بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dihari yang ketiga samasa saya di Makkah, saya dijemput oleh Tuan Haji Mohd Arshad, panggilan manjanya Datuk Bandar Makkah, untuk makan malam bersama keluarga beliau beserta dengan bekas Datuk Bandar K. Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan (2007-2008)
Blog Tuan Haji Mohd Arshad Kehidupan Makah II
Datuk Ab Hakim Borhan (memakai kain pelikat)
Terima kasih banyak banyak Tuan Haji Arshad dan keluarga kerana meraikan kami
moga dipermajukan lagi perniagaan Tuan haji
BAB MEMULIAKAN TAMU
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku sangat menderita kebuluran. Rasulullah s.a.w menghantarkannya kepada salah seorang isteri baginda, tetapi dia (isteri baginda) berkata: Demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku hanya mempunyai air. Rasulullah s.a.w menyuruh menanyakan kepada isteri baginda yang lain, tetapi mendapat jawaban yang sama. Kesemua isteri baginda memberikan jawapan yang sama: Tidak, demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak mempunyai satu apapun kecuali air. Rasulullah s.a.w lalu berkata: Sesiapa yang memberi makan orang ini, Allah akan merahmatinya. Seorang lelaki dari golongan Ansar berdiri dan berkata: Aku, wahai Rasulullah. Lalu diajaknya orang itu ke rumah beliau. Lelaki itu menanyakan kepada isterinya: Adakah kamu mempunyai sesuatu (dimakan)? Jawab isterinya: Tidak ada! Kecuali makanan untuk anak-anak sahaja. Dia berkata lagi: Sibukkanlah mereka dengan sesuatu. Apabila tetamu kita masuk, padamkanlah lampu dan tunjukkanlah yang kita seolah-olah sedang menghadapi makanan. Apabila dia hendak makan, maka hampirilah lampu dan matikanlah. Merekapun duduk, sementara tetamu mereka makan. Pada keesokan harinya mereka bertemu dengan Nabi s.a.w dan baginda bersabda: Allah benar-benar bangga terhadap perbuatan kamu berdua terhadap tetamu kamu malam tadi .
Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya
jamuan tambahannya." Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah"
Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim
Wassalam
Assalamualaikum 'Atuk'
ReplyDeleteAlhamdulillah ada sahabat yang meraikan di Mekah, Allah murahkan rezeki THA ni, ummi tengok kat blog, selalu menjamu rakan2 yang ke Mekah.Moga Allah murahkan rezeki kita jugakkan 'Atuk'...
salam THR,
ReplyDeleteAlhamdulillah..ALLAH berkati tetamu2 yang diraikan...murah rezeki TH Arshad...insyaALLAH
indahnya panggilan ALLAH
muga saya juga menyusul
Amin
Ingin menjadi tetamu Allah lagi...
ReplyDeleteKantoi
Assalamualaikum Prof. Hj.Arshad memang insan yg pemurah.saya pernah jumpa beliau di Mekah tp belum sempat berkenalan.Pertama kali melihat beliau di Marwah an-Naqa semasa mengerjakan Haji 2007.
ReplyDeleteAssalam Bro Rozali.
ReplyDeleteALHAMDULLILAH kami sekeluarga suka sangat kalau ada tamu dtg berkunjung. INSYALLAH pasti kami jamu..
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteitu sebab kami gelarkan datuk bandar Makkah
bila ummi pergi Makkah nanti boleh lah jumpa beliau sekeluarga
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeleteamin...moga bertambah rezeki THA
Insyaallah ain pun akan menjadi tetamu Allah jua
terima kasih
Wassalam
Salam Miecyber
ReplyDeleteInsyaallah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Hj Sabri
ReplyDeletemoga THA bertabah rezeki nya
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Yan
ReplyDeletetetamu datang membawa rezeki dan
pulang membawa dosa2 kecil kita
Insyaallah
terima kasih
Wassalam
salam istiqomah beribadat...mudah2an multazam menjadi tempat terbaik atuk beribadat...Allahumma amin..
