kita baru sahaja semalam menyaksikan
transet planet Zuhrah (Venus). Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan
lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah swa. sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan,
matahari dan seumpamanya.
Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian
gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini
sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku
ialah pada tahun 2004. Dan akan berlaku lagi lebih kurang 100 tahun lagi atau
pada tahun 2112.
Cara berlaku fenomena Transit Zuhrah
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365
hari. Manakala Zuhrah pula mengambil masa 225 hari. Ketika planet Zuhrah
mengorbit matahari, ia akan melintasi bumi setiap 1.6 tahun (orbitnya lebih
kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding bumi). Ketika itu ia akan berada di antara matahari dan bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya
ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Fenomena transit
planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100
tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu
sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874
dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan
berlaku pada tahun 2112 dan 2120, iaitu 100 tahun dari sekarang.
Mencerap di kawasan pejabat
untuk kakitangan menyaksikan peristiwa transet Zuhrah
Planet Zuhrah, bulat kecil, bawah kanan
tak berupa jelas, kerana dilindungi awan dan
menggunakan Galaxy N7000
Gambar daripada google
Firman Allah swa.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(Ali ‘Imran ayat 190 – 191)
WASSALAM
assalamualaikum atuk : menarik sgt bidang astronomi ni. thn lepas sy berpeluang melihat planet zuhal...
ReplyDeleteklu nak tgk guna Samsung Galaxy SII bole tak? hehhe
Waalaikumusalam Afeezz
Deletemenarik tapi sukar untuk mempelajarinya
S2 tak boleh tapi S3 boleh he he
aler... kene beli S3 la nampak nyer
DeleteSalam En.Atuk,
ReplyDeleteBestnya dpt tgk. Sy takde kesempatan. Ms tu ade kat opis.
=(
Waalaikumusalam Fara
Deletesaya pun dah nak tengah hari baru kesempatan
MasyaAllah!, bertuahnya dapat tengok fenomena ni,pasti kagum dengan kekuasaan Allah SWT.
ReplyDeleteSalam Ummmiross
Deletebertasbih panjang
fikirkan kuasa Allah
dan kebijakan akal manusia
Itu lah Atuk..
ReplyDeleteKita kena lihat setiap kejadian dgn mata hati, baru kita sedar tentang kuasa Nya.
Salam Diddy Ziyyad
Deletemoga bertambah iman kita
thanks atuk atas perkongsian secara terperinci ni...semalam kan..tgk cuaca menguning coz lepas angin kuat..
ReplyDeleteSalam Yumida
Deletepetanda drp Allah
kadang2 kita yg tak tahu
subhanallah..
ReplyDeleteSalam Saiazuan
Deletemengukuhkan iman kita
Masyallahh.. kejadian ALLAH ni mmg menakjubkan.
ReplyDeleteSalam Yan
Deletemoga Allah pelihara iman kita
tak tengok la plak..ruginya.. erm.. yg kecik tu ke zuhrah?
ReplyDeleteSubhanallah.. kuasa tuhan atok.. Dia Pencipta atas tiap2 perkara..
salam atuk, pcl tgh bercuti kalau tak mesti bersama rakan sekerja mencerap di Planetrium Negara...sungguh indah ciptaanNYA.
ReplyDeletehebat dan sempurna sungguh ciptaan Nya
ReplyDeleteassalamualaikum atuk...begitulah kejadian yang sungguh sempurna dari Allah hanya Dia yang mampu menjadikan segala2nya...:)
ReplyDeleteSungguh...kadang2 kita hanya melihat tanpa mahu mengambil iktibarnya.
ReplyDeleteSalam Atuk
ReplyDelete100 tahun lagi? Bersyukur siapa melihatnya. Kita mengingsafi setiap kejadian tuhan.