Wednesday, July 13, 2011

Masjid Bandar Kuching-Kuching 8

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Masjid Indian terletak di belakang deretan kedai di tengah tengah Bandar Kuching. Melalui laluan sempit yang dikenali sebagai "Lorong Sempit" untuk menuju ke Gambier Road.

Masjid ini telah dibina pada tahun 1837 oleh India Muslim dari selatan India. truktur Masjid telah mengalami banyak perubahan sejakdibina di pertengahan abad ke-19. Dinding asalnya dan bumbung dibuat pokok nipah. Pada tahun 1876, kayu papan menggantikan dinding nipah. Nama asalnya, Masjid India (Masjid Tambi) ditukar kepada Masjid Bandar Kuching pada tahun 1960an.

Melayu Islam dari kampung-kampung lain akan bersembahyang dan berehat apabila mereka datang untuk berdagang atau membeli belah di bandar. Sehingga hari ini, Masjid India menyediakan perlindungan kepada pelancong yang letih.

Kedengaran gendang dipalu, sebagai tanda waktu solat telah masuk, yang dikenali penduduk tempatan sebagai 'Bedok' yang telah digunakan selama 50 tahun lebih. Ia boleh membuatkan jemaah sehingga 1000 jemaah.

Masjid ini juga mengedalikan sekolah agama yang pertama di Sarawak, ia telah ditubuhkan pada tahun 1940-an. Madrasah Islamiah masih beroperasi.

Jawatankuasa Lembaga Amanah Khairat mentadbir Masjid India, memperolehi dana dari sewa yang dipungut daripada 23 deretan kedai yang dimiliki terutamanya oleh India Muslim yang menjual barangan runcit, rempah ratus, kain dan buku-buku. Perniagaan keluarga ini telah diturunkan melalui generasi.








Wassalam

10 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Rumah Allah, ruang solat, ada dimana-mana sahaja....ramai yang tak nampak!

    ReplyDelete
  2. CIkgu kadang ada yang nampak tapi dorang sengaja buat x nampak..itulah sikap manusia..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Rozali;
    Dah penat shopping bolehlah solat kat sini kan Rozali, tapi berapa ramai yang memanafaatkannya...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    kat kl ni
    hari jumaat, ramai lelaki yg shopping waktu tengah hari

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam Amy

    dia orang buat2 tak nampak ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Ummiross

    massa saya masuk tu
    lengang ajer...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. banyak tinggalan sejarah disini kan .. bilalah nak sampai nie :)

    ReplyDelete
  8. bnyk bangunan lama yg msih trjaga :)

    ReplyDelete
  9. hmmm dimana ek jijah lupe .. ada sebuah masjid yg bangunannye bekas gereja .. bebetul atas bukit ... jijah lom berkesempatan g sana ... lalu dah 2-3 kali ... rasanya di Sabah kot :-?

    ReplyDelete
  10. The Majid Bandar Kuching aka Majid India, Kuching will disappear soon. What do you think about it? See the news article in this week's Kuching Newspaper, The Borneo Post:
    http://www.theborneopost.com/2012/02/18/a-new-mosque-to-replace-masjid-bandar-kuching/

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...