Friday, July 1, 2011

2 Rakan Menerima Anugerah Tokoh Khidmat Cemerlang drp KKMB

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam semalam menghadiri Majlis Malam Jubli Intan Kesatuan Koperasi Midlands Berhad, di Kelab Selangor DiRaja, Dataran Merdeka, bersama ALK yang lain.

terdapat banyak gambar gambar lama dipamerkan disekeliling loby

suasana dalam dewan



persembahan untuk memulakan acara

ucapan Ketua Pengarah SKM Wilayah Persekutuan

ucapan Pengerusi KKMB

2 ALK koperasi kami menerima Anugerah Tokoh Khidmat Cemerlang



Hadis Tamar Janib


Terjemahan: Daripada Abi Sa‘id dan Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melantik seorang lelaki (sebagai wakilnya) di Khaibar . Lalu dia mendatangi baginda dengan membawa tamar janib . Nabi bertanya kepadanya, “Adakah semua tamar di Khaibar begini keadaannya?” Lelaki itu menjawab, “Kami mengambil segantang tamar ini (janib) dengan dua gantang (tamar al-jam‘) dan dua gantang (tamar janib) dengan tiga gantang (tamar al-jam‘) ”. Maka berkata Rasulullah, “Jangan kamu lakukan demikian, tetapi juallah tamar al-jam‘ dengan dirham, kemudian kamu belilah dengan dirham tersebut akan tamar janib”.

Berdasarkan hadis di atas, Nabi menegah perbuatan wakil baginda di Khaibar yang menukarkan tamar al-jam‘ untuk memperoleh tamar janib dengan sukatan yang berbeza kerana ia merupakan riba yang diharamkan iaitu pertukaran barang ribawi yang sama jenis dengan kuantiti (sukatan) yang berbeza. Kemudian Nabi telah memberikan penyelesaian dengan mengarahkannya supaya menjual tamar al-jam‘ untuk mendapatkan dirham, lalu menggunakan dirham tersebut untuk membeli tamar janib. Ini bermakna akad jual beli hanyalah sebagai wasilah untuk merealisasikan tujuan sebenar iaitu mendapatkan tamar janib.

Lagipun di dalam hadis tersebut Nabi tidak memperincikan sama ada jual beli tersebut boleh berlaku di antara dua pihak yang sama ataupun melibatkan pihak yang lain. Ini menunjukkan bahawa harus wakil tersebut (A) menjual dua gantang tamar al-jam‘ dengan nilai dirham kepada pembelinya (B), kemudian dia membeli pula satu gantang tamar janib daripada B ataupun orang lain (C).

Jelaslah bahawa memperoleh dirham bukanlah maksud sebenar urusniaga tersebut, bahkan akad jual beli hanyalah sebagai wasilah untuk mendapatkan tamar janib. Dalam konteks bay‘ al-‘inah pula, akad jual beli barang adalah sebagai wasilah juga untuk mendapatkan duit tunai, dan bukannya ma‘qud ‘alaih itu sendiri.

Maklumat penuh layari disini

Wassalam

9 comments:

  1. assalamualaikum tuan haji
    tahniah kepada yang terpilih menerima anugerah tersebut.
    semoga tuan haji sihat2 selalu
    wassalam

    ReplyDelete
  2. tahniah buat rakan bro .. semoga mereka terus berjaya dan di rahmati allah sentiasa :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Rozali;

    Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka berdua,pada Rozali jugak ni...

    ReplyDelete
  4. salam atuk..
    suya harap suatu hari nanti suya pun mampu meraih anugerah ni.. hehehe

    ReplyDelete
  5. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    happy 2nd anniversery

    Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr... terputus hubungan tapi dah jumpa balik lahhh...

    kerja yang baik pastinya penilaian yang baik juga... tahniah pada mereka semua

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada rakan rakan yang dapat augerah...

    Minggu lepas saya hadir AGM koperasi saya yang nama singkatannya pernah dimasukkan ke dalam daftar buku catatan Rekod Guinness terbitan 1983 sebagai AKRONIM terpanjang, iaitu S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B., Akronim bagi Syarikat Kerjasama Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat Dan Pinjam Meminjam Wang Berhad (SKOMK)

    Hari ni ckLah cuba main petanque dalam Aktiviti minggu Koop.

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum...
    tahniah buat yg terpilih, cantiknya suasana dalam kelab Diraja ini....selalu tenguk dari luar saja semasa bertugas di KL.

    buat sdr Rozali juga muga diberi kesihatan yg baik dan diberkati Allah setiap masa..

    ReplyDelete
  8. tahniah.... jaga2 pembukaan tu. takut kena sembur api je.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...