Petua Ketua Bilal Masjidil Haram jaga suara
SHAH ALAM: Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan. Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU) Bahrudin A. Rahman berkata selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.
"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri," katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat MEDIU yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9.
Syeikh Ali, 54, juga berkata beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.
Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Bercerita mengenai tugasan bilal pada zaman dahulu dan sekarang, Syeikh Ali berkata sebelum zaman kemajuan teknologi yang mempunyai pembesar suara, bilal Masjidilharam akan mengazan berganti-ganti di enam menara masjid itu.
"Sebab itulah, bilal pada zaman dahulu dipilih berdasarkan mereka yang mempunyai suara yang kuat," katanya sambil menambah pada ketika itu ada kira-kira 24 orang bilal berbanding kini 14 orang.
Mengenai perbezaan cara mengazan, Syeikh Ali berkata biasanya di Mekah bilal mengazan dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas manakala di Madinah bilal lebih gemar bermain dengan lenggok dan lagu ketika mengazan.
salam atuk
ReplyDeletelaungan azan antara masjid nabawi dan masjidilharam mmg terdapat kelainan lenggoknya, namun dua2 mmg syahdu dan kekadang terkenang-kenang
salam atuk ..
ReplyDeleteperkongsian yg menarik
nak pergi x tahu bile
dpt info mcm nie , alhamdulillahh :)
Assalamualaikum 'Atuk'...
ReplyDeleteBetullah 'Atuk', ummi pun suka dengar seruan azan di Madinah dan Mekah, kesannya sampai ke hati.
Syaikh Abdul Rahman Sudais, ummi suka sangat bacaannya
salam TH,
ReplyDeletealhamdulillah...indahnya bila teknologi digunakan sebaiknya ..
subhanallah...bertuahnya mengenali tuan sheikh ini..suara yang memnggil ummah bersolat..ini bilal satu dunia.
amin
Salam Tn Haji Rozali.
ReplyDeleteSeperti al-Quran, azan juga mempunyai banyak lagu.
Saya teringin nak dengar laungan azan dari masjid al-Aqsa secara live.
Waalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeletedua2 masjid berlainan lengguk...supaya kita merindui kedua2nya
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ieda
ReplyDeleteAlhamdulillah
ambil pengalaman ...nanti bila menjadi tetamuNya, senang....
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeletesemasa saya disana tu hari..
setiap mlm jumaat Syaikh Abdul Rahman Sudais jadi Imam....paling ramai jemaah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam THMSH
ReplyDeletesaya bercita2 nak menziarah Masjid Al Aqsa....Insyaallah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeletetegnologi moden memperkukuhkan ummah
Insyaallah
terima kasih
Wassalam
As'salammualaikum atuk..
ReplyDeletealhamdulillah...indahnya bila teknologi digunakan sebaiknya ..
assalamualaikum atuk : hehehe.. comelnyer pembesar suara tuh.. klu kat malaysia ni semua nak yg besor bagak..
ReplyDeleteSalam... tahun lepas saya sempat berada di Masjid Shah Alam ketika Syeikh Ali Al-Muolla azan Maghrib.... terngiang2 lagi kelunakan azan beliau secara live...
ReplyDeleteassalamualaikum atuk,
ReplyDeletesemoga suatu hari nanti sy juga akan merasai kelunakan suara iman di mekah.
Assalamualaikum Tuan Hj,
ReplyDelete"Jangan selalu memarahi isteri", nak tergelak! Pandai dia melawak! Rindu nak gi buat haji Tuan Haji. Tolong doakan utk saya!
Waalaikumusalam Amy
ReplyDeleteAlhamdulillah...dengan kurnianNya
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeletekecil tapi pawer
jelas dan terang...
rasanya tak pernah terdengar berdesing ....
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Natra
ReplyDeleteAlhamdulillah
rezeki tu...
saya pd masa tu tak kesempatan
terima kasih, salam ukhwah
Wassalam
Waalaikumusalam Zue
ReplyDeleteInsyaallah
saya doakan juga...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Young
ReplyDeletelawak...tapi mukin ada betulnya...
Insyaallah
saya doakan yong dan Mr T menjadi tetamuNya nanti
terima kasih
Wassalam
pernah dengar rakaman azan di software athan sahaja.. mesti lagi merdu jika dapat dengar yang asli dan secara langsung.. :D
ReplyDeletetidak memahami isteri pun termasuk sama :D.. mungkin kot.. nanti tengking2 mrh2.. rosak peti suara..
ReplyDeleteSalam Saiazuan
ReplyDeletejiwa rasa tenang dan terusik apabila azan dilaungkan...Insyaallah
terima kasih
Wassalam
Salam
ReplyDeletekalau tidak memarahi isteri
Insyaallah semua nya baik
suami mithali...he he
terima kasih
Wassalam
assalamualaikum...
ReplyDeleteskrg atuk sedang menjalani ibadah haji ke...
seronok baca crt org2 pergi sana,
bila la sy nak sampai ni.
Waalaikumusalam Exora
ReplyDeletepengalaman semasa Umrah bulan May yg lepas (N3 drp : Umrah 2011-1)
Insyaallah kita doa bersasma supaya Allah menjemput exora menjadi tetamuNya
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteSehingga ke hari ini masih lagi mendengar azan oleh bilal di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi yang sempat dirakam semasa menunaikan haji 1431....
Waalaikumusalam Tn Hj Pesona
ReplyDeleteAlhamdulillah
saya tak teragak pula nak rakam azan2 tu dulu..
terima kasih
Wassalam
Lagi cerita-cerita menarik Tuan dari Tanah suci. Jarang orang yang pernah ke Mekah bercerita hal-hal yang seperti ini...terima kasih Tuan Haji!
ReplyDeleteWassalam.