Wednesday, May 23, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Emak


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah
Hari ini genab umur emak 70 tahun
Insyaallah,
akan menerima sekurang kurangnya 11 panggilan
mengucapkan selamat hari jadi
serta mendoakannya

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”






Dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku?" Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu.'


HR Bukhari & Muslim




Mentaati kedua ibu bapa


Sabda rasulullah s.a.w

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim



Huraian
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. 

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 

rujukan disini





WASSALAM

13 comments:

  1. assalamualaikum...

    selamat ulang tahun kelahiran buat mak atuk dikampung moga sihat dan ceria selalu disamping anak2 tersayang...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk

    Alhamdulillah ............beruntungnya Atuk masih punya emak.Curahkanlah kasihsayang setulus hati sementara emak Atuk masih ada. Saya merindui emak saya lebih2 lagi bila lihat gambar Atuk memeluk emak. Hanya bacaan Quran selalu saya kirimkan untuk mak dan abah.Allahummaqfirlahum warhamhum.....amin

    ReplyDelete
  3. salam
    semoga makcik terus dikurniakan kesihatan yg baik...berbahagia bersama cucu2 ..dah ada cicit ke?

    mak mertua saya berumur 76 th...dah ada 6 cicit...37 cucu..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Jadi buat ibu Atuk..:)

    Sama tarikhnya dgn birthday anak saya, hari ini..dan saya pun buat entri tentangnya..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk..

    Tiba2 rindu kat ibu bila tengok gambar ni.
    Selamat ulangtahun kelahiran buat mak Atuk, moga diberi kesihatan yang baik dan dalam kasih sayang Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk,
    moga mak atuk sentiasa dalam perliharaan Nya.
    Bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Sahabat semua

    Amin amin amin atas doa2 itu
    terima kasih banyak2
    moga kita dalam keberkatan Allah senantiasa

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk...selamat ulang tahun kelahiran buat bonda tercinta atuk moga dpanjangkan umur n dmurahkan rezeki hendaknya...:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    "Allah selamatkan kamu...."
    ...ada nyanyi tak lagu tu? hehe

    Moga terus mengirim pahala buat ayah dan ibu.

    ReplyDelete
  10. ameeeennn2 ya robbala'lameeennnn...

    semoga ibu atok sentiasa dalam redha Allah... :)..

    ReplyDelete
  11. minum air kelapa dapat buang toksin dalam badan ....

    Agak lama tak ziarah kat blog kamu... Maaf saya cuti panjang tempoh hari...
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Atuk...

    Atuk sebiji ikut rajah mak.. Sejuuukkkk.. :)

    Moga mak dikurniakan kesihatan yang baik, Dan sentiasa dalam rahmat Dan redha Allah swt.. Amin.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...