بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Insyaallah, bab makanan di Bandaraya Ho Chi Minh tiada masaalah. Kerana banyak terdapat restoran makanan halal yang dimiliki oleh orang Islam, kebanyakannya pengusaha Melayu Cham.
Vietnam Delights Restaurant
Kedai Shamsudin
Halal Saigon Restaurant
Bombay Indian Restaurant
(nasi minyak)
Makanan di sana semuanya sedap sedap, beras baru, menyelera, selera kita orang Melayu. Kalau lama duduk di sana, mukin kena beli seluar baru....
Tapi harga makanan agak mahal juga, lebih kurang RM20.00 - RM30.00 seorang sekali makan
Sesungguhnya tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup di dunia. Antaranya nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. Kita tidak pernah putus putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati. Oleh demikian, kita patut mengucap syukur selalu kepadaNya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah).
WASSALAM
Assalamualaikum Atuk....
ReplyDeleteLapar tenguk nasi minyak....
"Anak-anak, cepat bersiap! Ibu dan abah nak pergi jemputan kenduri ni!"
:-)
***tengok
ReplyDeletebc entry atuk bt diri ini rs rendah diri n syukur pdNya...ske singgah sini...
ReplyDelete