Wednesday, November 20, 2013

Majlis Walimatulurus Menerima Menantu Sulung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertama kali mengadakan majlis walimah, pertama kali menerima menantu, pertama kali menerima kunjungan besan, pertama kali beramah mesra dengan para jemputan.

Disini sudah tentu ada kekurangan dalam semua perspektif.
Dengan itu terlebih dahulu saya serta keluarga memohon maaf
Saya sedia menerima teguran dan pandangan untuk penambahbaikan.

Poster mengalu-ngalukan kedatangan

 Ruang untuk mengabdikan kenangan

 Mempelawa serta mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, kawan-kawan anak-anak dan kenalan semua serta pihak sebelah besan



wall of fame keluarga dan tetamu

 Adik ipar yang tengah penat membantu tetap menceriakan majlis

 Tepat pukul 12.30 tgh pengantin sampai





 Menerima menantu cucu pertama

 Sebahagian keluarga saya

 Keluarga besan

 Antara kawan-kawan anak-anak




 Cuma sempat bergambar di luar dewan sahaja

 Antara dua generasi

Alhamdulillah, Sykur kepada Allah
Majlis berjalan lancar 
dan kelemahan adalah daripada saya sendiri


Ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, 
"Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, 
"Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, 
"Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

Aqil menjawab, 
"Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita)".

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu Beliau bertanya, 
"Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, 
"saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, 
" (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, 

Rasulullah s.a.w. akan berkata, 
"(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan 
"Semoga berbahagia dan banyak anak."

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.



WASSALAM

25 comments:

  1. Salam En.Atuk,

    Minta maaf byk2. Sy terlepas pandang dgn jemputan En.Atuk tempoh hari. Apapun, alhamdulillah semuanya selesai. Meriah gak majlis en.Atuk ni. Heheheheh...tumpang hepi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Fara

      Alhamdulillah
      Insyaallah jemput la yg akan datang nanti

      Delete
  2. As-Salam ATUK
    Serba kuning Pasangan Pengantin..Semoga kehidupan mereka diberkati ALLAH S.W.T..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Eye

      amen

      tumpang warna raja...

      Delete
  3. Assalamualaikum

    alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar
    tahniah buat atuk telah mendapat menantu sulung..

    selamat pengantin baru buat mempelai..
    semoga berbahagia higga ke akhir hayat...
    ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Zura

      Alhamdulillah
      amen

      Delete
  4. Assalamualaikum Atuk...

    Alhamdulillah, dah dapat menantu Atuk. Cantik tempat mengabadikan kenangan tu Atuk.
    Untuk mempelai..
    "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan"
    Tq Atuk atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ummi

      Alhamdulillah
      Syukur
      Amen

      Delete
  5. Maaf tak dapat hadir. Alhamdulliah majlis berjalan dengan lancar , semuga berbahagia sehingga ke hujung nyawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...hadir pd anak2 yg akan datang


      Amenn

      Delete
  6. Salam Atuk
    Maaf tak dapat hadir, hari yg sama makchaq rancang ke salak tinggi dulu sebab dekat dengan rumah, alih2 sesat di salak tinggi.. dah lambat sangat nak ke majlis Atuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Chaq

      Insyaallah anak2 yg lain pula

      Delete
  7. tahniah atuk,maaf tak dpt hadir majlis tu..ada rezeki nk dtg..suami saya kerja sabtu hari tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Insyaallah lain kali..

      Delete
  8. Barakallahulakuma wa jamaabainakuma khairan kathiran

    kena nyanyi lagu maher zain baru ingat hihi

    Tahniah atas kehadiran org baru dalam keluarga...

    ReplyDelete
  9. Hj Rozali,

    Tahniah kerana menerima menantu, mohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kenduri anak tuan tempohari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah

      Insyaallah...dimasa2 akan datang

      Delete
  10. tahniah atuk.. semakin bertambah family atuk..
    semoga majlis mendapat keberkatan.. ameeennnn..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..meriah nampaknya majlis..maaf dee tak dapat hadir..selamat pengantin baru buat keduanya..selamat menerima menantu buat atuk..insyaallah tahun depan dapat cucu pula..hihihi..

    ReplyDelete
  12. tahniah atuk
    beznye family pun makin berkembang
    warna kuning diraja tuuu..cantik!
    meriah je majlis tu..alhamdulillah
    isi tabung nuffnang atuk sini-darlie

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...