Tuesday, October 18, 2011

Penyelenggaraan Masjidil Haram-Umrah 2011-30


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hati yang sentiasa terpaut dengan masjid adalah antara daripada 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada perlindunganNya.

diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Begitu besarnya martabat hamba-hamba Allah yang hatinya sentiasa dekat dengan masjid, menjaga solat lima waktu, pengajian, kuliah dan sebagainya dikerjakan di masjid.

Apalagi jika Masjid itu adalah Masjidil Haram, Masjid Nabawi atau Masjidil Aqsa. Ganjaran yang beratus ribu mahupun beribu kelebihan hanya dengan mengerjakan solat di dalamnya.

Kisah seorang wanita tua berkulit hitam, bernama Ummu Mihjan, yang tugasnya hanyalah sebagai seorang yang menjaga kebersihan masjid di zaman Rasulullah SAW.

Dan ditakdirkan beliau meninggal dunia pada suatu malam dan jenazahnya diuruskan pada malam tersebut juga sehingga selesai dikebumikan. Dan pada keesokan harinya, Rasulullah SAW bertanya sahabat ke manakah perginya Ummu Mihjan. Lantas dimaklumkan bahawa wanita itu telah kembali ke rahmatullah dan jenazahnya telah dikebumikan.

Sebaik mendengar khabar ini, Rasulullah SAW terus memanggil para sahabat ke kubur Ummu Mihjan dan baginda sendiri mengimami solat di atas kubur Ummu Mihjan ini. Begitulah besarnya sumbangan dan kerja 'kecil' yang dilakukan oleh Ummu Mihjan ini sehingga Rasulullah mengarahkan sekalian para sahabat untuk menunaikan solat ke atasnya.


Justeru teringat tulisan arab di belakang uniform petugas-petugas penyelenggaraan, kebersihan dan petugas air zam-zam di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lalu saya terfikir, apakah mereka ini semua atau tuan punya Syarikat Bin Laden Group sebagai Ummu Mihjan.

Insyaallah


Di Dataran Kaabah


Mengantikan silikon yang baru



Makam Ibrahim
Mengilatkan bekas Makam Ibrahim



Menyelenggara kipas di tempat Saai



Menganti silikon di Bukit Marwa


Di Dataran Masjidil Haram, depan Pintu King Abdul Aziz
Mengantikan silikon yang baru



Di dalam kitab Al-Quranulqarim , Allah S.W.T. telah membuat pada bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah sebagaimana firmannya :

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat, maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan

(Surah Al-Bakarah : 265)

Rasulullah S.A.W bersabda :Sedekah itu boleh menolak bala

Wassalam

17 comments:

  1. sebenarnya sangat senang nak kumpul pahala kan atok? cuma kita terlalu leka dengan duniawi smpai trlupa untuk mengumpulnua.. kita sebuk mengumpul harta dan sebagainya, tapi bekalan ke akhirat? kita trlupa untuk mengumpulnya..

    ReplyDelete
  2. Aslkm

    Moga kita tidak leka.
    Kami tolong ingatkan suami supaya ke masjid tiap waktu (insyaallah)
    Untungkan sykt Bin Laden tu , dari dulu3x berkhidmat di situ.

    ReplyDelete
  3. Salam TuanHaji..
    Alhamdulillah entry sebegini..
    Sangat unik.

    ReplyDelete
  4. Salam Saiazuan

    moga kita tidak leka dengan dunia
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Mama Ju

    Alhamdulillah
    tanda seorang isteri yg solehah
    amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Nur

    Alhamdulillah
    kita manafaatkan bersama

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. teringat menara ajam mekah yg mendapat sentuhan rakyat islam malaysia

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. besanya nilai tugas mereka.. tetapi kita ni sering memperlekehkan dan memandang rendah kepada mereka yg bekerja menjaga kebersihan.. sdgkan tanpa mereka pasti tmpt kita tidak terjaga :(

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Jemput ke majlis walimatul urus anak aku....30/10/2011

    ReplyDelete
  11. salam atok

    bagi pekerja tak rasmi, suka tengok yang menyediakan dan menghulur tisu semasa jemaah sdg bertawaf, mudah je nak buat kebaikan dan kebajikan

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum atuk,
    terima kasih krn brkongsi cerita.

    syarikat bin ladin group tu ada kena mengena dgn osama bin ladin ke?

    ReplyDelete
  13. Salam Imanshah

    Alhamdulillah
    tercatat dlm sejarah dunia

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam LadyBird

    Insyaallah
    mereka diatara yg dikasih oleh Nabi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    Alhamdulillah
    moga majlis itu akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan serta berbahagian hingga ke Syurga
    amin

    Tahniah, dapat menantu

    terima kasih sudi menyemput
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Pak Itam

    saya ambil walaupun tak berpeluh, untuk membolehkan dia memperolehi pahala...Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Zue

    memang benar..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...