Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
"Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
- Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
- Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
- Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
- Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
- Antara mata air syurga.
- Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah
Adab, peraturan minum
ADAB atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."
Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yangsepatutnya?"Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah).
Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
subhanallah, semoga mendapat kerahmatan dariNya :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Rozali;
ReplyDeletebestnya dapat air zamzam, macamana nak order ye, email Tn Hj Arshad ke? Ummi selalu beli botol kecik2 kat sini...
TERIMA KASIH HAJI ROZALI...TERIMA KASIH IZAM PENGHANTAR SEGERA.
ReplyDeleteAssalamualaikum Rozali, alhamdulliah sekarang ni dah senang kan nak dapatkan air zam-zam dan product dari Mekah.
ReplyDeleteKelakar pulak bila di kenangkan pasal tak dapat hadir kenduri kesyukuran kamu itu.. Alhamdulliah ianya telah bererjalan dengan sempurna
Salam Saiazuan
ReplyDeleteInsyaallah
ada keberkatannya
stok untu Ramadhan
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteInsyaallah
order melalui email, fb atau call ajer, semenanjung rm140, sabah sarawak lebih sikit
melalui blog pdkm pun boleh
terima kasih
Wassalam
alhamdulillah Tuan Haji..
ReplyDeleteKalau yang jual di pasaraya seperti Mydin tu kira betul ke air zam zam?..
-kat mana mana lokasi dalam Malaysia boleh sampai ke pesanan ni?
Salam HA
ReplyDeleteterima kasih banyak2
terima kasih ijam, memang pantas dan cekap
moga sama2 diberkati
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Wassalam
Waalaikumusalam Kak Ina
ReplyDeleteInsyaallah
perhubungan dah mudah
he he
silap saya, saya yg tak call
Insyaallah, lain kali ada ler tu
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Nur
ReplyDeleteInsyaallah, betul tu..
Kalau nak betul air zam zam tu, Insyaallah saya boleh tolong uruskan, buat permulaannya
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
terima kasih
Wassalam
Assalammualaikum, Allhamdulillah saya suka minum air zam-zam...memang terasa segar jer bdn bila dapat minum semasa mengerjakan umrah dulu.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletealhamdulillah...
mudah sudah kita nak dptkan air zamzam
Waalaikumusalam Nieza
ReplyDeleteAlhamdulillah
masa kat sana minum sepuas2nya
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Ma
ReplyDeleteAlhamdulillah
dah ada ejen yg menguruskanya
kawan saya juga tu..
kalau nak order, boleh saya rokmenkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
terima kasih
Wassalam
Salam Tn Haji Rozali,
ReplyDeleteAlhamdulillah, hari tu saya bawa balik 60 liter air zam-zam (Isteri bawa 3 botol, saya bawa 3 botol). Syukran, syukran kepada pihak-pihak yang bermurah hati tidak mengenakan caj tambahan ke atas air zam-zam yang lebih tu. ;)
Salam 1Jumaat! (Ada ke salam macam tu?) Anyway, Jumaat adalah Penghulu Hari - Semoga kita datapat menghayati Jumaat yang barakah ini, amin.
assalamulaikum
ReplyDeletenikmatnya air zamzam tu, sejuk je
Waalaikumusalam Tn Hj Mohd Saad
ReplyDeletewaaa...banyak tuuu
saya dapat 1 shj
salam penghulu hari, saya setuju lerrr...he he
Insyaallah kita dlm keberkatanNya
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Sayangibu
ReplyDeletememang terasa kepuasannya
penghulu segala air
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
terima kasih
Wassalam
Assalamualikum...
ReplyDeleteterimakasih beri info...dalam bulan Ramadhan ni dapat minum air Zam-Zam sgt bagus..
kira2 3 tahun lepas sy terkena demam denggi..agak teruk hingga ditahan dihospital, 8 botol air masuk ke badan..rasa2 masa tu dah fikir nak dijemput Allah je..mak dan abah datang bawa sebotol air zam-zam..selepas minum..bacaan denggi sy turun mendadak dn terus dibenarkan pulang ke rumah...Alhamdulillah.
Waalaikumusalam Nyanyisunyi
ReplyDeletekira2 stok bulan Ramadhan ler tu..
Alhamdulillah
khasiat air zamzam
menunjukan kebesaran Allah
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
terima kasih
Wassalam
Salam tn Jj Rozali
ReplyDeleteSekarang tinggal 3 botol sebab saya praktis cara S.Samsudin buat pengiraan: 1 utk engkau, 1 utk aku; 2 utk engkau 2 untuk aku; 3 utk engkau 3 utk aku.
Lepas 3 tak tau nak kira daa. hehehe. Tapi kalau datang rumah boleh ler kira "secawan utk engkau, secawan utk aku".
Waalaikumusalam Tn Hj Mohd Saad
ReplyDeletehe he....
tapi yg memberi lebih baik drp yg menerima....
3 botol lagi tu....boleh buat stok bln Ramadhan