Saturday, July 30, 2011

Gotong Royong Surau TP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi dalam suasana awal pagi yang mendung kemudian hujan lebat, tidak mematahkan semangat jemaah STP menjalankan gotong royong membersihkan kesemua kawasan surau

Dewan solat utama

PA system

di luar dewan solat utama

bahagian dapur

dalam hujan mencatas dahan pokok untuk tapak kemah

buletin tahunan 'Sinar Permata'
terkandung tazkirah, laporan aktiviti tahunan surau
borang tahlil, wakaf, khairat kematian, anak khariah
jadual berbuka, tazkirah Ramadhan, jadual more Ramadhan

Firman Allah swt

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

At-Taubah ayat:18

Wassalam

Friday, July 29, 2011

Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari rabu yang lepas bersama kawan pejabat mencuba makanan di Sekinchan Ikan Bakar di Cawangan Taman Setiawangsa
Cuma masaalah parking, kerana terdapat banyak urusniaga di kawasan ini
Ruang kedai yang luas dan selesa serta ramai pembantu
Jus super duper jumbo RM15.00
Ikan pari RM14.00
Sotong RM16.00
Ikan siakap RM33.00
Nasi putih RM3.00
Kerang goreng bercili RM3.00
Ulam-ulam RM2.00

Firman Allah (SWT) yang bermaksud: "Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah (SWT) kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah (SWT) jika kamu benar-benar menyembah Allah (SWT). Sesungguhnya Allah (SWT) hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah (SWT). Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah (SWT) maha pengampun lagi maha penyayang." (Surah al-Nahl, ayat 114-115)

Wassalam

Tuesday, July 26, 2011

7 Hari Lagi Nak Puasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


7 hari Allah mencipta bumi

yang di dalamnya terdapat
7 benua
7 samudera

dan di atasnya ada
7 lapis langit
7 lapis bumi
dengan hiasan 7 warna pelangi
sebagai tanda 7 bidadari

Al Fatihah ada 7 ayat



dan 7 hari lagi
kita akan menyambut bulan Ramadhan 1432H, Insyaallah
Bersihkan hati
sucikan diri

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

gambar ehsan drp pakcik google

salin drp sms kawan yang dihantar kepada saya

Wassalam

Monday, July 25, 2011

Tak Sampai Hati, Hantar ke KLIA juga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ingatkan semalam nak hantar Kak Ngah ke KL Centrel sahaja, tapi malam semalam pungah barang daripada Giant lagi, hingga penuh beg. Biskut, laksa, mee segera, jajan dan berbagai lagi stok bulan puasa ni.
Kesian pulak tenguk, jadi lepas Zuhor tengah hari tadi, hantar Kak Ngah terus ke KLIA. Tenguk polis tak ada jaga disitu, ibunya pergi hantar sampai kedalam pulak.
Selepas ini Kak Ngah kena daftar di hospital Joka, 2 jam perjalanan daripada Jakarta, kira kira pendalaman sedikit. Kena sewa rumah disana pula. Dijangka memang tidak balik pada raya tahun ni.
Balik kali ini menguruskan pasport (RM+++), visa (RM+++), tambang (RM+++) dan sampai di Jakarta pula menguruskan kebenaran duduk (Rupiah 2,200,000), tak ada baju raya ler nampak nyer ayah Kak Ngah tahun ini ....he he


Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.
Si anak tadi bertanya Saidina Umar :
“Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab Umar : Ya!
Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?
Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.
Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”.
Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

rujukan: disini

Wassalam

Sunday, July 24, 2011

Kak Ngah Pulang ke Jakarta Semula, Selesai Memperbarui Pasport dan Visa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, semua urusan pasport dan visa anak saya telah selesai dengan jayanya. Dua minggu dia berada bersama kami dan Insyaallah, besok tengah hari akan hantar dia ke KL Centrel ajer, kemudian dia naik bas ke KLIA
Semenjak tahu penerbangan KLM ni, rasa mudah pula untuk berulang balik KL ke Jakarta. Ramai kawan kawan anak yang menggunakan perkhidmatan KLM ni, booking tiket masa yang terdekat pun masih ada lagi dan harga tambangnya tetap.
Petang semalam, pergi ke kebun durian dekat Pasar Keramat sekali lagi....he he. Nak bagi anak makan puas puas sebelum dia balik ke Jakarta. Beli durian yang harganya RM10.00, 2 biji, beli RM20.00 dapat 5 biji. Alhamdulillah 3 biji cantik isinya, dan 2 biji tu dah masuk agin, buat tempoyak ler nampak nyer.

