Saturday, October 15, 2011

Abang Long di Panggil Pulang daripada Rayong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Melalui berita melaporkan banjir bertambah buruk melanda Thailand. Alhamdulillah, kawasan tempat tinggal anak saya dan kawan kawannya masih tidak lagi dinaiki air.

Untuk mengambil langkah berjaga jaga, meraka berempat orang yang sedang bertugas di Rayong, diarahkan oleh syarikatnya kembali ke tanah air, Insyaallah, besok mereka akan tiba di tanah air.


Banjir Thailand (Foto: Reuters)


gambar2 daripada pakcik google

10 syarikat Malaysia terjejas banjir di Thailand 2011/10/13

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 syarikat Malaysia didapati terjejas banjir yang teruk di Thailand. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kebanyakan syarikat itu adalah dalam sektor automotif serta elektrik dan elektronik.
"Syarikat yang terbabit beroperasi di kawasan perindustrian Ban Wa, Rojana dan Navanakorn," katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, hari ini.
Ribut tropika dan hujan lebat sejak Julai mengakibatkan banjir yang meluas, yang menjejaskan anggaran 2.34 juta orang di sekurang-kurangnya 30 wilayah. Agensi Berita Thailand melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Kittirat Na-Ranong sebagai berkata bahawa krisis banjir yang berlaku sekarang mungkin mengurangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu sebanyak sekurang-kurangnya 0.6 hingga 0.9 peratus disebabkan kemusnahan sektor ladang dan perindustriannya yang semakin meluas. - BERNAMA



Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:

“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:

Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”

(Bukhari)


Wassalam

26 comments:

  1. semoga selamat - sib baik tak beli tiket ke Tahiland!

    ReplyDelete
  2. sy dok arau.. sgt dkt ngan thailand.. tp tak pernah kesana lagi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga abang long selamat pulang...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Atuk,


    teruk nampaknya banjir di sana, eloklah Bang Long balik, semoga selamat sampai

    ReplyDelete
  5. mudah2an selamat ...tidak mengalami banyak kesulitan...pulanglah ke malaysia dulu...

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya selamat..

    oh ya Tuan haji..
    Tahniah juga atas kemenangan contest Kak Ina KL..

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Haji, diharap anak Tuan Haji selamat sampai. Dari Filipina turun ke Thailand, mungkin sikit lagi tempias ke pantai timur kita.

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu Sonata

    Amin

    Alhamdulillah
    kalau tidak main bah le...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Salam Saiazuan

    biasanya macam tu le
    yg dekat tak pergi...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam Ummiross

    amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Zul Fattah

    amin amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ibuintan

    yg paling teruk
    ibunya yg paling risau...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Salam Diana

    minta2 jangan berlaku kat negara kita...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Nab

    Amin amin

    kami risau dibuatnya
    Abang Long selamba ajer...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Salam Nur

    Amin

    Alhamdulillah
    rezeki drp kak ina

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Yong

    Amin amin

    moga2 tidak sampai ke negara kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Assalam bro rozali.

    sedih kan melihat keadaan diarang nii.. semoga mereka dilindungi ALLAH..

    ReplyDelete
  18. salam atuk

    Minta pada Allah ,agar air banjir jgn sampai ke HC mcm dulu

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Yan

    moga mereka diberi hidayah atas kejadiaan itu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Pak Itam

    moga bala itu tidak sampai ke HC

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Moga mereka diberi ketabahan untuk menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  22. salam rozali..semuga anak kamu selamat sampai ke sini.

    ReplyDelete
  23. Salam KAMATO

    terutama nya umat Islam disana

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Kak Ina


    Alhamdulillah
    dah selamat sampai

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Salam THR
    Bencana alam adalah salah satu peringatan Allah SWT. Dalam salah satu gambar tu, nampak macam botol arak berlonggok.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...