Sunday, June 3, 2012

Melawat Renovation Expo 2012 di PWTC


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pernah panggil kontraktor Indonesia untuk baiki bilik air yang dan bocor. Beliau mencadangkan agar membuka semua tiles lantai, kemudian tampal dengan simen baru yang dicampur dengan waterproof yang lebih baik untuk tahan lama.

Buat sementara ini beliau menampal waterproof diantara celah celah tiles, tahan untuk dua tiga bulan. Tapi nampak comot ajer.


Ada berangan-agan nak tukar semua tiles dan aksesori baru bilik air. Kebetulan ada ekspo pengubahsuaian yang diadakan di PWTC, pada 1 - 3 Jun.


Petang semalam ada kesempatan melawat ekspo berkenaan


Tapi hampa, satu tile pun tak ada


Apabila baca balik iklan ekspo ni.....ia adalah untuk Pelancaran Program Pengubahsuaian Untuk Kontraktor Bumiputra. 


Terdapat lebih kurang 10 kontraktor Bumiputra mengisi ruang pameran. Kebanyakan lain-lain gerai menjual peralatan kelengkapan dapur.




Aisyah ra. pernah memberitahu,

“Sesiapa yang menceritakan kepadamu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kencing sambil berdiri, maka janganlah kamu mempercayaingya. Sebenarnya baginda tidak pernah kencing kecuali sambil duduk.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)



WASSALAM

9 comments:

  1. seronok program macam nie , selalu di PWTC nie kalau x program2 yg besar x kan buat disini ..
    mcm pameran buku , komputer dan IPTA/IPTS ..
    kalau dekat sure ieda pergi tuk ;)

    ReplyDelete
  2. beznye...sronok atuk pat cuci mata sambil menambah ilmu dgn pengetahuan...alhamdulillah..ade jugak wakil dri bumiputera dtg bt pameran..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk : berminat kat hiasan laman mcm dlm pic last tuh

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk, pcl biasa dgr pri bahasa melayu...guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari...

    dan skrg nie dah biasa xtvt kencing mengencing...adusss!

    ReplyDelete
  5. ramai kontraktor pentingkan bab ubahsuai dapur jer kot

    ReplyDelete
  6. CkLah pun tgh berangan nak renovarsi. Ilham dan ada....'not gambar Agung'nya yg belum cukup.

    :-)Ck

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk-phd,

    Bagus gak expo mcm ni cuma tak berkesempatan nak pergi ke sana. Mesti banyak material yang murah dalam expo sebegini. BTW, kami singgah baca & follow blog Atuk-phd...Jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni nanti ye...TQ

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk...

    Saya jarang dapat kesempatan ke EXPO sebegini.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...