Saturday, November 9, 2013

Jemputan Walimahtul Urus Putra Sulung - 05 Muharram 1435

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengan penuh kesyukuran ke Hadrat Allah SWT.
dan sukacitanya mengundang
Datok/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
suami isteri serta keluarga
ke Majlis Walimatul Urus Putra Sulung kesayangan kami

MUHAMMAD AFIQ BIN ROZALI

denga pilihan hati kami

IZNI ATIKAH BINTI HAJI ABD HAMID
Pada:
Sabtu 05 Muharram 1435 (09 November 2013

Tempat:
Dewan Abu Bakar Ali Basha
Sekolah Kebangsaan Klang Gate
53100 Kuala Lumpur

Aturcara Majlis:
11.00 pagi - Ramah mesra blogger
11.30 pagi - 5.00 ptg - Jamuan Makan
12.30 tghari - Ketibaan Pengantin

Koordinat GPS - 3.216512 , 101.740487




Turut mengundang - Seisi Keluarga

Telefon - 019-250 1210


Ya Allah Ya Rahman,

Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

WASSALAM

14 comments:

  1. Insya Allah...kalau free, saya hadir ...Saya belum boleh pastikan jadual saya lagi pada hari tu...TQ ya jemput :)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...terima kasih atas jemputan.

    ReplyDelete
  3. tahniah ustaz.. smg dpermudahkn semua.. ameeenn

    ReplyDelete
  4. tahniah atuk.
    semoga majlis berjalan lancar.
    selamat pengantin baru utk kedua mempelai.
    semoga panjang jodoh dunia dan akhirat.amin.

    ReplyDelete
  5. Tahniah atuk..wah anak atuk kahwin dgn pilihan hati "kami"? Semoga barakah pilihan keluarga..

    ReplyDelete
  6. Salam, Tahniah En Rozali. Semoga majlis diberkati Allah..berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  7. tahniah atuk bakal menerima menantu..semoga majlis berjalan lancar

    ReplyDelete
  8. assalamualaik atuk

    tahniah, menerima menantu...

    ReplyDelete
  9. Salam atuk

    Tahniah

    moga berbahagia hingga ke akhirnya

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas jemputan... InsyaAllah kalau tak ada aral makchaq hadir..

    ReplyDelete
  11. salam atok semoga berjalan dengan baiknya insyaallah

    ReplyDelete
  12. Tahniah.
    Glamournya ada majlis utk blogger.

    ReplyDelete
  13. tahniah atuk, semoga berbahagia anak atuk dan pasangan

    budoxe follow sini

    ReplyDelete
  14. Salam Atuk
    Mintak maaf tak dapat hadir walaupun memang dah niat nak pi. ada 2 kenduri hari tu, sesat masa pi kenduri pertama balik dah dekat pukui 3 ptg tak sempat nak ke majlis atuk..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...