بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Semasa dalam perjalan balik daripada kursus di ILDAS, Sungai Besar, saya singgah sebuah gerai yang menjual kelapa muda bakar. Jaraknya lebih kurang 3 atau 4 kilomiter hendak sampai ke Pekan Tanjung Karang.
tempat membakar kelapa muda
membuang kulit yang terbakar
yang saya dapat, dah tua sedikit
RM4.00
isinya mudah lekang daripada tempurung
rasa airnya, macam payau sedikit
disamping itu terdapat juga sarang burung untuk dijual (RM2.00)
benih kelapa (antara RM15.00 - RM17.00)
ada dua tiga jenis pokok buah buahan
senarai harga gerai Paksu Hamid Sri Pinang
Kita ni kalau boleh jadi seumpama pokok kelapa yg mampu memberi manfaat yg banyak kepada manusia. Daripada batangnya untuk dijadikan jeti, daunnya untuk dijadikan lidi penyapu, umbutnya sedap dimakan. Daripada buahnya, sabut, tempurung, isi dan air semuanya boleh dimanfaatkan.
Jabir ra. bercerita bahwa Rasulullah saw. bersabda
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Hadits dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ (no. 3289).
WASSALAM
Assalamualaikum TUK...
ReplyDeleteKiranya lebih sedap makan kelapa muda yg tidak dibakarlah yer TUK...Isi kelapa tu mmg nampak sedikit keras....Sudah rezeki atuk hari tu kan...
Waalaikumusalam Eye
Deletelemak lagi yg ori
isinya tak keras...mukin akibat dibakar
Kelapa mmg tumbuhan yg paling byk manfaatnya. Hehehe...
ReplyDeleteSedap ke kelapa bakar? Mmmm....
Salam Fara
Deletetak berupa sedap...
cita2 lady... nak tanam kelapa kat rumah.. nanti hari2 leh makan kelapa muda.. sedapnyer...
ReplyDeletesalam Lady
Deletenanti saya datang nak minum air kelapa muda....boleh...
assalamualaikum atuk : sedap ke tak kelapa ni?
ReplyDeleteWaalaikumusalam Afeezz
Deletetak berupa sedap...cuma nak rasa ajer..
tak pernah rasa kelapa bakar ni...macam tak sedap je nampak...he3x
ReplyDeleteSalam Cikgu Sonata
Deletesedap yg tak bakar lagi...
salam TH,
ReplyDeleteade rasa bau asap tak??
agak2 berapa bintang mau kasi??
Waalaikumusalam Ain
Deletetak ada bau asap..
mungkin 2/5 bintang ajer...
Salam cik rozali
ReplyDeleteIni baru betul kelapa yang dibakar...
tempoh hari tersilap faham...cendol dibakar rupanya cendol encik bakar hehehhe
suatu hari boleh cuba nih...
Waalaikumusalam Shami
Deletehe he
betul punya kelapa muda bakar
minum air kelapa feeling jer kan atuk...
ReplyDeleteSalam Papa Mifz
Deletekalau saya balik kampung...selau mengerjakan kelapa muda...he he
apa khasiat air kelapa bakar tu..panas ke airnya?saya biasa minum yg dicampur ais hehe...
ReplyDeleteSalam Kamsiah
Deletetak tahu la...nak cuba ajer
Salam sejahtera Atuk
ReplyDeleteAir tu pernah tgk di kelantan tapi tak pernah rasa. Payau tu tak sedap ke?he he
Sarang burung tu murah sgt, dulu saya ada tgk harganya rm 10.00 klu tak silap.Saya ambil di kebun sendiri sarang tu dah ditinggalkan.
Waalaikumusalam Mama Ju
Deletepayau tu bahasa kampung saya...he he
macam tak sedap ler...
Kelapa tu mesti wangi jekan tapi wangi terbakar lekot. Saya belum pernah try lagi.
ReplyDeleteSalam Jun
Deletekena cuba baru tahu rasanya...
assalamualaikum atuk...tak pernah rasa pun air kelapa bakar ni...:)
ReplyDeleteWaalaikumusalam Mama
Deletenanti kalau mama terjumpa...jangan tak cuba..
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteWangi jerk kan kelapa baker ni... Akak tengah cari anak kelapa la ni.. Tapi malas sungguh nak drive ke kuala selangor tu...