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta bersilih, gantinya malam dengan siang itu adalah tanda-tanda – kekuasaan Allah – bagi orang-orang yang suka berfikir. Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi. Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api neraka.”
(ali-lmran: 190-191)

Wassalam

Saturday, July 23, 2011

Menghadiri Konvensyen Pengurusan Masjid


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pukul 8.00 pagi tadi menghadiri Konvensyen Pengurusan Masjid dan Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan Tahun 1432H Masjid dan Surau Seluruh Negeri Selangor, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah Alam. Menteri Besar Selangor menyempurnakan penyampaian subangan.
Sebelum itu diadakan 2 pembentangan kertas kerja
Kertas kerja 1, Model Perlaksanan KPI Pengurusan Masjid
oleh Haji Yasim bin Mohamed
(Nazir Masjid As-Salam, Puchong Perdana)
Kertas kerja 2, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Integriti Dalam Pengurusan Masjid
(Penulis dan Pendakwah)
Sumbangan yang ditrima sebanyak RM1000.00 untuk masjid dan surau yang dibenarkan solat Jumaat, manakala surau menerima sebanyak RM400.00


Bahagian Pengurusan Masjid

Fokus utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah untuk menjadikan masjid zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah.Ia juga untuk memastikan masjid-masjid dan surau-surau berada dalam keadaan baik dan selesa untuk umat Islam beribadat dan mengadakan program-program pengimarahan.


visi : Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat


misi : Untuk melahirkan satu pengurusan pentadbiran masjid di dalam negeri Selangor yang terbaik, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W. "


Hadis

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia:

“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”. - Riwayat Muslim

rujukan:JAIS


Wassalam

Thursday, July 21, 2011

Order Air Zamzam Daripada Tn Hj Arshad

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Syukur, Air Zamzam yang saya pesan daripada sahabat yang mencari rezeki di Makkah bersama isteri dan keluarga,
seorang pengusaha hotel/katering di Makkah dan Madinah serta urusan jemaah Umrah dan Haji yg datang persendirian atau kumpulan. Badal Haji dan Umrah, Korban, Dam dan Akikah serta apa apa urusan di Madinah dan Makkah.
Beliau ialah Tn Hj Mohd Arshad Ali. Untuk keterangan lanjut dan berita terkini daripada Makkah, sila layari http://kehidupandimekah.blogspot.com/ atau email: d_rshad@yahoo.com atau tel:00966530388418
Tn Hj Ijam adik kepada CL tuan punya blog PDKM sebagai ejen di Malaysia
sedia menghantar Air Zamzam hingga ke depan pintu rumah anda
Terima kasih Hj Arshad, CL dan Ijam

Air Zamzam Penghulu Segala Air

Air zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
"Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."

Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.

Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah. Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)


FAKTARahsia kelebihan air zamzam

  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah

Adab, peraturan minum

ADAB atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."

Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yangsepatutnya?"Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah).

Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.


rujukan: klik disini

Wassalam

Wednesday, July 20, 2011

Menjalin Ukhuwah Bersama Geng PDKM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Terima kasih banyak banyak kepada kawan Geng PDKM yang menjalin ukhuwah di majlis kesyukuran di rumah saya pada hari sabtu yang lepas. Atas keiklasan kerana Allah swt, moga ukhuwah ini akan berpanjangan

Taj

Atikah



Ab Rahman dan isterinya, Arnida
silent reader PDKM dan PHD


Sophie Yusoff

Kak Ngah (Noor)


Ummi Humaira SUATU PERJALANAN


Ukhuwah dalam doa
Mutiara Hikmah :
" Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. " Al-Ghazali

.. Manisnya jalinan silaturahmi, di dunia hingga syurga kelak. Semoga kita tergolong pada orang-orang yang dikumpulkan dalam kebaikan



Sabda Rasulullah saw,
“Saling berjabat tanganlah kalian, niscaya akan hilang kedengkian. Saling memberi hadiah lah kalian, niscaya kalian saling mencintai dan hilang (dari kalian) kebencian.
Hadist riwayat Imam Malik ra,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Wassalam

Tuesday, July 19, 2011

Terima Kasih Kawan kawan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Terima kasih banyak banyak kepada kawan kawan semua atas ucapan dan doa doa yang dipohon untuk saya serta keluarga saya






Doa untuk sahabat yang setia

Ya Allah, hambaMu ini terlalu kerdil,
tak mempunyai apa-apa, bahkan tak tahu malu karena
terlalu banyak meminta padahal sering alfa.
Namun, hanya padaMu hamba panjatkan do'a.

Duhai Yang Maha Kuasa,
Hamba Mu ini ada ramai sahabat yang baik hati,
mereka ada nun jauh di sana,
jagalah sahabat hamba, lindungi ia dari segala alfa dan dosa,
Kuatkan ia dalam mengarungi lika-liku kehidupan,
Jaga ia dalam kesabaran dan kemudahan menjalankan setiap tantangan dan ujian,
Moga mereka serta keluarga mereka senantiasa dalam Pemeliharaan Mu
Dalam suasan sihat senantiasa
agar dapat beribadat kepada Mu dengan sempurna

Ya Allah jagalah kecantikannya agar ia lebih mulia dari bidadari surga,
tetapkan ia dalam husnul khatimah..

Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...