Wednesday, June 13, 2012

Ho Chi Minh 2012-16 - Terowong Cu Ci 2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Paling mengujakan dan meremangkan bulu roma adalah apabila pengunjung merasai sendiri pengalaman merangkak sepanjang lebih kurang 20 miter di dalam salah sebuah rentangan terowong yang sempit, dingin dan mengerikan itu.

Tempat ini juga antara tempat yang paling digeruni oleh tentera Amerika kerana di sini dikatakan terdapat banyak jerangkap samar di seluruh kawasan ini. Ramai tentera Amerika yang telah terkorban kerana terkena jerangkap samar, sehingga membolehkan Vietnam menang dalam peperangan ini pada tahun 1975. 

Setelah berbagai usaha, seperti menghantar pasukan tentera yang ramai, mengugurkan bom bom yang besar serta perbagai cara lagi. Yang paling dahsyat ialah menyembur bahan kimia, ceritanya di sini. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan tidak dapat menghancurkan sistem ini. 

Terowong ini membuka kembali memori hitam generasi Viet Cong yang masih wujud sehingga hari ini. Ia adalah tinggalan kisah perit dan nanah anak bangsa akibat belerang perang 


Asap bahagian dapur disalurkan keluar sejauh 50 miter daripada dapur, dengan longgokkan  daun daun yang setiap hari di gantikan sehingga tidak menimbulkan kecurigaan kepada tentera Amerika

Sistem pengudaraan berfungsi untuk terowong terowong ini agar tentera Viet Cong tidak kehabisan oksigen selama berada di dalam terowong


Ini adalah sebahagian daripada lubang rahsia yang telah dibina oleh gerila Viet Cong semasa perang. Lubang ini adalah sangat kecil dan hanya orang yang berbadan kurus dan kecil boleh melepasinya. Gelap gelita apabila lubang itu ditutup





ini adalah antara pintu pintu untuk masuk ke terowong





pintu terowong khas untuk pengunjung


Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman berjalan dalam misteri dan kegelapan terowong Cu Ci.


Ini adalah gambaran terowong bawah tanah yang sempat saya ambik. Ada lampu tapi samar samar. Masuk ke dalam terowong ini anda kenalah berjalan itik serta tidak boleh berdiri. Jadi sebelum itu anda kenalah mempunyai stamina dan mental yang kuat.



Dikatakan kebanyakan tentera Amerika yang masuk ke dalam terowong ini tidak dapat keluar semula dan ramai yang mati di dalamnya kerana kekurangan oksigen dan mati diserang oleh Gerila Viet Cong.






Firman Allah SWT

“Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?”

(As-Sajdah : 26)


WASSALAM

15 comments:

  1. Bergaya betul Atuk nak masuk terowong..heem confirm mama tak boleh masuk1

    ReplyDelete
  2. Salam En.Atuk,

    Sy pasti, Viet Cong mengerah anggotanya menjaga badan. Tgk lubang tu je, sy pun tak yakin ley masuk ke tak. en. Atuk yg petit pun muat je. Inikan pulak sy yg tinggi bsr nie.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Haji,
    tentera sebuah negara kuat dgn senjata canggih tumpas pd sebuah negara kecik, miskin dan serba kekurangan. Saya masih ingat hari-hari kejatuhan Saigon, kelam-kelibut tentera dan rakyat Amerika dan rakyat asing lari meninggalkan Vietnam. Sampai sekarang AS tak kata dia 'kalah', cuma 'berundur', prrrrffftttttttdrrtt!!! :P

    ReplyDelete
  4. Salam Atuk..

    Kalau saya, soheh tak muat!

    Ahahaha..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk....wah makin menarik betul n dapat tahu semuanya...:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk..

    Waa adventure betul trip atuk kali ni...

    ReplyDelete
  7. as salam tuan hj

    kalu gini gayaknya, az x ada masalah nak masuk telowong kan?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk

    Akak bila dtg sini x kurang sejam baca entry dan tengok picture, tapi Kali ni x sempat lagi nak baca semua. Selalunya mlm akak habiskan masa disini, tapi tau2 je la kan, musim bola skarang ni. 

    Akan kembali.

    ReplyDelete
  9. amat adventure penjelajahan atuk..teringin mahu masuk ke sana..tinggalan sejarah..pasti memberi nostalgia di hati

    ReplyDelete
  10. hehe teringat saat2 jalan itik dlm terowong tu...kecik..sempit..azab kejap ..mmg orang Amerika yg besar2 gedabak tu tak boleh lepas lah..ehehehe

    ReplyDelete
  11. pernah gak tgk terowong tuh kat TV...atuk dapat lalui terowong tuh...pengalaman menarik atuk yer..

    ReplyDelete
  12. pernah tengok trowong ni, dlm dokumentari.. memang seram r, tmpat orang berperang dulu..

    ReplyDelete
  13. huhuhu seram tgk terowong tuu
    ngam2 ngan badan kita
    mean kalau org gemuk selamatlah x payah masuk kan .. kat luar mati , masuk dlm pun mati
    aduhhh x dpt saya bayangkan huhuh

    ReplyDelete
  14. Cu chi ni termasuk dalam senarai nak pergi hujung bulan nanti...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Atuk..

    Kakya baru Ada kelapangan ni Atuk..

    Teruja sungguh dengan perjalanan Dan pengalaman Atuk ni. Harap2 kakya pun dpt kesana x lama lagi.insyaallah

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...