Sunday, October 16, 2011

Selipar Hilang-Umrah 2011-29


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pengalaman semasa musim Haji 2006, selipar yang dibawa daripada Malaysia, dibawa semula ke tanah air, Alhamdulillah

Oleh kerana agak jauh penginapan dengan Masjidil Haram (300 m), umrah kali ini saya memilih selipar yang lembut untuk menjaga kaki. Tapi bukan rezeki saya, hari yang keempat semasa hendak balik ke hotel, saya lihat hanya sarung kasut saya yang tinggal.

Untuk pulang ke hotel saya mencari selipar yang sebelah lain, sebelah lain, dan beli selipar yang biasa sahaja. Selipar yang saya pinjam tadi letak ke tempat asalnya.

Rezeki saya tak ada lagi selang beberapa hari, selipar dengan sarung kasut sekali hilang. Selepas itu setiap kali ke masjid saya bawa selipar masuk kedalam, dan letak berhampiran dengan tempat solat.

Semasa saya mencari cari selipar disekitar tempat rak kasut yang disediakan di luar pintu masuk. Saya perhatikan bukan saya sahaja yang kehilangan selipar, malah bilangannya yang agak ramai.

Hanya Allah sahaja yang tahu, sama ada kesilapan atau ada sendiket.

Tapi saya perhatikan, ada masanya, beberapa orang wanita berkulit hitam dan berjubah hitam ini menunggu di luar Dataran Masjidil Haram, sambil menjaja selipar




Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:

Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullh s.a.w? Dengan serentak mereka menjawab: Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w. Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w,

lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah? Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.

Wassalam

17 comments:

  1. disebabkn hukuman memotong tgn tu tak lagi diamalkn, tiada lagi orng tkt untuk melakukn kesalahan :(

    ReplyDelete
  2. Salam Saiazuan

    moga hukum Allah itu dapat dilaksanakan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam, cubaan di tanah suci, nak tengok kita sabar atau tak

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam atuk : anggap je lah kite sedekah jer selipar yg hilang tuh... (tp kalau dah 2-3 kali hilang, boleh hilang sabar gak kan)

    ReplyDelete
  5. salam atuk

    dulu tak mcm ni, sekarang kekerapan hilang selipar sering belaku juga berlaku kepada kumpulan kami hari tu, bukan sekali dua, berkali-kali

    Allah nak tunjuk suatu hari, memang depan mata "golongan tu" tengah menyelongkar beg2 selipar orang lain , dan berhenti berbuat demikian apabila ditegur , juga Allah nak tunjukkan depan mata, seorg wanita berbangsa kulit hitam dok berlenggang dengan beg menyimpan kasut tertulis "Rayhar Travels" , ditegur baru dia buat2 mcm terambil

    memang ada sindeket rasanya

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Imanshah

    kadang2 Allah bayar terus sesuatu kesalahan kita apabila berada di sana

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Afeezz

    memang dah lafazkan sedekah
    mukin yg terambik dlm kesempitan/kepayahan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. salams,

    ujian......:)
    untuk meningkatkan tahap keimanan

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Pak Itam

    saya dah syak dah, ini bukan kesilapan, tapi sendiket, sebab ramai yg hilang selipar
    kemudian mereka menjaja di laluan orang ramai pulak...

    tapi kita maafkan ajer...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum atuk

    boleh eh bawa masuk selipar tu letak dgn kita?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikun Atuk;
    Semasa haji kebetulan hotel betul2 depan Masjidil Haram, ummi pernah tengok dari bilik hotel, wanita berkulit hitam mengatur kedudukan 'budak2'nya untuk meminta sedekah, sebab tu bila sudah solat dan keluar dari masjid, mereka selalu ada kat area tu...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tn Hj,

    Saya pernah merasai akan kehilangan selipar semasa menunaikan Haji 1431......tetapi atas kelewatan saya bangun drpd solat subuh di kawasan Raudah dimana pihak yg bertugas telah memasang penghadang utk laluan jemaah wanita menziarahi Makam Nabi..jadi selipar saya berada didalam kaw penghadang tersebut....

    dah nasib ....sabar je lah...

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Norh

    di dalam masjid pun ada rak kasut

    boleh bawa kasut/selipar dekat dgn kita solat...tapi kat Malaysia, tak boleh ler..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. salam Tn. Hj...

    Ujian dr Allah dtg dgn pelbagai bentuk kan?..=)
    biasanya letak dalam uncang selipar dan sy akan letak dekat bila solat..kalu di madinah letak kat rak kasut yg disediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak di rak kasut di madinah yanga kerap hilang dimbik org.anak saya baru je hilang kasut di rak madinh.baik bawa dlm uncang kasut ke masjid

      Delete
  15. anggap sedekah je selipar tue , pasni kalaua da rezeki pergi lagi kena bawak la lebih selipar supaya tak hilang lagi..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Tuan Hj. Rozali

    Masalah selipar/kasut hilang juga berlaku di masjid2 kita... ada orang yang tidak sedar mereka memakai selipar/kasut orang lain

    seronok banyak catatan pengalaman disini... :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...