بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Riuh rendah di rumah minggu lepas, lebih gamat lagi ada yang mengusik sesama mereka. Kak Uda baru habis metrik, tunggu keputusan dan panggilan U, Insyaallah, Kak Ngah cuti selama 3 minggu.
Mula-mula saya tak perasan juga, mereka displaykan N3 saya mengenai makan nasi mandi. Bila terperasan, saya pun bertanya "siapa punya kerja ni"
Abang Cik menunjuk ke arah ibu, tanda sebagai ketua perancang....he he
Mandi-Chicken (H) RM17.00
Pekena di Restoran Saba, Dataran Setiawangsa, Jalan Jelatek
Mandi-Lamb (L) RM30.00
Flavoured Malt RM4.00
Islam Mementingkan Kasih Sayang
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Riwayat at-Tabrani
Menghormati Orang Lain
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".
Diriwayatkan al-Baihaqi
WASSALAM
Sedapnye atuk... nanti saya nak pegi gak laaa.. ajak kawan kawan saya :)
ReplyDeleteSalam Arjuna
ReplyDeletepergi jangan tak pergi...he he
assalamualaikum - keluarga bahagia - nasi mandi? he3x...best-best-best - selamat menjamu selera
ReplyDeleteWaalaikumusalam Cikgu Sonata
DeleteInsyaallah
terima kasih doa tu...
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteNi kali kedua blogger tulis pasal nasi mandi! Sedap ke?
Waalaikumusalam Hjh Yong
Deletemula terpikat dgn nasi mandi ni...semasa di Makkah
boleh cuba yong....
Salam Atuk..
ReplyDeleteSaya pernah ke Saba...tapi cawangan di Cyberjaya punya..heheheh...nampak yg kat cawangan Atuk pergi ni , selesa tempat nya
Waalaikumusalam daddy Ziyyad
Deletememang selesa...tapi waktu kemuncak...tambah2 malam minggu ...beratur menunggu giliran
Salam Atuk
ReplyDeletebertambah sedap makan bersama keluarga tersayang..
Waalaikumusalam Norh
Deletesesekali dapat makan bersama semuanya...sedapppp
salam
ReplyDeleteseronoknya bawak anak2 makan kat luar sekali sekala,kan..boleh mengeratkan kasih sayang
Waalaikumusalam Kamsiah
Deleteitu tujuannya....duduk satu meja
salam atuk
ReplyDelete2 bulan sudah nak cuba nasi mandey di Saba Cyberjaya, tak berapa umphhh berbanding hadramawt atau al rawsa
Waalaikumusalam Pak Itam
Deletelepas ni nak cuba hadrmawt pulak....he he
Aslkm Atuk
ReplyDeleteHehe brepa kena?
seronokkan semua ada..yg sulung tak cuti?
Waalaikumusalam Mama Ju
DeleteRM112.....
yg baju merah tu..sulung...dah kerja sekarang
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteSeronoknya dpt berkumpul anak beranak. Saya nak makan Mandy, sampai laaa ni tak me jamah lagi.. Heeee
assalamualaikum atuk...seronoknya satu keluarga makan bersama2kan...:)
ReplyDeletekalau satu keluaga begini menikmatinya mmg meriah sesangat..... mmg amat mengiratkan lagi kasih sekeluarga
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang