Showing posts with label Abang Long. Show all posts
Showing posts with label Abang Long. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Blogger Penyeri Walimah Anak Sulung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mohon maaf terlebih dahulu kepada kawan-kawan blogger yang hadir menyerikan Majlis Walimah Anak Sulung saya tempohari yang tiada gambar-gambar kawan untuk dimuatkan dalam entry kali ini. Cuma ini antara gambar yang dapat saya siarkan. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan semua yang sudi meluangkan masa untuk kami sekeluarga.

Kehadiran anda semua cukup menyenangkan hati kami dan cukup seronok serta membuatkan majlis menjadi ceria.

Mohon maaf sekali lagi kerana kami sekeluarga tidak dapat melayan dengan sempurna.

Kak Zainab, Geng PDKM (Pengalaman Di Kota Mekah) tetamu yang pertama, Alhamdulillah, jauh tu, daripada Kuantan



Geng KKA (Kita-kita Aje)


Geng KKA


Pengunjung PHD yang setia











Geng Beijing bersama boss Al Mukminin Travel

Geng PDKM dan KKA

Saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi.
Yang paling saya suka sekali adalah kawan-kawan semua pandai mencari peluang sendiri mengabdikan gambar kenanggan dan di upload kan untuk kongsi bersama.
Pada hari itu memang berniat nak bergambar bersama dengan semua yang hadir, tapi tak kesampaian.

Doa untuk pengantin

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib


WASSALAM

Wednesday, November 20, 2013

Majlis Walimatulurus Menerima Menantu Sulung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertama kali mengadakan majlis walimah, pertama kali menerima menantu, pertama kali menerima kunjungan besan, pertama kali beramah mesra dengan para jemputan.

Disini sudah tentu ada kekurangan dalam semua perspektif.
Dengan itu terlebih dahulu saya serta keluarga memohon maaf
Saya sedia menerima teguran dan pandangan untuk penambahbaikan.

Poster mengalu-ngalukan kedatangan

 Ruang untuk mengabdikan kenangan

 Mempelawa serta mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, kawan-kawan anak-anak dan kenalan semua serta pihak sebelah besan



wall of fame keluarga dan tetamu

 Adik ipar yang tengah penat membantu tetap menceriakan majlis

 Tepat pukul 12.30 tgh pengantin sampai





 Menerima menantu cucu pertama

 Sebahagian keluarga saya

 Keluarga besan

 Antara kawan-kawan anak-anak




 Cuma sempat bergambar di luar dewan sahaja

 Antara dua generasi

Alhamdulillah, Sykur kepada Allah
Majlis berjalan lancar 
dan kelemahan adalah daripada saya sendiri


Ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, 
"Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, 
"Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, 
"Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

Aqil menjawab, 
"Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita)".

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu Beliau bertanya, 
"Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, 
"saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, 
" (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, 

Rasulullah s.a.w. akan berkata, 
"(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan 
"Semoga berbahagia dan banyak anak."

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.



WASSALAM

Monday, November 18, 2013

Majlis Penikahan Anak Sulung

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada tanggal 28 Zulhijah 1434H bersamaan 2 November 2013 maka, rasmi bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami, hasil perkahwinan anak sulung kami Afiq dengan Izni.

Pernikahan ini berlansung di Wakaf Baharu, Tumpat, Kelantan.


 7 dulang daripada pengantin lelaki


 Pernikahan berlansung di Masjid Kampung Periuk



 Daripada masjid menuju ke rumah pengantin perempuan



Turut serta dalam rombongan kawan-kawan daripada JUPEM Kelantan dan jemaah umrah

 Makan lauk kawah dan kuih tradisi negeri Cik Siti Wan Kembang

 Rombongan kami daripada KL

 Seronok dapat kakak baru

 Sahabat yang pernah bekerja di KL

 Dua keluarga disatukan oleh Afiq dan Izni

 Homestay yang memuaskan

Sebelum balik ke KL sempat ke Wakaf Che Yeh dan Pasar Besar Siti Khadijah


DOA YANG DIANJURKAN JIKA KITA MENGHADIRI WALIMATULURUS,DIUCAPKAN KEPADA PENGANTIN,SUNNAH NABI S.A.W


(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.)

Inilah doa buat pengantin yang diajarkan oleh Rasulullah agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia (generasi demi generasi dan di akhirat lagi diberkati Allah). 


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...