Tuesday, May 8, 2012

Kuching Sarawak 2012 - Aksi Lompatan




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Di Ladang Buaya Jong's & Zoo ini, acara yang paling menarik dan misti tonton oleh para pengunjung adalah "Aksi Lompatan Buaya Menyambar Makanan". Ini adalah satu-satunya ladang di Asia untuk mempersembahkan pertunjukan sebegitu.

Para pengunjung seharusnya tidak melepaskan waktu berkenaan kerana pelbagai aksi buaya boleh dilihat. Sambil memberi makan, mereka turut “buat show”. Kita juga boleh melihat buaya berkelahi sesama mereka kerana berebut makanan.

Antara yang menarik pada pemerhatian saya ialah, bila hampir tiba waktu untuk buaya makan, buaya  akan keluar daripada dalam hutan dan yang berada di dalam kolam, mereka timbul di permukaan air. Tatkala inilah pelbagai aksi menarik oleh sang buaya berkenaan dapat disaksikan. Maknanya buaya-buaya berkenaan sudah tahu bahawa waktu untuk makan sudah hampir tiba. Bila tepat masanya, loceng dibunyikan. Maka timbullah sang buaya di permukaan air.

Waktu pertunjukan/memberi makan kepada buaya buaya sebanyak 2 kali sehari
11.00 pagi dan 3:00 petang.
Setiap persembahan kira-kira 20 minit.

kolam utama

kolam kedua



mereka akan perlahan-lahan berkumpul di kolam apabila hampir waktu makan


kelihatan telor telor buaya


aksi aksi buaya yang sempat saya rakam








aksi buaya menyambar makanan yang saya copy daripada You Tube




Menurut ashab asy-Syafi’e, semua kulit bangkai itu termasuk kulit binatang buas adalah suci setelah disamak, melainkan kulit anjing dan babi. Mereka berhujah dengan beberapa dalil daripada hadis, di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata yang maksudnya :


Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Jika kulit disamak maka ia menjadi bersih.”


(Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis yang lain, daripada ‘Aisyah Radiallahuanha yang maksudnya :


“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengizinkan untuk menggunakan kulit-kulit bangkai jika telah disamak.”


(Hadis riwayat An-Nasa’i)


Hadis di atas menunjukkan bahawa kulit bangkai binatang adalah suci setelah disamak. Kulit bangkai di sini adalah umum termasuklah juga kulit binatang buas melainkan apa yang telah disepakati akan larangannya iaitu anjing dan babi.


Rujukan: ms.wikipedia.org/wiki/hukum_pemakanan_islam


WASSALAM

16 comments:

  1. Sy tak pnh tgk buaya melompat mcm nie. Mcm seram gak tgk muncung buaya tu. Sekali gigit, mau tersiat kulit. Arghh!

    ReplyDelete
  2. Kakcik pernah pergi ke ladang buaya itu sebanyak 2 kali. :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah tgk lagi ni atuk..kalau pergi mesti kecut perut.. =)


    *macam mana pulak kalau binatang yg masih hidup, dibunuh utk ambil kulitnya?

    ReplyDelete
  4. tinggi juga buaya tu lompat..
    atuk pernah tengok buaya kerdil..
    di taman ular perlis ada buaya kerdil..

    ReplyDelete
  5. salam
    sayangnya telur buaya tu jauh...nampak kecik2 ja...tak pernah tgk telur buaya..

    ReplyDelete
  6. dia bagi makan macam tu rupanya
    pengunjung tak de peluang la nak bagi buaya makan ye?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk... moga sihat!

    sy pernah tengok aksi buaya makan begini di taman buaya Melaka, gerun juga bila bayangkan buaya itu menyerang manusia

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum atukkkk... minta maaf sebab lama bebeno tak menjenguk ke sini. jaga2 dgn boya ni atuk, tambah boya yg kat darat ni. he..he.. liza biasa menengok yg kat taiping tu je.

    ReplyDelete
  9. Salam Atuk!

    Tenguk tajuk ingat sapa yg lompat! Atuk!

    ReplyDelete
  10. saya tengok buaya melompat, takut nampak kepala buanya tu, mulut punya besar..

    ReplyDelete
  11. uihhhh sekali terkam dari permukaan air ajjerr ganazzzz betul buaya tuuu...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair seat kereta berlubang

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum atuk : masa saya ke kuching awal thn ni, ade gak singgah sini, tp tak masuk pon...

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Buaya educated tu Tuan Haji, tau bila time lunch dan dinner!

    ReplyDelete
  14. salam tuk..
    ingat sapa yang lompat..rupanya boya yang lompat..hehehe..berobut la deme ye tuk..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum atuk...banyaknya buaya2 tu kalau mama takut nak tengok buaya2 ni dekat2 ngeri je...:)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Atuk..

    Agak menggerunkan aksi buaya2 ni... Jelas keganasan menyambar..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...