بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pada petang ahad yang lepas, semasa merehatkan minda setelah penat berbengkel. Kami sebuah kereta pergi ke Padang Matsirat untuk menemankan Bendahari untuk membeli kain batik di situ.
Sementara itu saya sempat ke kawasan Beras Terbakar. Sudah beberapa kali ke sini, tapi masih tidak jemu melihat seni binaan dan suasana persekitaran kawasan ini.
bersih kemas dan damai
berhampiran terdapat Masjid Lama Pdg. Matsirat
dipaparkan email = masjidlama_pms@yahoo.com dan
nombor akaun AGRO Bank = 600 5011 00004487 0
(kalau nak pastikan sila zoom gambar ini)
semasa saya pergi pertama kali pada tahun 1996 dahulu, masih banyak terdapat beras terbakar di sekitar ini yang tidak dipagar lagi. Sekarang ini telah dipagar dan tidak ternampak beras, tetapi terdapat banyak duit siling.
gambar ini terdapat di Lapangan Terbang Pulau Langkawi
PANDANGAN ISLAM TERHADAP KHURAFAT
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhaadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal”.
(Surah Al-Zumar, Ayat 38 )
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu bukannya sumpahan sesaorang atau lintasan burung atau sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat.
Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
“Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”
Dari Ibnu Mas’ud R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
“Buruk sangka (di dalam amalan khurafat) adalah syirik (dua kali) akan tetapi Allah menghapuskannya dengan bertawakkal kepada Allah”.
Dari Ibnu Amru R.A, katanya nabi pernah bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkannya dari meneruskan hajatnya maka sesungguhnya ia telah syirik ( kepada Allah ).
Mereka bertanya apakah kifarat bagi yang demikian itu. Sabdanya:
“Hendaklah ia berkata Ya Allah tidak ada kebaikan melainkan kebaikan Mu. Tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang dari Mu dan tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau”.
Semua urutan ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang tersebut jelas memperlihatkan konsep baik, buruk hanya dari Allah. Allah yang mengatur segala-galanya bukannya ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia.
Khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan yang sedemikian menghantui umat Islam sehingga mencemarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah.
Wassalam
SALAM,
ReplyDeleteBAGUS N3 INI. TKASIH
Waalaikumusalam LF
ReplyDeleteyg saya nak utarakan adalah duit yg dicampakkan di tapak kawasan tu..
terima kasih
Wassalam
masa saya pg tempoh hari anak2 murid saya pun nak campak juga..tapi saya tak bagi
ReplyDeleteSalam Imanshah
ReplyDeleteAlhamdulillah
bebudak cuma tahu mengikut2 ajer
terima kasih
Wassalam
Salam Diana
ReplyDeletekalau isi dlm tabung yg disediakan kan bagus...pahala dapat
terima kasih
Wassalam
ya tukk permandangan kg di sana memang cantik2 .. nampak seninya ..
ReplyDeletesaya pernah kesana tahu 1998 .. lama dahh masa tuu punn still ada beras .. kalau skrg x silap saya mereka bakar beras dan campak kan kat tmpt tuu , wallahualam betul atau tidak ..
aah adakalanya perkara ini di panggil khurafat , x tahulahh kan
kan bagus syiling itu didermakan ke tabung masjid?
ReplyDeleteAslkm Atuk
ReplyDeleteLama benar kak tak ke sana.
Takutkan pasal syirik tu,syirik yg tak nmpk dan tak perasaan...Ya Allah ampunkan kami.
Assalamualaikum 'Atuk'
ReplyDeleteSeronoknya bersantai di Langkawi, tak beli coklat ke atuk?
Salam Atuk,
ReplyDeleteBaru je cuti sekolah nnt nak bawak anak2 melawat Langkawi. Tengok2 dah takde beras terbakar. Tengah pk2 apa yg jawapan nak bg pada anak2 nanti..hehehehe
Dari baling2 duit tue baik gi derma kat tabung masjid , lagi berfaedah..
ReplyDeleteapa lah tujuan campak2 duit tu....baiklah sedekah kat mana2 surau/masjid
ReplyDeleteassalamualaikum atuk : tgh dok igt2 kat maner pernah tgk gambar mahsuri tu... rupe2nye kat airport gak... wakakaa
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTuan Haji,
yang sedihnya masih terdapat orang Melayu Islam berpegang kuat pada kepercayaan karut sebegini
Terima Kasih :)
Salam Ieda
ReplyDeletetak logik beras yg terbakar tu boleh tahan berpuluh tahun kan........
terima kasih
Wassalam
Salam Saiazuan
ReplyDeletedisitu pun ada disediakan tabung derma, tapi mereka nak campak ke kawasan tu juga..
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeletejauhi kita drp syirik2 yg kita tidak perasan
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeletebeli kena beli...
tapi tak banyak...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Alin
ReplyDeletekatakan kpd anak tu, mana boleh beras tu tahan berpuluh tahun, reput dah beras tu...
terima kasih
Wassalam
Salam Amy
ReplyDeleteberhampiran tu..ada masjid
sedia menerima sumbunggan
terima kasih
Wassalam
Salam Cikgu Sonata
ReplyDeletemukin mereka menyangka boleh murah rezeki
Nauzubillah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeletekalau tak silap, kat Makam Mahsuri pun ada gambar ni
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Nae
ReplyDeletemukin mereka kurang pengetahuan agama
terima kasih
Wassalam
Assalammualaikum atuk, lama dah tak ke Langkawi..terima kasih berkongsi cerita ni..:)
ReplyDeleteSalam Tn haji rozali
ReplyDeleteTangga rumah tu sinonim dengan tangga rumah Melaka.
Assalam Bro Rozali.
ReplyDeletesaya tak percaya beras tu ada lagi. masa saya pegi taun 87 ada katanya beras terrbakar tu lagi.. tapi saya tetap tak percaya. Dah berapa ratus tahun dah.. Ada lagi ke?
salam THR,
ReplyDeletebestkan di langkawi...
dulu lain sekarang lagi lainnn....