بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Saigon Central Post Office adalah suatu pejabat pos di pusat bandar Ho Chi Minh City, Bangunan itu dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada awal abad ke-20. Ia mempunyai gaya seni bina Gothic.
Ia telah direkabentuk dan dibina oleh arkitek terkenal Gustave Eiffel dalam suasana kawasan sekitar yang harmoni. Hari ini, bangunan itu adalah sebuah tarikan pelancong.
Dibina antara 1886 dan 1891, ia adalah pejabat pos yang terbesar di Vietnam dan mempunyai nilai seni bena yang menarik untuk dilawati.
berhadapan dengan Basilica Saigon Notre-Dame, gereja utama bandar.
papan tanda yang terdapat pintu utama
terpegun melihat seni bena yang halus dan unik
operasi pejabat pos masih berjalan
disamping kiosk cenderamata dengan harga kawalan
Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."
(Surah al-Hajj, ayat 46)
WASSALAM
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteSeronoknya dapat melihat negara orang..
Unik dan indahnya seni bina pejabat posnya!!
Waalaikumusalam Siti
DeleteAlhamdulillah
memang unik seni mereka
Salam Tuan Haji, melancong sambil belajor budaya dan resam orang kan?
Deleteassalamualaikum atuk...wah seronoknya dpt jenjalan ke negara orangkan...dapat mempelajari kesenian n budaya org lain juga...:)
ReplyDeleteassalamualaikum atuk : dalam pejabat pos pon bole shopping ker? macam ade mall plak dlm pejabat post tuh
ReplyDeleteassalamualaikum atuk,
ReplyDeletesukanya saya tengok interior pejabat pos tuu..
heritage building..=)
Assalamualaikum Atuk...
ReplyDeleteCantik Dan besar sungguh post office ni Atuk..