Monday, October 31, 2011

Nenas Terkecil


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semasa saya singgah untuk solat Zohor di Surau Al Ikhlasiah, Keramat Jaya. Terpandang sebiji buah nenas yang sungguh kecil diantara deretan pokok bunga yang ditanam dalam pasu yang menghiasi laman surau.
saiz buah lebih kecil daripada remote control

terkenal dengan panggilan nama Surau Biru


terdapat dua pasu


buahnya sebesar ibu jari kaki

Saya terbaca dalam satu blog Life Kami, mengatakan boleh buat ubat penyakit batu karang


Nenas

Penawar Penyakit Batu Karang

Nenas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi


rujukan disini




“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)


Wassalam

Saturday, October 29, 2011

Terima Kiriman Hadiah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada petang Khamis yang lepas, saya menerima hadiah daripada zzqah.com yang menaja peraduan yang dibuat oleh Kak Ina KL.




Terima kasih banyak banyak Kak Ina dan Saudari Zzqah

Saudari Zzqah adalah seorang pengusaha coklat dan bakeri


untuk ke FB beliau Zzqah Coklat dan Bakeri

Moga perniagaan Zzqah bertambah maju di atas landasan Allah


PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis riwayat Tirmizi)


Wassalam


Tuesday, October 25, 2011

Nasi Mandy di Al-Rawsha Restaurant


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sesekali tukar selera dengan makanan Arab, di Al-Rawsha Restaurant, No. 8, Jalan Kampung Pandan.

Binaannya berasakan seni bena Arab Timur Tengah

Terletak berhampiran Bulatan kampung Pandan

Diantara menu makananya

Menu minuman

Kuih muih tradisional Arab

Dewan makan tingkat bawah

Ruang tengah dewan

Ayam Mandy RM20.00

Kambing Mandy RM 25.00

satu pinggan boleh makan untuk dua orang

Tea Arab campur dengan daun pudina RM10.00

Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari website:



Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”

Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas.

Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya:
“Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Justeru, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu
"makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya".


Wassalam

Friday, October 21, 2011

Kerja Kerja Mencuci-Umrah 2011-31


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kita akan selalu terserempak dengan pekerja pekerja Bin Laden Group mencuci lantai Masjidil Haram.

Biasanya mereka akan memulakan kerja sejam selapas habis solat

Di dalam masjid

Cekap dan pantas mereka menjalankan tugas

Di dataran masjid



Sabda Nabi saw

“Rasulullah saw perintah agar masjid-masjid itu dibangun di dalam rumah-rumah dan hendaknya masjid-masjid itu dibersihkan dan diberi wangi-wangian.”

Dari Aisyah ra.



Wassalam

Thursday, October 20, 2011

Zakat Perniagaan Koperasi 2011


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tengahari semalam menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi & Agihan Zakat 2011, di PWTC, yang dikelolakan oleh PPZ, Kuala Lumpur

YB Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir (B) menjadi Tetamu Kehormat

Bendahari Kehormat mewakili bagi pihak koperasi jabatan kami


Cenderahati daripada PPZ



Koperasi koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
yang membuat penyerahan zakat perniagaan masing masing
berjumlah RN650,435.70

Penerima penerima agihan zakat
(bahagian pendidikan RM36,050,040.00)

Sidang media



ZAKAT PERNIAGAAN

Firman Allah swt:

Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat ; mereka takutkan hari (kiamat), yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."
(Surah An Nur : 37)



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Bahawasanya Rasulullah s.a.w menggesa kami supaya mengeluarkan zakat ke atas barang yang kami sediakan untuk dijual. "

(Hadis Riwayat Abu Daud dari Jundap r.a)



Wassalam

Tuesday, October 18, 2011

Penyelenggaraan Masjidil Haram-Umrah 2011-30


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hati yang sentiasa terpaut dengan masjid adalah antara daripada 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada perlindunganNya.

diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Begitu besarnya martabat hamba-hamba Allah yang hatinya sentiasa dekat dengan masjid, menjaga solat lima waktu, pengajian, kuliah dan sebagainya dikerjakan di masjid.

Apalagi jika Masjid itu adalah Masjidil Haram, Masjid Nabawi atau Masjidil Aqsa. Ganjaran yang beratus ribu mahupun beribu kelebihan hanya dengan mengerjakan solat di dalamnya.

Kisah seorang wanita tua berkulit hitam, bernama Ummu Mihjan, yang tugasnya hanyalah sebagai seorang yang menjaga kebersihan masjid di zaman Rasulullah SAW.

Dan ditakdirkan beliau meninggal dunia pada suatu malam dan jenazahnya diuruskan pada malam tersebut juga sehingga selesai dikebumikan. Dan pada keesokan harinya, Rasulullah SAW bertanya sahabat ke manakah perginya Ummu Mihjan. Lantas dimaklumkan bahawa wanita itu telah kembali ke rahmatullah dan jenazahnya telah dikebumikan.

Sebaik mendengar khabar ini, Rasulullah SAW terus memanggil para sahabat ke kubur Ummu Mihjan dan baginda sendiri mengimami solat di atas kubur Ummu Mihjan ini. Begitulah besarnya sumbangan dan kerja 'kecil' yang dilakukan oleh Ummu Mihjan ini sehingga Rasulullah mengarahkan sekalian para sahabat untuk menunaikan solat ke atasnya.


Justeru teringat tulisan arab di belakang uniform petugas-petugas penyelenggaraan, kebersihan dan petugas air zam-zam di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lalu saya terfikir, apakah mereka ini semua atau tuan punya Syarikat Bin Laden Group sebagai Ummu Mihjan.

