Thursday, May 31, 2012

Ho Chi Minh 2012-10 - Mekong Delta Boat Trip



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Masih menceritakan aktiviti di Pulai Thoi Son
Kami dibawa ke satu kawasan kebun yang ditanam berbagai jenis pokok tanaman. Tujuannya untuk memperkenalkan jenis jenis pokok kepada pelancong. Antaranya pokok nangka, mata kucing, limau barli dan lain lain lagi.

Mereka gantungkan berbagai jenis buah

Di sebuah pondok sedang menunggu hidangan buah buahan
(Hidangan pada masa itu buah naga, nenas, ciku, mata kucing dll. Semua buah disini manis manis belaka)

Disamping itu kami dihidangkan juga lagu lagu tradisional mereka dengan iringan muzik. Termasuk lagu can malican dalam bahasa mereka. Lepas itu sediakan duit, kerana penyanyi2 tadi akan membawa bakul (atas meja belakang, sebelah kiri) untuk mohon sumbangan.

Kebun mereka bersih dan teratur

Kemudian kami menaiki sampan yang muatannya cuma 4 atau 5 orang

Sungai yang kecil dan berliku dan kiri kananya terdapat pokok nipah dan bakau

Dikendalikan oleh seorang di belakang dan seorang lagi di hadapan
Mereka membawa agak laju juga (mukin kejar trip)

Menuju ke Sungai Mekong dalam masa lebih kurang 20 minit
kerana bot besar telah sedia menunggu kami

Menaiki bot semula untuk balik ke jeti Bandar Tho
Disediakan sebiji seorang kelapa muda

Pemandangan jeti Bandar Tho



Kata Mutiara (melancong/musafir)

Sang Singa jika tidak meninggalkan tempatnya, ia tidak akan dapat membaham mangsa. Dan anak panah pula jika tidak meninggalkan busurnya, ia tidak akan mengenai sasaran..


WASSALAM

10 comments:

  1. pengalaman yg best tu atuk :D

    ReplyDelete
  2. Sy suke tgk kebun buah die. Klu mcm nielah kebunnya, lepak hari2 pun sy suke. Heheheheh...

    ReplyDelete
  3. Saya bercadang nak pergi ke Vietnam jugak tapi tapi rasanya tak dapat nak pergi situ tak cukup masa.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk...menarik nyer dpt mengalami pengalaman tu...:)

    ReplyDelete
  5. bila la dpat merasa nk g tempat org ni? cam best je?

    ReplyDelete
  6. mmg menarik culture diorg nih...ske tgk yg buah2an digantung tu..unik...x guna jaket keselamatan ker ms naik sampan tu..cam muat2 jer tgk..

    ReplyDelete
  7. memang cantik bersih kebunnya Atuk..

    rupa rupanya, kayuh sampan pun ada kejar trip, igt kan drebar lori & bas kat malaysia aja yg macam tu! ahahaha

    ReplyDelete
  8. atauk...unik cara dia org gantung buah2an kat pokok tu...dah jadi mcm pokok 'kawen' pulak...

    ReplyDelete
  9. salam THR,

    oo penyanyi ke tuh? ingat ke patung...cantik2 nooo sedap ke bahasa orang sana??? macam bahasa siam ke?

    tak gayat ke dok dalam perahu tuh???
    syoknya yee...

    ReplyDelete
  10. jika atuk tidak ke luar negara, tak dapat lah update blog dengan cerita baru...!

    haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...