Monday, May 14, 2012

Ho Chi Minh 2012-3 - Indian Jamia Muslim Mosque


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ini adalah sebuah masjid yang terletak di tengah tengah bandar Ho Chi Minh

Bancian pada tahun 1999, dianggarkan seramai 70,000 orang Islam di Vietnam
Mereka terdiri daripada etnik Cham, Khamer, Melayu, China, Arab dan lain lain

Berdiri megah di tengah tengah pembangunan


Walau bagaimanapun, umat Islam Vietnam masih agak terpencil daripada arus perdana dunia Islam, dan pengasingan mereka, digabungkan dengan kekurangan sekolah-sekolah agama, menyebabkan amalan Islam di Vietnam menjadi semakin nipis.



Selepas penubuhan 1976 Republik Sosialis Vietnam, seramai 55.000 orang Islam Cham berhijrah ke Malaysia. 1750 juga telah diterima sebagai pendatang oleh Yaman yang menetap di Ta'izz.

rujukan disini

Bersih dan terurus, menandakan Islam itu indah

Imam sedang membaca khutbah Jumaat

Muslimat turut mendirikan solat Jumaat


peniaga kecil kecilan ada dimana mana


kena pandai menawar, hingga boleh kurang lebih daripada separuh harga yang ditawarkan pada mulanya


Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.”

(Surah Ali Imran, ayat 112)



WASSALAM

5 comments:

  1. salam THR,

    subhanallah....indahnya mnjadi muslim. Saudara kita di mana2....Alhamdulillah

    banyak ke mmbeli??makanan muslim senang dapat ke??? indahnya perjlanan termetrinya pengalaman...terima kasih berkongsi hidupan di rantauan. bilalah nak sampai sana nii

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk;

    Cantik masjid tu, ummi kalau melancong suka singgah kat masjid juga. Aktiviti masjid sedikit sebanyak memberi gambaran masyarakat Islam setempat.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Atuk

    Suka tgk masjid tu, cantik.1 saya bayangkan di vietnam masjidnya terkebelang sikit. Syukurlah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Atuk..

    Islam itu Indah dimana-mana. :)

    ReplyDelete
  5. sekarang masjid ada di mana-mana.... tak terkecuali disana umat islam dapat bersembahyang di masjid

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...