Insyaallah


Di Dataran Kaabah


Mengantikan silikon yang baru



Makam Ibrahim
Mengilatkan bekas Makam Ibrahim



Menyelenggara kipas di tempat Saai



Menganti silikon di Bukit Marwa


Di Dataran Masjidil Haram, depan Pintu King Abdul Aziz
Mengantikan silikon yang baru



Di dalam kitab Al-Quranulqarim , Allah S.W.T. telah membuat pada bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah sebagaimana firmannya :

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat, maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan

(Surah Al-Bakarah : 265)

Rasulullah S.A.W bersabda :Sedekah itu boleh menolak bala

Wassalam

Sunday, October 16, 2011

Selipar Hilang-Umrah 2011-29


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pengalaman semasa musim Haji 2006, selipar yang dibawa daripada Malaysia, dibawa semula ke tanah air, Alhamdulillah

Oleh kerana agak jauh penginapan dengan Masjidil Haram (300 m), umrah kali ini saya memilih selipar yang lembut untuk menjaga kaki. Tapi bukan rezeki saya, hari yang keempat semasa hendak balik ke hotel, saya lihat hanya sarung kasut saya yang tinggal.

Untuk pulang ke hotel saya mencari selipar yang sebelah lain, sebelah lain, dan beli selipar yang biasa sahaja. Selipar yang saya pinjam tadi letak ke tempat asalnya.

Rezeki saya tak ada lagi selang beberapa hari, selipar dengan sarung kasut sekali hilang. Selepas itu setiap kali ke masjid saya bawa selipar masuk kedalam, dan letak berhampiran dengan tempat solat.

Semasa saya mencari cari selipar disekitar tempat rak kasut yang disediakan di luar pintu masuk. Saya perhatikan bukan saya sahaja yang kehilangan selipar, malah bilangannya yang agak ramai.

Hanya Allah sahaja yang tahu, sama ada kesilapan atau ada sendiket.

Tapi saya perhatikan, ada masanya, beberapa orang wanita berkulit hitam dan berjubah hitam ini menunggu di luar Dataran Masjidil Haram, sambil menjaja selipar




Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:

Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullh s.a.w? Dengan serentak mereka menjawab: Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w. Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w,

lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah? Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.

Wassalam

Saturday, October 15, 2011

Abang Long di Panggil Pulang daripada Rayong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Melalui berita melaporkan banjir bertambah buruk melanda Thailand. Alhamdulillah, kawasan tempat tinggal anak saya dan kawan kawannya masih tidak lagi dinaiki air.

Untuk mengambil langkah berjaga jaga, meraka berempat orang yang sedang bertugas di Rayong, diarahkan oleh syarikatnya kembali ke tanah air, Insyaallah, besok mereka akan tiba di tanah air.


Banjir Thailand (Foto: Reuters)


gambar2 daripada pakcik google

10 syarikat Malaysia terjejas banjir di Thailand 2011/10/13

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 syarikat Malaysia didapati terjejas banjir yang teruk di Thailand. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kebanyakan syarikat itu adalah dalam sektor automotif serta elektrik dan elektronik.
"Syarikat yang terbabit beroperasi di kawasan perindustrian Ban Wa, Rojana dan Navanakorn," katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, hari ini.
Ribut tropika dan hujan lebat sejak Julai mengakibatkan banjir yang meluas, yang menjejaskan anggaran 2.34 juta orang di sekurang-kurangnya 30 wilayah. Agensi Berita Thailand melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Kittirat Na-Ranong sebagai berkata bahawa krisis banjir yang berlaku sekarang mungkin mengurangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu sebanyak sekurang-kurangnya 0.6 hingga 0.9 peratus disebabkan kemusnahan sektor ladang dan perindustriannya yang semakin meluas. - BERNAMA



Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:

“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:

Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”

(Bukhari)


Wassalam

Thursday, October 13, 2011

Pembesar suara di Masjid Haram-Umrah 2011-28


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setiap kali, setiap waktu solat di Masjid Haram, Makkah. Saya rasa selesa dan puas serta sahdu mendengarkan alunan ayat ayat suci yang dibacakan oleh Iman. Tambah tambah pula apa bila Imam Syaikh Abdul Rahman Al-Sudais.

Dikuatkan lagi dengan sistem pembesar suara yang canggih yang di pasang setiap tempat/sudut. Tiada sudut dalam masjid yang tidak mendengar suara azan yang dilaungkan oleh Bilal atau suara Imam






Petua Ketua Bilal Masjidil Haram jaga suara


SHAH ALAM: Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan. Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU) Bahrudin A. Rahman berkata selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.


"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri," katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat MEDIU yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9.

Syeikh Ali, 54, juga berkata beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.


Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.


Bercerita mengenai tugasan bilal pada zaman dahulu dan sekarang, Syeikh Ali berkata sebelum zaman kemajuan teknologi yang mempunyai pembesar suara, bilal Masjidilharam akan mengazan berganti-ganti di enam menara masjid itu.


Syeikh Ali Al-Muolla menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media.


"Sebab itulah, bilal pada zaman dahulu dipilih berdasarkan mereka yang mempunyai suara yang kuat," katanya sambil menambah pada ketika itu ada kira-kira 24 orang bilal berbanding kini 14 orang.

Mengenai perbezaan cara mengazan, Syeikh Ali berkata biasanya di Mekah bilal mengazan dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas manakala di Madinah bilal lebih gemar bermain dengan lenggok dan lagu ketika mengazan.



artikel asal : Selatan online
(arkib-25/7/2010)

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...