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteseronok membaca dan melihat pengalaman tuan...semoga satu hari saya juga berpeluang menjadi tetamuNYA...
assalamualaikum atok
ReplyDeletehari ni ayah dan mak sya akan ke mekkah
selepas seminggu di madinah
sya di sini yg sangat teruja bila ayah bagitahu perkara tu semalam.
Waalaikumusalam Ibn Suhaimi
ReplyDeleteAmin amin
begitu lah hendaknya Suhaimi jua
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kamsiah
ReplyDeleteInsyaallah
saya doakan supaya lebih awal
kerana masa muda ini lebih mudah beramal
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kasihibu
ReplyDeleteAlhamdulillah
moga mereka sihat dan memperolehi haji yg mabrur
boleh suruh mereka jumpa THA disana
terima kasih
Wassalam
semoga saya akan sampai ke sana juga suatu hari nanti! Amin!
ReplyDeleteSalam Acik
ReplyDeleteInsyaallah
amin..
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum
ReplyDeleteAtuk berkawan dengan datuk2 tu..hehe
Waalaikumusalam Imanshah
ReplyDeletehe he
atuk cuma tak ada 'D' dopangkalnya ajer.....
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum.
ReplyDeleteEn Rozali,
Moga sihat walafiat.
Waalaikumusalam RaFaSa
ReplyDeleteAlhamdulillah
atas ingatan saya sihat
terima kasih
Wassalam
Bertuah tetamu itu....dan tuan rumah yang meraikan.
ReplyDeleteSalam tuan haji...
Suya harap sangat nak terima panggilan ALLAH ni atuk.. sekrang ni suya dah menyimpan..Mama suya kata."simpanla sikit, mana tahu seru ke sana dtg awal"
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteSETUJU DGN N3 INI ! TETAMU PERLU DIHORMATI ! TETAMU ITU REZEKI ! TETAMU MENDOAKAN KITA !
bukan setiap hari kita menerima tetamu, kan! seharusnyalah kita melayan tetamu sebaik mungkin. besar pahala tu ...
ReplyDeleteAlhamdullilah, rezeki tetamu Allah
ReplyDeletesalam - tak berkesempatan jumpa - tak berapa cukup masa !
ReplyDeleteAssalammualaikum Rozali..seronoknya tenguk pengalaman kamu mengerjakan umrah..insyallah satu hari nanti kami berdua memang nak kesana.
ReplyDeleteTahniah sebab terpilih menjadi pemenang. Nanti bolehlah kamu email nama, pemenang no brp, alamat dan no tel..nak hantar kat penaja.
Waalaikumusalam ckLah
ReplyDeletetetamu, tuan rumah dan ckLah Insyaallah...bertuah selalu
terima kasih
Wassalam
Salam Suya
ReplyDeleteAlhamdulillah
dah mula simpan drp sekarang
kalau dah cukup RM1300.00 boleh mendaftar dgn TH
dengar2 mahu hampir 20 tahun baru boleh pergi
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam LF
ReplyDeleteInsyaallah kita raikan tetamu
dan Insyaallah LF akan menjadi tetamu saya nanti...
terima kasih
Wassalam
Salam Acik
ReplyDeletekita buat ikut sunah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Sonata
ReplyDeletesaya tak mahu mengangu hari yg bersejarah buat anak2 dan ibu bapanya
Insyaallah masa yg terlapang nanti boleh jadi tetamu saya
terima kasih
Wassalam
Salam KAMATO
ReplyDeleteTHA memang seorang yg menghormati tetamu..Insyaallah moga diberkati
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kak Ina
ReplyDeletesaya doakan agar akak dan keluarga juga akan menjadi tetamuNya.
Alhamdulillah
tak sangka pula....he he
terima kasih
Wassalam